Thursday, July 28, 2011
Hari Keluarga JPPH Perlis
Yeyeyeye..tak sesia kami pi hari keluarga kali ni. Ini hadiah yang kami dapat. Acara yang aku dan suami sertai adalah lontar gelang , bowling kelapa dan dadu keretapi.Barang-barangnya biasa sahaja..tetapi aku tetap suka..sebab free kan.. Danish pula langsung tak nak masuk apa-apa acara..katanya mainan tu semua membosankan. Acara untuk kanak-kanak di usia 7 tahun adalah tiup belon sehingga pecah dan bawa bola pimpong di dalam sudu. Puas kami pujuk..namun dia tetap dengan keputusannya. Tak nak MASUK !! Firas pula memang budak baik..dia dah ngntuk sesangat..tetapi dapat juga bertahan sehingga pukul 01.00 lebih. Selepas habis majlis penyampaian hadiah dan cabutan bertuah, kami empat beranak pun mengundurkan diri. Kesian sangat tengok Firas asyik 'menonyoh' (menggosot ) matanya sebab terlalu mengantuk. Apabila masuk dalam kereta..Firas dah mula mamai..baru abah pandu keluar dari Pangkalan Asam..Firas dah pun belayar. Kami sampai di rumah sekitar jam 2.00 lebih.Sebelum balik singgah beli nasi kandar dulu ( sedap..lauk sotong & ayam masak madu ). Sampai ja kat rumah..aku suapkan makanan untuk Firas..rehat kejap..terus bagi dia tidur. Tidur sampai ternganga mulutnya..pukul 6 petang baru terjaga dari tidur.Kesian anak ibu..memang letih sangat . Danish pula..sampai rumah..makan-makan..terus on komputer. Main game la..game kesukaan dia adalah Red Alert (aku pun tak pandai main game nih ). Jadi..tamatlah sudah kisah di hari keluarga yg berlangsung dengan ceria dan penuh gelak ketawa..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment