Tuesday, February 26, 2013

Elianto untuk Birthday Ibu

 Happy Birthday untuk Ibu... dan hadiahnya ialah.. jeng..jeng..jeng..seperti gambar di atas. Hadiah ni ibu yang request..kekeke..dan abah hanya ngikut ja. Awal-awal lagi ibu dah cakap pd abah..birthday nanti nak cuba set elianto ni..sebab haritu masa kat Tesco aku pernah try bedak compac dia..rasa lembut gila bila aku sentuh. Pastu satu sebab lagi..aku nampak adik ipar aku pakai cantik.Nampak gebu , tak bertompok dan comey ja. Jadi.. sampa ja kat kiosk Elianto..aku pun buat muka sekupang kat sales girl tu. Aku cakap ngn dia ..aku baru nak try set ni..maka..dia pun tanya la jenis kulit aku ni..sensitif atau tak..dan seikhla hati aku cakap..muka aku agak berminyak.. Jadi dia suggest supaya aku ambik loose powder.. BB cream..dan aku tambah blusher sama.. sebab blusher aku dah habis.Disebabkan jumlah belian aku lebih dari RM 50.00 maka..aku terus dapat jadi ahli..dapat less sikit..dan yg best lagi..masa beli ni jatuh pd tarikh birthday..maka..less lagi 30%..
Maka puas la hati aku..dapat sengih panjang..sebab..abah yang bayarkan..hahahah... Tq laling.
Lepasni aku dah planing lam otak..aku nak ambik bedak compac dia pula.yes..
 
 Budak kecik ni..bila suh posing..inilah gaya terkini.Gaya cute miut dari Firas.
 
 Muka puas hati dapat apa yg diidamkan. Hahahahahah...
 
 Abang dah tak sabar nak ngap. Kami makan di Noodle Station Tesco .. ni tempat peberet abah. Jadi..bila sampai ja buku menu tu.. macam-macam Danish nak oder.. Last dia oder mee ..
agak pedas tapi sedap.
 
 dah tak sabar nak ngap..
 
 Air ni abah yang oder. Tak ingat dah aku apa namanya..
Aikk..tetiba abah minum minuman panas...
 
 Haa..yang ni banana split. Untuk adik Firas. Dia main tunjuk ja gambar dalam senarai menu tu.
 
 Air ni pula sudah tentula pilihan ibu. Ice Capuccino.. terbelak bijik mata ibu
lepas minum air ni. .
 
 Pergh..pilihan air abang memang ekstream. Air jus buah-buahan..
Campuran mango, Strawbery,dan apa tah lagi.Rasa yang unik.. terutama ais tinggi tu.
 
Yang ini pula.. tentulah pilihan ibu dan yang paling sedap antara semua menu.
Kuah ayam ni campuran majerin, cheese dan lada hitam..Memang sedap.
Kalau jejak lagi ke sini.. inilah menu yang seterusnya..
 
Mee berkuah untuk abah. Namanya aku tak ingat. Tapi lepas makan..kami rasa tak sesuai sikit
dengan citarasa sekeluarga..
Jadi..sekianlah sambuatan birthday ibu untuk kali ke 32 tahun..HAHAHAHAHAH...tua dah aku..


Tuesday, February 5, 2013

Bukit Bendera Pulau Pinang

 Sedar tak sedar dah pun masuk bulan Februari.. nampak sangat aku terlambat upload
benda ni. Sedangkan kami ke Pulau Pinang bulan 12/2012.
Ok.. jom aku cerita serba sedikit tentang Bukit Bendera buat panduan korang kalau nak kesana.
Terutama sekali buat mereka yg membawa anak kecil. jadi..aku nasihatkan korang datang awal. Kami
sampai kesana sekitar jam 9.00 pg..dan alhamdulillah.. kaunter tiket masih cun.. tak ramai sangat org.
Seperti biasa bab beli-beli tiket ni memang aku serahkan pada en suami la..jadi dengan semangatnya en suami pun beratur seperti yang ditetapkan..
 Nun yg berbaju hitam di hadapan kaunter tiket adalah suami aku.. ( alamak..ramaila pula berbaju hitam ) nampakkan..suasananya masih lengang. Sedang aku sibuk menghalakan HP aku ke pelbagai arah ( konon macam guna kamera canggih la )..tetiba suami aku melambai-lambai minta aku datang kepadanya. Haa..apalagi..tergedik-gedik la aku berlari mengikut bengkang-bengkok laluan kaunter tu.. sampai ja..
" Mela..cepat bagi IC " .. eh.. kena IC ka..saya memang org Malaysia..kerani kaunter sengih ja.. dia cakap kena tengok juga.. sebab ramai org luar pun macam org malaysia..kalau tak tunjuk..harga tiket mahal la.. Wa...terus aku bagi..
Jadi..kami sekeluarga 4 beranak RM 15 hingit.. Firas percuma.. 
Jadi sebagai peringatan..kalau korang kirimkan sorang je gi beli Tiket..kirim bersama KAD PENGENALAN ya.. sebab kalau laluan tu penuh..memang susah la nak sampai ke kaunter tiket.
 Arghhh..gambar kabur gila.. sebabnya aku snap gambar ni sambil berjalan. Kekeke.. nak berhenti ambil gambaq malu..sebab ada RELA tunggu kat depan pintu tu.. jadi..main redah je la.
Yeyeyey..tak sabar nak naik keta api. Dah 31 tahun Hidup..ni first time naik ketapi Bukit Bendera..
Kolot sungguh.
 Inilah keretapinya. Dalam dia dah guna aircond.. tapi kalau korang lambat naik..berdiri la jawabnya.
Sebab tempat duduknya tak sama macam kita naik LRT atau komuter.
Yang aku paling suka.. semasa di pertengahan jalannya..keretapi akan berhenti seketika sebab nak turunkan penumpang di beberapa hentian. Diorang ni penduduk sekitar sini. dan sesungguhnya aku macam tak percaya ja bila tengok kediaman diorang kat atas bukit ni. Boleh diakatakan cantik dan unik.
 Yes.. akhirnya sampai juga aku kat atas ni. Dah beranak dua baru sampai, hehehe..
Ok..dah sampai atas.. jangan pepandai buang tiket naik tadi key. Sebab semasa nak turun..tiket akan dicek sekali lagi. Kalu hilang aku tak pasti samada kena beli lain atau macam mana.
Tetapi ada sekumpulan remaja aku nampak beratur semula di kaunter tiket sebelum turun ke bawah.
 Kat atas bukit bendera ada tempat makan. Ada tempat agak mahal dan ada yg agak murah.
Kami makan nasi ayam ja.. tapi best sebab dalam suasana yang amat nyaman.
 Berposing walau di mana jua..
 Kat atau Bukit bendera juga ..ada muzium burung hantu.
Pelbagai koleksi yang ada..ada yg diperbuat dari kulit siput, kayu dan batu.
Susah juga nak mengukir ya.. tapi aku berjaya siapkan sekor burung hantu..cantik wo.. kekekeke...
Percayalah....

 antara Koleksi burung Hantuuuu .. ni dari kulit siput
Jalan Tuanku Yahya Petra  .. nama jalan di puncak bukit bendera
Jalan utama..Jalan Keretapi.Curamnya....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...