Wednesday, July 21, 2010

Macam - macam kisahnya....

Rumah Hamster yg baru..hasil kreativiti en.Suami.
Dah lama juga aku tak menulis kat blog .Atas alasan malas dan kekadang sengaja sibukkan diri dgn macam-macam hal..aku sengaja tak menjenguk kat blog aku atau pun blog kengkawan. Hari ni memang aku dah bosan..sebab takda benda aku nak fikir..jadi..aku pun rajinkan jemari ni utk senaman ringan.
Dalam tempoh aku tak menulis ni..bermacam-macam hal juga terjadi. Memula sekali...Suami aku dan team Dart yg mewakili UNIMAP berjaya juga mendapat tempat ke3..gangsa...bolehlaa..
Yang seterusnya..hamster kami beranak lagi..Jadi.Jumlah sekarang dah bertambah kepada 19 ekor.Untuk elakkan kesesakkan..en haffiz dah buat rumah baru tuk diorang nih. Kali ni 3 tingkat gitu..cukup besar untuk mereka berlari dan kekadang berkelahi sesama mereka.
Hari ni Usia Baby lam perut dah 25 minggu. Dah cukup kuat menendang..kekadang boleh membuatkan aku terkejut dgn tendangannya. Kekadang rasa cam Baby sedang senaman lam perut ni..memang aktif sesangat.Bila time sunyii tu..tahula..baby sedang tidur. Moga baby sihat ya sayang..tak lama lagi..Baby boleh jumpa ngn Abang Danish dan Abah.Abang Danish dah tak sabar nak jumpa Baby. Hari ini juga aku belajar berpuasa. Aku tak pernah berpuasa semasa mengandung.Jadi hari ni aku nak rasa sangat ..nikmat berpuasa semasa mengandung.Moga aku berjaya mengaharunginya. Kalau berjaya..takda sebarang masalah..bolehla aku berpuasa penuh pada tahun ini.
Sementara tu..Teh (Wannie )pula telah ditawarkan menyambung pengajian di UPM. Dalam bidang Alam Sekitar dia lah..aku dah tak ingat apa nama bidang sebenarnya. Semoga Teh berbahagia kat sana ya. Belajar rajin-rajin..nampaknya tahun ni..Teh berpuasa di tempat orang lagi la yaa....
Ermmm...dah tak ingat nak tulis apa...so...lepas aku ingat nanti..aku tulis lagi.

Nufnang