Wednesday, November 18, 2020

Tempat Menarik Bukit Tinggi Pahang_Dari Perlis Melalui Cameron Highland - Sungai Koyan - Raub Pahang

 Assalamualaikum.. 

Lama kan aku tak update pasai jalan jalan.  Sebab lama sangat terperap kat rumah, sampai keluar cerita seram di zaman dulu kala.. 

Jadi aku bagi amaran awal sesiap.. gambaq banyak ni... sebab Bukit Tinggi memang cantik. Rasa rugi kalau tak ambil gambar. 

Jom aku ringkaskan perjalanan kami yang terjadi ketika beberapa buah negeri di Semenanjung dikenakan tindakan PKPB. Kami merancang perjalanan ke Bukit Tinggi & Bukit Fraser lebih kurang 2 bulan yg lalu, ketika itu kes COVID -19 di semenanjung dah pun menurun sangat-sangat. Maka kami berpendapat, semasa tarikh percutian kami, pasti kes COVID telah tiada. Tetapi, siapa sangka, hujan di tengah hari. Selepas Pilihanraya di sabah, kes COVID di semenanjung naik kembali. 

Maka kami laki bini mula lah conpiuse.. nak pergi atau tak.. hari hari tengok bilangan kes. Tetapi Kami di Perlis Alhamdulillah, status adalah Zon hijau. Kami juga memantau kes di Pahang, Alhamdulillah, di sana juga Zon Hijau.

Tetapi Suatu hari tiba-tiba diumumkan, Selangor dah dikenakan arahan PKPB . Tampaq dai wei.. kami nak ke Bukit Tinggi & Bukit Fraser ikut mana??

Ok.. masa tu dah rasa macam nak kena cansel booking hotel semua. Sekali aku bagitau kawan pejabat, bertapa frust nya aku tak dapat bercuti ke Bukit Tinggi . Kawan aku pula buat muka aneh , katanya... ada jalan lain lah.... tak payah lalu ikut highway punnn...tak perlu masuk Negeri Selangor punn.. dan dia sendiri pun akan ke rumah anaknya di Pahang pada tarikh yang sama dengan kami..

WOW!!! terus aku wassup laki.. " abang, ada jalan lainlah nak ke Bukit tinggi.. kat hujung msg aku letak icon senyum simpul "

Jadi, mulai dari hari tersebut, hari hari kami google dan bertanya pada orang, nak lalu ikut mana ? jalan ok tak ? ada kedai makan atau masjid tak ? hehehe.. maka akhirnya pada 28 Oktober 2020, terjadilah perjalanan bersejarah kami.. 

Perlis - Sungai Petani - Cameron Highland- Sungai Koyan - Raub - Bukit Tinggi Pahang

Ok.. Perjalanan kami kali ni berpandukan Waze, dan ada masanya signal pun takda, kami hanya berpandukan GPS. Dengan syarat, dah on waze awal-awal dan on GPS pada HP.
Pada awalnya kami merancang perjalanan pada 29 Oktober, iaitu pada hari Khamis, bersempena cuti Maulidur rasul. Tetapi disebabkan kami akan melalui jalan belakang atau jalan kampung, maka pastinya tempoh masa perjalanan akan bertambah. Setelah dreba dan co dreba berbincang, kami sepakat akan bertolak pada 28 oktober. Singgah tidur di Sungai Petani. Maknanya, kami dah dapat jimatkan masa lebih kurang 2 jam dari Perlis. 
Selepas Maghrib 28 Oktober, kami bertolak ke Sungai Petani dan tidur di T Hotel Sungai Petani. Kami ambil family room, bilik kecil saja, tetapi ada 2 katil Queen. Bilik pun booking sebelum keluar dari rumah.. sampai di sana dah gelap.  

29 Oktober 2020, tepat jam 8.00 pagi, kami dah check in kat Tol Sungai Petani. Disebabkan kami pun risau denagn COVID, maka kami makan ja bekalan di dalam bilik hotel dan sedikit makanan lain di dalam kereta. Alhamdulillah, kami mampu bertahan dengan bekalan yang ada. Sepanjang perjalanan dari Sungai Petani ke Cameron, kami hanya berhenti di Tol Simpang Pulai untuk ke tandas. Itu pun setelah tengok tak ramai orang yang berhenti. 
Sesungguhnya , sebahagian nikmat bercuti agak tersekat, sebab nak kena hati hati dan pastikan SOP semua diikuti. Asal masuk dlm kereta, semua wajib sanitize. Bekalan tisu basah yg berakohol pun siap di dalam beg masing-masing. Mask wajib pakai setiap kali turun dari kereta, dan kami juga tidak akan berhenti di kawasan yang ramai orang. Elakkan kawasan sesak.

Alhamdulillah, jam 1.00 tengah hari kami dah sampai di atas Cameron. Masing-masing dah lapar, jadi singgah makan di kedai makan yang terletak di bawah Hotel Titiwangsa. Semasa mendaki ke atas, kami sangkut di dalam Jem..hampir 45 minit melangut tengok pokok hutan. Ingatkan ada eksident, rupanya abang trafik buat sekatan. Jemmm... lama gilaaaa..

Stesen bas Cameron Highland.


Perjalanan kami benar-benar bermula dari Ringlet Cameron Highland. Sebelum memulakan perjalanan ke Bukit Tinggi, sekali lagi kami berhenti untuk mengisi minyak dan ke Tandas di Petronas Ringlet.
Selepas simpang Ringlet menuju ke Sungai Koyan, kami disajikan dengan pemandangan Empangan Hidroelektrik Ulu Jerai. Aku menyesal tak berhenti ambil gambar. Sewaktu kami lalu sini, air tak banyak, tetapi pemandangan seriuse cantik. Aku ingat semasa balik nanti nak berhenti dan bergambar, tetapi hujan lebat yang amat... nyesall la...
 Kami dimaklumkan bahawa tiada RNR di laluan Sungai Koyan... Tetapi sebenarnya ada, iaitu RNR berhampiran Pos Betau. Ada kedai makan dan surau. Tetapi kami memang tak berhenti sebab mengejar masa.. takut gelap semasa mendaki dan untuk elakkan tempat orang ramai . Almaklumlah..tak pernah sampai lagi ke sana, jadi kalau boleh nak perjalanan semasa hari masih siang.
Laluan dari Ringlet ke Sungai Koyan adalah sangat selesa. Jalan lebih lebar dan luas, serta pemandangan hutan yang masih terjaga. Kami dimaklumkan bahawa jalan ni adalah sunyi, tetapi..ketika kami melaluinya, banyakja kenderaan.. sebab Selangor tak boleh masuk, jadi semua cari jalan alternatif untuk ke Cameron Highland. 
Dimaklumkan.. sepanjang laluan Sungai Koyan, line telefon  aku kejap ujud..kejap hilang.. aku guna Maxis. Sepanjang jalan, kami boleh melihat beberapa buah perkampungan orang asli. Ada yang dah moden, ada yg masih tinggal di dalam pondok. Kat sini memang asyik selisih dengan diorang, sama ada bawa family ronda-ronda naik motor.. ataupun sedang membawa hasil hutan. Anjing pun banyak..relaks -relaks tepi jalan sambil ushar sesapa yang masuk kawasan diorang kan.. 
Habis sahaja Jalan Sungai Koyan, kami belok ke kanan menuju ke Raub.Inilah pemandangannya.. pokok kelapa sawit. Sesekali berselisih dengan lori membawa muatan buah Kelapa Sawit. Sepanjang laluan ni juga ada beberapa pekan kecil yang kami temui. Jadi, untungnya bila ikut jalan kampung macam ni, memang kita boleh rasai dan perhatikan  kegiatan masyarakat setempat. Kalau naik Highway...hadap jela jalan di hadapan. Suami aku yang drive pun cakap tak bosan memandu..cumanya...kena hati hati sebab ada pengguna jalan yang lagi besar kuasanya dari hampa semua.. iaitu Cik Lem... penuh jalan sekali depa buat rombongan. Kita pula kena ikut belakang diorang sambil jalan lenggang lenggok Mak Limah. Kalau bagi hon..depa siap pandang-pandang lagi kereta kami.. risau pulak kalau Cik Lem tu buat rusuhan.. dihantamnnya kereta kami..hehehe..Hati -hati ya Encik Lembu.
Jalan ni walaupun tak seluas jalan di Sungai Koyan, tetapi selesa. Takda lopak -lopak sebesar lori walaupun hari-hari lori lalu. Kami juga kerapkali berselisih dengan geng konvoi dari pelbagai jenis motor. Seronok diorang layan selekoh dari Sungai Koyan.

Akhirnya, setelah meredah segala jenis jalan, meredah cuaca yang kejap panas, yang kejap hujan.. kami sampai di Bentong Pahang. Nampak tak cuaca macam mana.. gelap dah.. risau kami takut hujan sewaktu mendaki.

Akhirnya.. ini adalah laluan mendaki ke Bukit Tinggi. Jalan tak Luas sangat.  Ketika kami sampai, hujan baru sahaja berhenti. Jadi cuaca memang best.. sejuk dan berangin. Semakin tinggi kami mendaki, semakin sejuk rasanya. Anak-anak memang riuh sebab katanya awan lagi rendah dari kami.. kabus menerpa ke arah kereta pun dah rasa best sangat... semua buka tingkap kereta dan hulurkan tangan ke luar..pergh...segar. Tiba-tiba ja aku rasa nak pi lagi.. 
Semasa kami mendaki, aku hanya selisih dengan beberapa buah kenderaan yang sedang turun ke bawah.  Doa di dalam hati semoga tak ramai orang sangat.. 

Masa yang di tunggu akhirnya tiba.. legaa.. dah sampai. Kat luar memang berkabus..

Pilih ..kiri ke kanan ? Kiri la.. 

Jengg... dah sampai. Selama ni hanya tengok di dalam gambar. Apabila tengok di hadapan mata sendiri ..rasa wahhh... cantiknya. Kami ikut ja papan tanda ke parking untuk pengunjung yang menginap di hotel. Parking di bawah bangunan hotel.. 

Lepas ja paking kat bawah bangunan cantik nih, kami terus naik untuk chek in bilik. Cari penunjuk arah ke reseptionis. Aku cadangkan tak payah nak usung beg besar tu lagi naik keatas..sebab belum tahu bilik di blok yang mana satu. Untuk kami, aku booking 1 bedroom suite, jadi bilik betul betul di atas bahagian reception. 
Dapat kunci bilik, kami masuk bilik dulu..dan jamak apa yg dah tertinggal. Lepastu baru turun semula.. pusing pusing lewat petang. Security pun dah balik ..
Semasa kami di sini.. cuaca taklah sejuk sangat, tetapi apabila datangnya angin..pergh... segar dan nyaman. Pengunjung pun tak ramai sangat..mungkin sebab dah lewat petang kan. Jadi , kami pun buatlah macam kampung sendiri.. hehe.. Alhamdulillah.. 
Encik Swan dan Puan Swan sedang ambil angin petang. Ada 2ekor ja.. yg lain dah balik kampung ka ?

Swan ni amatlah mesra alam.. nampak ja kami turun.. laju dia mengikut.. 

Bilik kami tingkat 3 dari bawah.. ada balkoni tu.

Hampir jam 7.00 malam. Dah tak ramai pengunjung. Yang tinggal cuma yang menginap di sini sahaja.

Reseption



Seni bina Perancis .. itulah gambaran di Bukit Tinggi Pahang. Aku tak pernah sampai Perancis.. jadi.. boleh la berangan kejap.. aku dah sampai Perancis ... made in Malaysia

Kedai Cenderamata. 

7e pun ada..





Kedai makan ada banyak kat atas ni. Tetapi kebanyakan adalah tema Perancis.


Pemandangan dari balkoni bilik kami.. jam 6.44 pagi.
Bas dan Van yang paking kat situ semua adalah untuk pengunjung yang nak ke Japanese Village. Tetapi boleh ja naik kenderaan sendiri.

Laluan menuju ke Kolam mandi. Tetapi disebabkan COVID, maka kolam pun di tutup.
Sarapan pagi di sini.. boleh la.. ada western dan ada juga makanan melayu.

Ambil gambar pagi -pagi.. 




Gigih kami 4 beranak. Selepas sarapan, panjat menara tinggi yang terdapat di sini.
Lepak kejap sambil layan permandangan. Anak aku nampak Genting Highland dari sini.. maka dia dah setkan di dalam otaknya.. nanti kena pi Genting Highland pulak. 
Ok.. ibu setuju nak.. last ibu ke Genting Highland..semasa berumur 15 tahun... huhu..
Nanti aku sambung tentang Hotel di Bukit tInggi ni pula.. Colmar Tropicale dan terus ke Japanese Village. 
Tunggu... 



2 comments:

Amie said...

Lmanya tak jalan-jalan. Berkurung jew dalam rumah. Belek-belek jew gambar lama. Cantik pemandangan sepanjang jalan dari Perlis ke negeri Pahang.

mela said...

Kan..disebabkan COVID, semua jadual dah terganggu. Semoga semua ni cepat berlalu..ramai yang terkesan.
Alhamdulillah.. Perlis ke Pahang... banyak yang indah..

Nufnang