Tuesday, February 23, 2021

CAMERON HIGHLAND - DESTINASI TERAKHIR PERCUTIAN 2020

Assalamualaikum.. 
Lama sungguh aku tinggalkan diari perjalanan nih. Harini 22 Feb, hari istimewa untuk aku, sebab dah cukup umur untuk menjadi kanak -kanak dewasa.. 😂😂. Bila umur bertambah, maka terfikir juga, berapa baki yang masih ada untuk aku teruskan kehidupan ini. hurmm...?..
Ok, takyah nak emo sangat, jom aku sambung baki perjalanan kami di musim PKP.
Perjalanan bermula di  Perlis ke Bukit Tinggi Pahang menginap di Colmar Tropicale  menziarahi unggas di Japanees Village merendah dusun durian untuk ke Silverpark Bukit Fraser dan jatuh cinta pada  Bukit Fraser
Perjalanan kami menjadi jauh apabila Selangor tidak dapat di lalui kerana arahan PKPB. Tetapi, ada indahnya , apabila melalui jalan biasa , banyak yang dapat dilihat dan di hargai. Kami bergerak dari Bukit Fraser sekitar jam 12.30 pagi menuju ke Cameron Highland. Kami perlu melalui Cameron Highland sekali lagi yang menjadi jalan alternatif untuk kami melintasi negeri selangor.
Sebelum bergerak, kami telah merancang, sekiranya kami tiba lewat di Cameron Highland, maka kami akan bermalam di sana terlebih dahulu. Kami tidak mahu mengambil risiko untuk memandu di waktu malam.. maklumlah..pilot dan copilot ada masalah silau yang agak teruk.
Perjalanan dari Bukit Fraser ke Cameron Highlan, ditemani hujan yang lebat. Pastinya kami tak boleh nak race.. 
Maka, gambar di atas adalah Ladang Teh  iaitu hentian pertama kami apabila selamat sampai ke Cameron Highland sekitar jam 4.30 petang.
Kami berhenti sebentar, rehatkan enjin kereta, dan kami memutuskan untuk tidur semalam lagi di Cameron Highland. Aku sebagai co-pilot dan juga sebagai PA driver, terus menjalankan tanggungjawab mencari bilik hotel yang kosong dan berbaloi untuk 1 malam.
Malangnya.. line tipun aku di sini berada di tahap sendu. Lembab mengalahkan siput sedut. Jadi, hidupkan enjin kereta dan bergerak ke hadapan lagi.. Last.. suami aku buat keputusan Jom lah kita Ke Hotel Heritage. Sampai kat depan hotel, aku login AGODA semula dan booking terus. Nasib ada bilik yang sesuai untuk kami 4 beranak.
Suasana kat Heritage ni memang cun. Aku dah 2 kali menginap di sini. Kali pertama tahun 2009 mengikut suami yang berkursus selama 5 hari  4 malam. Orang kata Hotel ni berhantu, entahla.. semasa tahun 2009 , pintu bilik kami digegar oleh seseorang selama 2 malam berturut - turut. Kami anggap jer orang mabuk. Kali ni tiada sebarang gangguan, kalau ada pun... kami semua tidur tahap fengsan. Letihh woo..
Heritage
Masuk jer bilik, semua pause kejap. 
Pastu hilangkan kandungan tangki-tangki yang dah hampir penuh..





Terminal Freesia
Smurf Inn Homestay

The Royal Chateau

Keesokan harinya, kami check-out awal. Kami berhenti di Kasimanis sebab nak petik Strawbery, tapi ..buah dah habis orang petik. jadinya, ushar kaktus ja..




Niat di hati nak shoping sayur di Kea Farm.. sekali bila sampai kawasan Kea Farm, Pergh... penuh dengan manusai. Jadi kami tak berhenti di situ. Tak nak ambil risiko berasak dengan orang ramai. Kami teruskan perjalanan dan berhenti di Trengkap, lebih aman dan tenang. 

Semasa Perjalanan turun, cuaca di Cameron Highland masih diselubungi kabus. Rasa sayang nak tinggalkan Cameron.Tetapi apakan daya, poket dah nipis .. kena balik membanting tulang pula.. 

Alhamdulillah, sekitar jam 6.30 ptg kami dah sampai ke rumah.. Misi Zon hijau ke Zon hijau telah berjaya dilaksanakan..huhu..Letih toksah cakapla.. lepas sampai rumah.. terus operasi mesin basuh dihidupkan. 
Part ni lah yang aku lemah lepas balik bercuti.. Udahla keesokann harinya kena masuk ofice seperti biasa. 
Sekian dulu untuk kali ini.. Entahla bila COVID akan berakhir.
Vaksin dah sampai, harap keadaan akan kembali seperti biasa secepat yang mungin..

Nufnang