Friday, January 14, 2011

Sesi Berpantang Kaedah Aku.




Ok..dah selesai bab mengandung..selesai bab beranak..muncul pula bab berpantang...Bab ni la yang ramai orang pompuan mengeluh bila mengenangkannya. Sebenarnya..aku pun ada part yg aku suka , dan ada part yg aku tak berapa suka.Tetapi mengenangkan untuk kebaikan diri sendiri juga..maka...aku ikut ja.Kalau aku tak ikut..sure mak aku tunjuk muka tak puas hati...heheheh...

Tempoh berpantang pada aku bermula apabila selesainya proses bersalin.Tiada lagi air ais atau air sejuk kosong.Semua air yg aku minum mesti direbus dan dalam keadaan suam. Mak aku tak benarkan aku minum air kosong yang dah sejuk.Mak aku tidak menyekat aku minum air seperti sesetengah orang..cuma katanya, janganla terlalu berlebih-lebihan.Air penting untuk mengembalikan kesihatan badan dan memudahkan proses pembuangan.Paling penting..kalau kurang air..dari mana pula nak datang susu. Bab pemakanan pula..aku tidak dibenarkan makan sayur-sayuran yang di anggap sejuk..jadi..semasa di dalam pantang, aku hanya makan sayur lobak. Ikan pula..mak aku tak benarkan aku makan ikan yang akan menimbulkan rasa gatal dan ikan yang isi dan perutnya bewarna hitam. Jadi aku banyak makan ikan gelama tengkerong. Ikan kembung pun aku makan juga..tapi hanya ikan yang masih kelihatan baru.Itupun selepas 2 minggu aku berpantang.Daging dan ayam pun aku makan. Mak aku selalu panggang, buat masak asam atau masak berlada. Buah -buahan yang aku makan cuma oren..itu pun selepas 2 minggu berpantang. ketika menghamiri 3 minggu berpantang..mak aku sediakan buah nenas.Tujuan makan nenas adalah untuk mencuci darah-darah kotor yang masih ada .Tetapi mak aku cakap..buah nenas tak sesuai dimakan ketika tempoh berpantang hampir tamat..kerana risau darah tak berhenti. Entahla..aku pun tak pasti..tapi takda salahnya aku mengikut.

Dalam tempoh berpantang..bertungkulah acara yang paling aku malas.Entahla kenapa..tapi aku malas sesangat.Mak aku pula amat rajin memanaskan tungku tu untuk aku. Kalau dia tak sempat buat..pasti adik-adik aku atau suami aku yg disuruhnya membakar tungku kesayangan aku tu. Pagi-pagi lagi..dalam pukul 7pg macam tu..mak dah sedia membawa tungku panas kepada aku..adeh..nak tak nak..kenala aku mengambilnya.Maka..bermulalah acara pagi dalam suasana aman dan damai. Kalau time ni baby terjaga dari tidur..aku amat suka..heheheheh..aku boleh lepaskan tungku utk seketika..bagi baby minum susu yang kekadang membuatkan aku lelap bersamanya. Pernah terjadi..aku meletakkan tungku di bawah perut, ketika aku menyusukan baby secara tidur. Aku boleh terlelap..dan terjaga apabila aku rasa ada sesuatu yg memeritkan di bahagian perut. Padan muka aku..merah terbakar perut aku..esoknya..naikla satu gelembung indah sebesar ibu jari di perut tu.Fuhh...pedih wooo.. Tetapi peluang tidur bersama tungku ni jarang terjadi..sebabnya..selepas mak serahkan tungku pada aku..dia akan pastikan ada seseorang yg jaga baby.Dia tau..aku akan menipu nanti.

Proses bertungku ni aku lakukan 4 kali sehari. Memula sekali semasa baru bangun tidur..kali kedua selepas mandi pagi..ketiganya selepas mandi petang...(mandi di waktu petang jgn terlalu lewat, 4.30 petang adalah selewat-lewatnya ) last sekali acara bertungku adalah sebelum tidur.Apabila menghampiri 44hari..bilangan bertungku tu semakin berkurangan.Last sekali cuma tinggal 2 kali sehari.Aku suka sangat bila ianya semakin berkurangan.Tetapi bertungku juga ada kedahnya..tak boleh main hantam sahaja.Kalau silap caranya..tak membawa kesan yg terbaik kepada badan.Jadi..bertanyalah pada orang-orang tua cara dan kaedahnya.


Berurut pula..aku buat 3 hari berturut..Fuhh..ringan badan apabila dapat berurut 1 body.Hilang lenguh-lenguh badan.Lepas tu pengeluaran darah nifas juga menjadi semakin lancar.Soal berbarut pula ..aku mula pakai barut pada hari keempat macam tu. Jadi..selepas mandi pagi..aku akan bertungku..selepas batu tungku tu dah tak rasa panas sangat..aku akan terus memakai barut pula. Jadi semasa pakai barut..perut masih terasa panasnya..sedap sangat rasa.Sebelum bertungku..pastikan sapu minyak dulu di perut..lepastu masa nak pakai barut..aku sapu pula krim barut. Barut ni aku buka semasa nak mandi petang..selepas mandi petang dan bertungku...aku pakai semula.Kekadang..aku terus pakai sampai tidur malam.


Disebabkan aku dah tembam..maka dalam pantang memang aku agak mengawal kuantiti makanan yg aku amik. Sarapan pagi aku adalah selepas mandi pagi..iaitu sekitar jam 9.00pagi. Aku cuma sarapan air kopi o panas dan biskut(kekadang mkn apom).Cecah ngn air kopi..fuhh..sedap dan nikmat. Sekiranya aku terasa lapar ...sekitar jam 11 pg camtu..aku akan minum susu anmum breast feeding bersama biskut juga.biskut kegemaran aku adalah Jacobs Cream crakers.Pukul 12.00-12.30 tgh adalah masa aku makan nasi .Nasi panas..(mak tak benarkan aku makan nasi yg dipanaskan semula ). Selepas mandi petang..aku minum kopi dan biskut lagi..my feberet..kopi O pekat dan panas. Jam 7.00 - 7.30 mlm..masa makan malam..nasi putih dan lauk yg dibenarkan. Jam 10.00mlm..sekiranya aku belum tidur,aku masih mencari kopi O dan biskut. Adik aku cakap aku dah gila pada kopi..sebabnya semasa mengandung..aku alah pada kopi.Tak boleh minum..jadi apabila dah boleh minum..aku minum sepuasnya. Aku juga mengambil nasi dalam kuantiti sederhana..tapi aku boleh habiskan 2 ekor ikan dan semangkuk sayur lobak.Inilah diet aku sepanjang 44 hari. Hasilnya..aku puas hati..Dah panjang berjela la pula karangan aku nih.


Jadi selepas habis berpantang..aku boleh rasa hasilnya.Aku rasa sihat dan segar.Pastu..semasa dlm pantang..jgn susah hati. Jgn fikir yg bukan-bukan.Semua tu boleh mempengaruhi kesihatan fizikan dan mental kita.Gunakanlah tempoh berpantang untuk merehatkan diri sebaiknya..sebab..lepas pantang dah takda can dah nak dilayan macam tu. Ini adalah cara aku berpantang. Setiap orang ada perbezaannya..cuma yang pasti..apa yg dilakukan adalah untuk kebaikan kita juga.


3 comments:

aishah said...

salam, setiap kali bertungku tu, balut batu tu dgn ape? mmg daun ke? sebab tempat saya takde daun2 tu..so mcm tak larat juga nak cari daun byk kali.. so akak ni guna apa ye utk balut batu panas tu stiapkan dah panaskan? tq:)

aishah said...

Salam, mcm mana ye balut batu panas tu? sebab tempat saya ni takde daun2, so mcm susah je nak balut batu dengan daun2..boleh guna apa ye utk replacement?

tq

mela said...

aishah..selalunya daun yang orang gunakan untuk lapik tungku adalah daun sireh, daun mengkudu , daun pandan,daun lengkuas, daun kunyit..dan ada lagi la.sebenarnya apabila kita lapik tungku dengan daun-daun ni..satu aroma yg menarik akan dihasilkan.aroma nih memang boleh menenagkan.ada sesetengah cakap..ianya juga membantu proses penyembuhan.Kalau bernasib baik.daun nih ada di jual di pasar..boleh lapik dengan sejenis daun pun dah ok..tapi kalau tak dapat juga..balut dengan kain pun dah ok.yg penting masa bertungku tu..pastikan guna kaedah yg betul..jgn terus letak ja..selamat berpantang ya..Insyaallah..semua akan ok.

Nufnang