Thursday, May 28, 2015

Bukan Untuk Aku_ 2015

Alhamdulillah.. rezeki bertandang lagi. Tetapi.. aku masih dengan keputusan yang sama. Jika kenaikan pangkat ini di dalam Negeri Perlis, dengan senang hati aku pasti menerima. Surat bertarikh 20 Mei 2015 , memaklumkan aku dinaikan pangkat dan perlu mendaftarkan diri di SUK Pulau Pinang. 
Sebenarnya, pada 15 oktober 2014 aku telah ditawarkan di tempat yang sama. Kuat betul Jodoh aku untuk ke Penang . Terima kasih atas tawaran, tetapi.. aku tak boleh nak pergi. Aku hanya ingin berada berhampiran keluarga. Ada orang cakap, "Penang tu bukannya jauh sangat pun.. pi jela... anak-anak dah besar "..
Tetapi ..bagi aku..anak-anak aku tu masih kecil.. 11 tahun dan 5 tahun....masih memerlukan perhatian dari aku. Dan aku..spesis yg akan memikirkan hal anak-anak dan suami berlebih-lebihan...kekekeke... Aku pi kursus..1/2  hari ja aku enjoi..lepastu..aku dah mula fikir hal diorang..padahal..bila aku call ke rumah..anak aku relaks ja.. maknanya..aku la yang over..adeh.
Jadi ..keputusan yang tak perlu susah payah nak memikir...aku tandatangan ja surat penolakan..dan minta bos tandatangan. Bila ngadap bos..  " aik Mela, kamu tolak lagi ?" ..dan aku..senyum jela. Saya sayang nak tinggalkan bos..tu pasal saya tak nak pindah... kekekekke...
Apabila kali ke-3 menolak tawaran...hati jadi cool jer. Langsung tiada titik menyesal atau rasa rugi..kali pertama dulu tahun 2006..ya..aku banyak berfikir, aku rasa cemburu pada kawan-kawan yg menerima tawaran tersebut. Masa tu anak sulung aku berumur 2 tahun lebih...terlalu kecil untuk ditinggalkan.
Aku rasa ramai yang membuat keputusan seperti aku. Aku percaya, pengorbanan yang ikhlas pasti akan dibalas dengan sesuatu yang baik. Aku tahu apa yang aku cari dan aku tahu apa yang aku inginkan. Jadi..aku cuma perlu mengikuti segala perancangan yang telah aku adunkan. Semoga perancangan yang aku adunkan ini akan dapat aku sempurnakan dengan penuh rasa tanggung jawab dan akan dipermudahkan oleh Allah. Insyaallah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...