Monday, February 10, 2020

HOTEL GRAND COURT TELUK INTAN PERAK

Assalamualaikum.. 
Dimulakan dengan lafaz bismilah..
Jom kita sambung percutian gedebak -gedebuk budged ciput lepas soping baju sekolah anak.
Selepas selesaikan apa yang patut di Kuala Kangsar, kami bergerak menuju ke Teluk Intan Perak.
Misi di sini adalah nak tengok Menara Condong dan nak makan Udang Galah... perghhh...meleleh aiq liuq teringat udang galah.
Jarak dari Kuala Kangsar ke Teluk Intan lebih kurang 120 KM. Perjalanan di temani ladang pokok kelapa sawit


Selepas hampir 2 jam membekukan diri di dalam kereta, sekitar jam 5.45 petang..kami sampai di Hotel Grand Court Teluk Intan. Hotel ni tak susah nak cari.. tak caya , try tanya adik wazeeee..
Lepas ja trafic Light besar tu..dah boleh nampak hotel ni tersergam. Sebelah malam, hotel ni bertukar warna.. kejap purple..kejap hijau.. 
Kenapa kami pilih hotel ni ? 

 Sebab utama, my big bos nak hotel yang ada parking khas untuk kenderaan. tak nak parking kat tepi jalan, katanya dia tak boleh nak lelap mata..risau kalau-kalau kereta nya nagis di tengah malam.
Sebab kedua, nak yang dekat dengan menara condong, sebab kami nak merayap di sebelah malam. Sebenarnya ada lagi hotel yang dekat dengan menara, tetapi tu la.. syarat parking yang tak memenuhi kehendak jiwa raga.
Ke tiga, harga yang sesuai dengan budged ciput. Kami ambik bilik type family room. Ada 1 katil Queen dan 1 katil single. Bilik pun ada tingkap.
Hotel ni ada lift.. dan lift nya ok.. tak suka berleter bagai kalau dah masuk dalam.. risau aku naik lif kalau baru ja jejak kaki..dah di suruhnya aku keluar. Tampaq dai baru tauuu..

Buka ja pintu utama, ini yang hampa semua akan nampak. Simple tapi kemas
Simple kan.. alamak untie .. kaki banyak gebu laaa...

Haa.. Idaman hati laki aku.. nak hotel murah..tapi kena ada paking cam ni.. susah la nak cariii.. menggagau aku dalam masa 1 hari. Tapi sebab aku yg punya idea nak jenjalan ke sini.. maka.. tanggung lah risikonya.

Buka jer Lif.. haa.. inilah koridor yang menanti. Bangunan ni banyak tingkat juga, berapa banyak bilangan bilik aku tak pasti . Jadi.. jom lah kita jalan - jalan sambil lenggang kangkung. 
Nyanyi dnegan tune yang betul ya anak anak-anak sekalian.. 
 lenggang -lenggang kangkung.. kangkung di tepi sawah.. 
Jap.. achik konpiuse, kangkung di tepi sawah atau telaga ? alaaa.. baru nak nyanyi.. lupa lirik la pulak...
Apa motif sebenar ni ? hanya kaum hawa sahaja yang memahami bertapa pentingnnya besi nan seketui ni. Aku sanggup bawa tau kalau dah tahu kat hotel takda ketui besi ni. Kali ni pun aku bawa, tapi yang kecik jela.. saiz telapak tangan, sekali nak guna.. suis connectionnya rosak daaa.. 
Jadi.. aku pun keluar lenggang kangkung..sambil iron tudung..sambil nyanyi lenggang lenggok lenggang kanggkungg.. nak habaq kat hampa.. sebenaqnya hotel sunyi...  tengok kiri nampak koridor panjang..pusing belakang...koridor lagi... tengok depan,,,tara.... dinding batu !. harap takda ju-on kat belakang aku !!!
Katil Queen + single + parking + peti sejuk kecik + peti simpanan + bilik bersih + bilik luas = 
RM 100 ++


Pemandangan dari dalam bilik aku.. boleh laaaa... boleh skodeng jiran sebelah... hehehe.. 


Bilik air ada shower dan tandas duduk. Tuala mandi pun disediakan.
Aku cuma nak sebut bab tandas ni sikit jer.. sakali pandang..semua bersih.. sinki pun tak berdaki di keliling..tetapi bila lantai dah basah.. rasa cam ada pasir.. mungkin daki -daki atau debu-debu atau apa - apa saja..yang buatkan aku asyik tenung lantai bila masuk sini. Kan dah jadi satu keja pulak..


Toiletries yang disediakan. Jadi ok.. bagi status hotel budged. Nampak kepala naga.. komen banyak-banyak.. kena sembur baru tauu..  kan dah nak kena talipon si Goku ngn Gohan.. tak cukup kuat..call sekali mak si Goku tu si Chi-chi dan adik Gohan  , Son Goten kan ?? kan ?
Mini fridge , kettle , mineral water, tv dan peti besi..taknampak kat sini.. tapi ada ya. Kopi 3 in 1 pun ada..walaupun cuma 3 paket. Seperti biasa kawan - kawan..panaskan air 1 kettle.. tuang dalam semua cawan dan gelas yg ada di situ. Lepastu baru guna.. 

Ok..sekian dulu ulasan dari Hotel Grand Court Teluk Intan. Kalau hampa nak lepak sini.. ok.. aku tak larang..semua ada .. cuma kena sedarla.. ni bukan hotel 4 bintang. Banyak mana ko bayar.. maka itula yg ko dapat. Kesimpulannya aku kata.. bersesuaian dengan kadar harga yang dikenakan.

Nanti kita sambung di menara Condong pulak key.. 

No comments:

Nufnang