Monday, March 9, 2020

MEE UDANG KUALA SEPETANG , TAIPING PERAK

Orang kata, rezeki tak pernah salah alamat..
Apabila itu rezeki  kita..lambat atau cepat..insyaalah, akan jadi milik kita juga.
Cuma doa, bagi jadi cepat sikit... heee.

Perjalanan kami dari Kuala Kangsar - Labu Sayong - Menara Condong - Misi Udang Galah - Tanjung Tualang dan  Kelly Castle hampir ke penamatnya. 
Kini kami di atas Highway, dan kami jemmmm.. kereta takleh bergerak. Berdasarkan waze.. ada kemalangan di hadapan . Melibatkan beberapa buah kenderaan. 
Di sebelah kiri kami.. terpampang papan tanda susur keluar ke Taiping.
Maka di kala ini sampai ilham kami patut keluar ikut susur keluar ke Taiping.. Habis.. takan sesaja keluar kan.. alang-alang keluar..kami anggap itu  rezeki untuk menuju ke Kuala Sepetang. Hari pun dah petang.. perut pun dah minta diisi semula..

Ni kali pertama aku sampai ke Kuala Sepetang. Aku pernah makan mee udang Mak Jah semasa lepak di Bukit Merah, pesan kwn tapau. Kali ni, aku nak test sekali lagi di kedai pula.. Sebab masa aku rasa dulu.. kuah mee tak lah pekat sangat. Kami kan pesen nak kuah pekat gitu..
Sekali sampai, waaaahhhh.. Mak Jah buat kenduri ke hapa ni ?? Tergeleng -geleng kepala aku.. ish-ish -ish.. Hebat Mak Jah. Murah rezeki Mak Jah.
Kami.. bila dah nampak ramai nya umat manusi.. maka kami rela mengalah, rela mengundurkan diri, tak sanggup meredah lautan manusia sebegitu ramai.

Maka.. kami buat U-turn, Kami Pilih kedai sebelah Mak Jah.. 
Buka sahaja pintu kereta.. WOWW !!!! bau udang satu kampung.. 
Bau udang yang sedang di masak.. memang harum  sesangat. Tapi aku tak tau la bau tu dari kedai yang mana satu. Sebab ada 3 kedai..dan ketiga-tiga kedai dibuka.

Kan dah ada model terbeliak dah.. anak aku yg no 2 ni memang peberet dia.. udang.
Anak pertama pula suka ketam... tapi..aku dan laki tak berapa gemarkan ketam.. sebab kami malas nak kopek kulitnya walaupun aku tahu..isi ketam sedap..terutama kalau ada telurnya sekali... nyummm.. 
Ulasan Mee kuah Kuala Sepetang. Udang memang manis lah, tetapi kuah mee masih belum boleh memukau aku. Entahla..kenapa susah sangat aku nak berpuas hati dengan rasa kuah mee udang. 
Jadi aku anggap mee kuah ni biasa- biasa saja. 



Koteow goreng udang.. aku suka yang ni. Lebih berperisa dari Mee Kuah tadi.

Mee goreng pun lebih sedap rasanya. Udang masih banyak bersembunyi kat bawah mee. Angkat mee, nampak udang.. ini lah pepatah .. ada udang di sebalik mee. 
Kami tak lepak lama di sini.. sebab hari dah petang. Lepas makan , terus naik kereta. Harga kat sini pun boleh tahan jugak lah..
Kalau hampa dah lalu dekat-dekat sini.. try la singgah. Membantu ekonomi orang melayu kan..
Alhamdulillah, selepas kami masuk kembali ke highway, jalan kembali lenggang. 
Di sebabkan dah makan banyak..maka mata pun semakin layu... tapi tak tidor pun.. kesian driver sengsorang..cuma kadang-kadang aku rasa di bawa bayu aircond ke gunung kinabalu.. hahaha..
Maka tamatlah percutian budged kami ke Perak. 

Next entry, aku nak kisahkan kejadian cemas dalam keluarga kami. Terlantar di wad kecemasan selama hampir 10 jam.. 


Nufnang