Tuesday, August 16, 2022

SARAPAN PAGI DI DUSUN GENTING NAKAWAN PERLIS

Assalamualaikum...

Jom sarapan dalam dusun pulak.. best woi.. tapi nak pergi ke tempatnya...nun jauh di dalam..

Dusun Nakawan ni terletak berhampiran Bukit Ayer, jadi selepas Batu Pahat terus memandu menuju ke Bukit Ayer dan selepas pondok kutip duit utk masuk ke Bukit Ayer, ada simpang ke Sebelah kiri. Sekali pandang memang tak perasan dan ko tak berani pun nak terjah masuk. Tetapi ada papan tanda kecik jer.. maka dengan lafaz bismillah.. kami pun tawakkal lah masuk ke laluan dusun tersebut.

Laluan adalah sehala key.. ..mini tar.  jadi kalau kereta hampa dah convert lowed sampai cium tanah.. hati hatilah memandu. Tapi aku rasa ok ja.. mini tar dia cantik..takda bongol atau lubang

 utk jatuhkan anak badak

Sebenarnya masa drive, kami gabra gak..sebab tak selisih dengan sebuah kenderaan pun.. sunyi .. Pada  masa tu, kami tak tahu lagi sebenarnya ianya adalah jalan sehala.. hihi...patutla tak selisih dengan sesapa.. hanya kami ...                            

Terasa jauh bebenar jalannya bila ko tak temui seorang manusia pun.. terasa macam nak u turn... tapi kami gagahkan hati.. sikit lagi ni.. kepercayaan yg tertanam kukuh dalam perut.. sebab lapar.. 👧

    Selepas laluan yg aku rasakan suram , kelihatan suasana yang semakin menarik ni ha.. Suasana yang buatkan ko rasa nak menjelajah lagi ke dalam dan teruskan langkah biarpun badai ada di depan sana. 

Biarpun berliku .. akan aku redahi juga..

Tekan minyak sikit.... kuatkan nekad lagi.. kau akan aku takhluki..ha ha...

Taraaa... ramai manusiawi  wei... terkaku terkesima aku seketika. Macam masuk ke dunia lain pulak.. tadinya sunyi sepi..bila habis tekan minyak..muncul paparan cenggini haa.. kawasan parking seluas padang bola. serius aku tak tipu.. Sangat cantik..dan dari jauh aku boleh melihat bulan nun jauh di sana.. 

Hai bulan.. Ku sedar, kau hanya mampu ku tenung dari jauh.. jauh sekali untuk aku berpicnic... 😅

Masa kami sampai.. dah ramai orang . Padahal aku sampai sini sekitar jam 8.30 pagi kot. Aku cuba snap gambar di bahagian yg tak ramai orang. Segan plak nak pusing HP mahai aku ni kat arah semua yg sedang menyantap kan.. kut ada yg tersentap pula..

Kawasan dusun yang terjaga, boleh buat drama kampung bunian ni.. hihi..

Kat sini boleh makan di bawah pokok atau kat dalam kedai sendiri. Tengoklah rezeki hampa nak dapat tempat yang mana. Nak tempat cun.. pastikan sampai awal. Nampak cam panas, tapi taklah panas sangat..sebab dusun kan dan masih awal pagi.. 

Konsep oder kat sini.. diorang sediakan kertas menu di atas meja.. ko tick lah nak makan apa dan kuantitinya berapa. Jgn lupa tulis no meja. Lepastu..bangun dan serahkan pada kaunter depan. Pastu.. ko balik lah semula ke tempat asal.. Walaupun ramai tetamu, tetapi service tip top. memang laju.. Ramai sungguh aku tengok pelayan diorang. tapi ini kisah 5 bulan lepas la.. harini ni..masa aku post ni..aku tak tau la macam mana servicenya sekarang. harap masih tip top lagi lah.
Lepas mkn jgn buat-buat lupa bayar pulak.. tolong jadi manusiawi sikit. 

Sarapan aku pagi tersebut, Roti telur pecahh..hurmmm,... tapi kat sini guna roti arab.
Rasa..biasalah.. standard rasa roti telur camni kan.

Magi goreng pilihan anak aku.. dia cakap magie ni lebih rasa kicap.. tapi masih ok.. ni komen dari budak umur 12 tahun key.

Nasi lemak daging. Ok.. yang ni aku suka sambalnya. Tapi daging agak liat sikit. Rasa sambal tu buatkan aku nyesal tak oder nasi jugak .. 

Itik ni semua berani.. slumber jer dia melawat dari meja ke meja.. pastu acah acah tak puas hati kat orang. Dia tak lah garang pun..cuma sesapa yg ada kenangan dengan itik spesis ni..pasti rasa nak jarakkan diri.. huhu.. aku la tuuu... 

Dulu balik sekolah aku selalu kena kejar ngn itik jiran. Gila garang.. udahla itu jer jalan aku nak lalu balik rumah.. diorang boleh pulak jadi jpj kat tengah jalan.. jadi..selalu ja aku lambat sampai rumah..sebab nak tunggu itik itik tu semua masuk semula dlm pagar rumah diorang. Kalau tak..aku terpaksa pecut beskal mini aku sekuat jiwa raga..kalah atlit beskal . Tu pun selalu aku gagal.. sama ada aku kena cubit di betis..atau kain aku di tarik dgn mulut panjang diorang tu....atau beg aku gedebuk jatuh atas jalan. Memang aku marah betul ngn itik tu semua..nasib aku tak berani nak tangkap buat gulai jerr..  Tapi adakala..bila diorang takda di  tengah atau tepi  jalan.. aku rindu pulak..tertanya tanya kat mana diorang sedang lepak..adakah semuanya telah selamat digulaikan ???. seriuse  ..rasa kosong  jalan tu bila diorang takda nak sakat aku...  😁
Comel ja pondok dalam dusun ni. 

Lepas makan.. kami cepat - cepat bangun ..sebab nak bagi orang lain pula duduk. Aku rasa bersalah kalau makan santai-santai, sedangkan aku tahu ada yang sedang menunggu giliran untuk duduk dan oder makanan . Inilah penyebabnya aku tak nak ke kedai yg terlalu ramai orang.. rasa tak nikmat kalau makan dengan kelajuan tahap gear 5. Boleh jer nak buat buta/pekak..dan makan sambil gelak-gelak..santai santai.. tapi..tak boleh..sangat rasa bersalah pada yg menunggu.

Untuk keluar dari sini, pastikan korang ambik jalan yg benar dan lurus. jgn duk pusing ikut jalan yg korang masuk tadi. Laluan keluar pun adalah sehala. Dari kawasan parking, belok ke kiri jer. Dan bermulahlah sekali lagi pengembaraan dalam dusun . Gambar ni adalah laluan keluar key.
Hampa ikut ja jalan mini tar ni, jgn risau..lepas seketika, hampa akan jumpa balik jalan besar bukit Ayer tadi. Jadi, kalau nak singgah Ladang Anggur dan Buah-buahan Eksotik sesuai sangat dah. Sebabnya jalan mini tar yang korang lalui untuk keluar ni adalah bersebelahan pagar jer dengan ladang anggur.

Restoran ni dibuka mulai jam 7.00 pg hingga 12 tgh.  Tak silap aku..Khamis dan Jumaat tutup. Jadi jgn salah pilih hari pulak.. kut ada yg makan hati key.
Jadi, kalau ada masa,bawalah family try sarapan di sini.. terutama mak ngn ayah hampa.. mesti diorang suka.. Tukar suasan sekali sekal kan...

No comments:

Nufnang