Tuesday, June 23, 2020

HOTEL SERI MALAYSIA KULIM KEDAH

Assalamualaikum.. 
Lama sungguh akak tak update. Harini dah 23/06/2020 bersamaan 1 Zulkaedah 1441 Hijrah.
Sesungguhya, tahun 2020 adalah satu ujian besar untuk semua kita di muka bumi ini.
Semoga segala yang terjadi , ada hikmah tersembunyi disebaliknya.

 Alhamdulillah, negara kita masih mampu bertahan dan akan terus bertahan bersama -sama. Kita adalah rakyat Negara Malaysia yang hebat. Walaupun kita berbilang bangsa, kepelbagaian Agama , adat  dan bahasa, namun kita tetap bersatu. Semoga keluarga besar kita ini mampu bertahan dan mempertahankan apa yang telah kita miliki demi kemakmuran  di masa akan datang.
Selagi nyawa dikandung badan...
Eh, eh... Panjang pulak mukadimahnya. Kakak novelis tak menjadi dah nak tulis rencana pulak...

Ok, jom.. kakak Novelis tak jadi nak bercerita..
24 Jan 2020 .. sebelum negara kita di cemari virus Covid, Adik akak kawen .. akak dapat adik ipaq baru ler.. Jadi majlis pihak Perempuan diadakan pada 25 jan 2020 di Kulim Kedah. 
Majlis akad nikah pada 24 Jan 2020 selepas solat jumaat.
Pertama kali dalam hidup akak, dapat ikuti majlis akad nikah yang punyalah ramai manusia.. 
Majlis akad nikah berlangsung di Masjid Kulim, dan pada hari tersebut seramai 8 pasangan pengantin akan di akad nikah kan.. Perghh... Beratur beb..
8 Pasangan pengantin..maknanya ..16 orang pengantin...maka... 16 keluarga pengantin..ramai-ramai berkumpul. Sampaikan Tok imam / Tok kadi terpaksa minta tetamu bertenang....nerbes mengalahkan pengantin dah.. 
Kakak pun tak sanggup nak tunggu dalam dewan...walaupn ada aircond, tapi.. akak rela mengundur diri.. dengar dari luar, sebab tok kadi guna pembesar suara. 


Duit Hantaran dan Sirih Junjung. Kami buat sendiri adik beradik. 

Kami chek in ke Hotel Seri Malaysia jam 5.30 petang..

Aku booking hotel 3 bulan sebelum majlis. Sebab  risau bilik penuh memandangkan pada 25 Jan 2020 adalah sambutan tahun baru Cina.
Tetapi.. heemmmmm.... ada masalah sikit masa chek in. Mau panas jugala kepala dibuatnya.
Sebab masa booking, aku dah note.. nak 4 bilik..2 bilik adalah connecting room. Dan 2 bilik aku nak di tingkat bawah ..sebab Hotel Sri Malaysia Kulim ada 3 tingkat dan tiada Lift disediakan. Jadi, untuk connecting room, aku tak kisah di tingkat berapa pun, untuk 2 bilik lagi aku nak di tingkat bawah. Sebab mak dan ayah  dah tak larat nak naik tangga, manakala adik bongsu  pula, dah 7 bulan mengandung. Kesian dia nak panjat naik atas kan..

2 Minggu sebelum majlis, sekali lagi aku call untuk pengesahan. katanya semua OK.

Tapi bila di hari kejadian,3 bilik di tingkat bawah tersedia. 1 bilik untuk mak & ayah . Manakala  untuk Connecting Room buat aku anak beranak, tetapi bila kami masuk.. rupanya aircond di salah satu bilik tersebut dah rosak...
 1 bilik lagi di tingkat 1 --- kesian mak labu.
Jadi aku anak-beranak ditukarkan ke bilik ke dua..
Bilik ke-2 berada di tingkat -2.
Bila dah masuk... eh eh..pintunyer  takder... mana pintu connecting tu.. ish... penat nih..
Aku tinggalkan beg di tingkat 2 bersama suami dan anak-anak.. aku jer turun ke bawah.

Receptionis cakap --- puan, biliknyer takder. Alohai... cam na nih.. akak dah ler bayar melalui Agoda. Kalau ambik bilik biasa.. aku rasa.. aku tak lena malam la pula.. anak anak kat bilik asing. Takan nak suruh aku ngn laki tidur asing kan.. eh.. mana boleh.. 

Aku buat muka sekupang di kaunter tu.. seriuse tak puas hati..sebab dah lama booking.. Setelah penat geng kaunter tu berpikir, mana nak letak kami , maka kami diberikan bilik family. Jadi bilik family memang dah ada connecting room. Maknanya bilik lebih besar la. Tanpa sebarang caj tambahan. Hikmah di sebalik dugaan tahun baru cina. Hehehe..

Tetapi.....biliknya adalah di tingkat 3.. Oh yeeyyy... naik tangga lagi..
usung beg lagi.... berat wei..dah la aku ayu berbaju kurung bagai.. 
 Kami lepak sini 3 hari 2 malam.


Ni tangga.. bukan rukun tertangga.. sini banyak tangga.. hari -hari main tangga..
Hiasan dalaman biasa -biasa sajeee.. cuma tambah hiasan tahun baru Cina ja.

Sebelah kiri gambar, nampak pintu tu.. dewan makan.


Laluan ke Bilik dan rukun tetangga .. banyak jiran tetangga kat sini.. tangga gaji ja aku tak jumpa..
Pandangan atas, dari arah Pintu Masuk


Nampak pintu untuk ke bilik sebelah..

Tandas ni bagi aku agak comot sikit. Bukan tak bersih, tetapi mata yang memandang ..tak berapa nak sweet gitu...

Untuk Bilik Family, disediakan satu Katil Queen dan satu katil Single, dan bilik ni ada connection room. Bilik anak -anak aku standard 2 katil single.

 Sebab utama kami memilih  Hotel Seri Malaysia  kerana lokasi majlis perkahwinan adalah berhampiran hotel. Dan satu lagi sebab ada kolam mandi. 
Lepas sarapan terus lepak sini. Kat sini, tuala di kolam mandi tidak disediakan. Jadi kena bawa turun sesiap ya. Undang-undang nak berendam pun tiada.. Pakailah apa yg sesuai.. Takder sesapa nak kejar korang keluar dari kolam. 
Kolam 2 jenis..untuk kekanak dan dewasa..

Tasik Kulim  kat belakang hotel ja.
Malam Tahun Baru Cina, memang meriah .. aku takleh nak tidur sebab melangut depan tingkat, tengok percikan bunga api. 
Kucing ni kan.. aku panggil dia jawab, aku panggil dia mengiau. Ramah juga kucing-kucing di sini..
Makanan di Hotel Sri Malaysia Kulim memang best.
Malam pertama, kami ambik room servis. Memang letih dah nak keluar, pastu siap add on food panda lagi.. 
Sarapan Pagi di sini, memang TERBAIK. Menu banyak, lepastu sedap. 
Menu dari barat sampai la menu orang kampung. Semua ada.. 
Aku boleh melekat kat meja makan sambil oder anak aku ambil kan.. hehehe.. sekali -sekala nak berlagak . Pastu, laki aku bangun nak ambil menu untuknya..aku pesan sekali lagi.. ambik untuk ibu sama ya... sambil kejip-kejip mata dan teleng-telengkan kepala.. hahaha.. 

Ok, rumusan aku untuk Hotel Sri Malaysia Kulim.

Makanan memang paling best.
 Hotel ni macam kat belakang perumahan, jadi suasana agak sepi sikit la.  Pertama kali kami sampai, memang terlajak , sebab tak sangka itu adalah lorong nak ke hotel. Bilik pun tak besar sangat dan biasalah, hotel dah lama, jadi perabot pun agak sayu-sayu . Kebersihan ok.. cuma tandas tak cun sangat. 
Aku lepak sini 3 Hari 2 malam, dan sesungguhnya aku tak nampak operasi pembersihan kolam. Selalu kalau aku lepak hotel, aku pasti akan nampak situasi di mana kolam akan di bersihkan di awal pagi atau lewat petang selepas aktiviti kolam di tutup. Jadi.. dari mata kasar , nampak bersihh.   

Jika di tanya, adakah aku akan kembali ke sini.. jawapannya.. MUNGKIN , jika keadaan memerlukan. Kalau ada org tua atau ibu mengandung, pastikan korang ambil  bilik bawah key.. Takut mood bercuti boleh hilang sebab diorang sakit lutut. 
Key.. aku nak makan... lapor dah.. tata..

No comments:

Nufnang