Tuesday, April 30, 2019

DESIGN VILLAGE OUTLET MALL BATU KAWAN PENANG

Kawan -kawan.. jom kita serbuuu... tapi barang diingat...jangan sampai anda merayu dan melukut di tepi gantang....sebab duit nak belanja dah berada di tahap kuku kaki.. Amaran BAHAYA !!!

 Selepas habis aktiviti meminang..sesudah menukar seragam yang lebih afdal, Kami pun menuju ke Outlet, naik higway menghala ke Jambatan Baru .. Macam gambar di atas..nampak kan..simpang ke Bandar Casia.. ambik jer simpang tu.. Lepastu..masuk sikit..dah boleh nampak bumbung IKEA .. jalan sikit lagi..dah perasan sign board Outlet Mall. Parking kat sini ada dua tempat, sama ada di atas tanah atau paking bertingkat di sebelahnya. Pastikan masa nak turun shoping tu, ambik sesiap tiket paking..masuk lam handbag.. sebab mesin auto teller ada kat bawah sekali. Parking OKU dan ibu mengandung pun banyak disediakan.
Benda pertama yang aku nampak lepas turun dari parking bertingkat adalah kedai kasut. Tapi aku tak singgah lagi situ, masih mengikut langkah kaki, mencari sesuatu yang membuat aku teruja. Jalan lagi sikit ke depan, kona kanan....waaa.... di depan mata terpampang deretan kedai yang panjang.. Hati dah berdebar-debar, berapa banyak keping wang aku harus laburkan di sini ?? Ni semua salah adik aku.. nak bertunang sebelum gaji .. 20 hb April, gaji tak masuk lagi la wei.. Huwwaaa... aku rasa nak nagis kat tepi kolam air pancut tu.. biar air mata aku menjadi peneutral alkali terbaik ..membunuh semua hidupan akuatik di situ.. Porahhhh .. menagis jadik tugu kat situ pun..takda sapa nak heran. Keras la aku di situuu.
Nampak tu 70 % sale.. 
 Antara deretan outlet berbaris-baris di situ..
 Hai abang.. jalan sorang sorang ker ? bini dah tinggalkan abang yer.. kesiann abang.. bini boleh sesat di sini.. suami boleh sakit jiwa..sakit poket...sakit mata memandang karenah bini yang belum dapat gaji . Ha ha ha... hermmmmm...
 Suasana kat outlet ni jenis terbuka. Jadi walaupun orang ramai, tak terasa sangat, sebab kita boleh jejak ke outlet lain yang masih kosong. Dalam outlet tu semua sejukkk..seronok nak membeli.
Kat sini tak bertangga- tangga , jadi kalau nak bawa mak dan nenek yang tak larat jalan ..sesuai sangat. Boleh tolak kerusi roda sekeliling. Bawa stoller anak pun mudah. Kiosk minum  pun ada. Kedai makanan pun aderr..jangan risau. Tapi aku tak pastila harga makanan ada less atau tak.. Aku cuma beli air jer.. lemon tea.. RM 2.00 sebekas. Ok la..harga lebih kurang di luar ja. Kalau penat berjalan, banyak kerusi batu di sediakan kat bawah pokok tu.
 Aku cuba menangisi nasib kat tepi ni. Takder ker aku boleh dapat sumbangan terus ke akaun??
Jadi, hati hati berjalan, mata dah tak pandang bawah dah masa ni. Asyik melangut tengok nama kedai dan less yang di paparkan. Kalau hampa terjun gak dalam ni... gerenti basah. dan sedikit panas muka..walaupun kaki sejuk... .. tapi jangan risau.. banyak sale ada.. beli,,dan terus ganti.. barulah namanya cabaran dan dugaan dalam kehidupan.. jangan sampai buat aksi lemas dalam ni dah la.. malu kat anak-anak la wei... hahaha..
 Apa pasal hampa lintas time aku ambik gambaq ? kan dah jadi kuning muka tu... nak ambik gambar pokok jer pun.. hahaha.. opss.. mana laki aku sembunyi ni....
 Ni kat bahagian tengah outlet. Panas macam mana pun.. jangan nak pi buat aksi terjun tiruk key.. bawa mengucap sama. 

 70 %   50 %  tapi aku tak jumpa kedai buku kat dalam ni... pasai pa haaa... heee
Padini.. aku banyak memberi sumbangan kat situ. Nasib tak meroyan aku tengok.. harga baju untuk anak aku yg umur 9 tahun.. bermula dari  RM 9.00  dan saiz dewasa dari  RM15.00 ( ini yang aku nampak.. mungkin ada yg lagi murah... ) Jadi.. aku hampir selesaikan baju raya 2019. Aku juga terhangkut cadar..dari harga RM250 ++  tinggal  RM40 ++ 
Mak dan mak saudara aku pula asyik ulang kedai kasut. Semua nampak lawa, terutama harga memang tahap mampu milik.
Adik -adik aku pula.. lesap entah kemana. Kami cuma bertembung kat Padini ja sekali.Nasib masa nak balik , semua dapat dijejakki semula..
Ayah aku.. anggapla ayah buat senaman jalan slow slow kat sini . Ayah tak menyesal ikut kami kan ?? kan ?? hehehe... Nasib ada suasana pokok.. jadi ayah tak bosan sangat menunggu.. lepak kat bawah pokok sambil minum dan membawang dengan bapa saudara aku .

Kalau di tanya pada aku..nak pi lagi dak Design Village ni ? jawapan aku YESSSS ..nak nak dan nakkkk... Aku  siap deal ngn laki dah.. nanti kita mai lagi ya abang..sambil gosot - gosot beg duit  laki aku.. hahahaha...
 Sini lagi best dari IKEA.. bagi aku la.... 
Aku tinggalkan jejak di sini.. jadi..aku kena pi kutip balik la kannn... tunggu aku pi woiitt..

Friday, April 26, 2019

PI MEMINANG LA PULAK - KULIM KEDAH

Lepas selesai kenduri pada 30 Mac 2019, dalam tempoh 20 hari, tak sempat nak hilang penat lelah lagi.. kami dah kena pi Meminang la pulak... Rezeki tahun  2019. Mak dan ayah aku bakal dapat menantu lagi.. dan aku.. dapat adik ipar lagi.. Insyaallah.. tapi masih bukan yang bongsu.. Kali ni pasangan untuk adik ke empat.. kedua bongsu.. Jadi jom kita buka kitab balik.. macam mana nak pinang anak dara orang . Nampak macam senang..tapi bukan senag..nak minta anak dara orang..

Langkah pertama  :Merisik.. 

Boleh skip terus ke Meminang kalau status sebenar si dara dah dalam genggaman.. hahaha..

Orang dulu - dulu.. merisik ni penting.. sebab nak tahu..anak dara masih solo kah..atau dah menjadi tunangan orang, dara ka..janda ka,,.. zaman sekarang..dah kurang proses merisik dijalankan, terus ke agenda bertunang .. sebab dah hang bercinta dengan awek hang sekian lama.. takan tak tau kut.. dah tunang ke belum..  
Jadi.. takyah nak merisik dah.. jom tunang terus.
Maka..setkan tarikh jer ngn keluarga aweks hang tu, bila masa hang nak pi meminang.

Langkah kedua : Meminang 

Dah set tarikh cantik punya.. setla pula bilangan hantaran hang nak bawa sebagai buah tangan.. takla hang pi melenggang kanggkung. Dah la nak minta anak dara orang... jadi..pilah dengan adab sopan dan penuh tatasusila . Adab di Mana ? kan...

Jenis hantaran semasa bertunang :

Cincin 
- Takda cincin tunang, ko pegi balik dulu.. beli rantai tangan pun boleh..sebab kakak ipar aku dulu tak nak cincin ..dia minta rantai tangan.( dia tak boleh pakai cincin ).. pergh..lagi besar dia dapat...
Selalunya orang guna cincin ja.. murah dan mampu milik.... simbolik kan.


Tepak Sirih 
- isi tau.. bukan bekas kosong..
isinya :
Gambir
kapur makan
 Tembakau
Sireh 
Pinang yg dah di kacip
Kacip

Ok.. ni isi yang aku letak.. lain tempat lain caranya. Kami pun dah hampir - hampir lupa .


Gula & garam 
- orang tua- tua kata umpamanya perkahwinan itu seperti adakalanya manis..ada kalanya masin..adakala.. hang makan cili.. ada kala hang bertukaq jadi bom atom.. adakala.. hang rasa macam tergigit panadol.. pahit nak mampus... adakala hang rasa manis..sampai boleh potong kaki..

Orang dulu - dulu hiasakan gula dan garam menjadi bentuk bawang putih atau labu.. tapi ..aku dah moden.. aku letak dalam cawan hiasan..... pastu mulut cawan aku wrapkan dengan plastik pembalut makanan.. memang tak perasan pun ada plastik di situ.. pandainya aku... haaa.. masuk bakul angkat sendiri..sendiri jatuh sendiri bangun. Gambar.. mana gambar.. ? Japp..ada ni.. bukti aku buat keyy..

Tepak Sireh dan Bekas Gula Garam.. tapi belum diisi.. 

Barang Seterusnya

Makanan atau manisan


Kek, Gula-gula, Sumi dan apa-apa sahaja makanan yang sesuai.

Buah pun boleh...  boleh buat cermin muka....Efek Minyak Masak cap kapai tenggelam..

Perancangan awal kami, hanya 5 jenis hantaran termasuk cincin. Tapi bila tiba hari kejadian.. semua dah jadi 9 bekas.. heemmmm....rezeki katakan... tapi kami dah maklumkan sesiap kepada pihak perempuan.. kesian diorang kalau tetiba kami bawa lebih.. diorang balas kurang. Sebab adat melayu..pihak perempuan kena balas lebih dari pihak lelaki. Bilangannya pula mesti ganjil. Entahla sapa yang buat aturan ni. Contoh.. kami bawa 9 dulang.. jadi..pihak perempuan kena balas 11 dulang. Tapi kami tak kisah pun.. itu semua adat untuk menyerikan majlis.. Ada.. kami ambil..tak cukup.. kami tetap bersyukur, sebab sudi menerima pinangan adik kami yang sorang ni. Jadi pada haritu.. dulang kami berbalas sebanyak 11 dulang.. siap dibekalkan nasi dan lauk kenduri lagi.. banyakk.. nasi 1 flusk yang boleh dimakan seramai 10 orang .. ( ada kisah di sebalik nasi kenduri....sabaq..satgi aku cerita;....)

Satu lagi yang penting.. kena ada Jurucakap bagi sebelah pihak lelaki dan pihak perempuan...

Pada jurucakap ni... ikut suka depa la..nak pantun ka..nak syair ka.. nak nyanyi pun boleh..asal hajat tercapai.. boleh jer nyanyi.. senja nan merah.. AwiE..

Masa  wakil pihak perempuan sedang bercakap.. pastikan hampa pasang telinga luas-luas..nak dengar
 jumlah hantaran dan mas kawen. Cincin berapa bentuk.. lepastu ada tak diorang minta hantaran serba sepersalinan.. haa..jenuh bagi. Tulis atas kertas.. tak yakin lagi..rakam kat video.. syer kat youtube.. haaa.. sampai dapat cicit pun still boleh ingat..
Ada sesetengah negeri, jumlah hantaran anak dara boleh minta dikurangkan.. tapi setahu aku.. di Perlis..tak pernah dengar wakil pihak lelaki minta kurang. Jadi kalau kami pi meminag..letak harga 15K pun.. tetap tak minta kurang.. kesian.. malu pula tuan rumah nanti. Pandai-pandailah pengantin deal sesama diorang nanti , dah ko nak sangat kan..

Selepas selesai majlis bincang-bincang ni.. bacala doa sikit... baru berkat majlis.. dan itu juga menjadi penanda bahawa majlis dah tamat.. jadi si anak dara pun boleh la keluar..untuk disarungkan cincinnya dari wakil pihak lelaki. Janganla buat tak malu sangat.. time orang duk bincang .. anak dara dah tercegat tersengeh kat situ.. walaupun ada pelamin..tunggu kejap di belakang tabir..orang panggil, baru keluar. Lepastu..bolehla bergambar kenangn kan....tak salah.. jgn over sudahla.. dah jadi tunang orang..kena jaga air muka lagi ramai orang.. terutama air muka mak dan ayah. Hampa buat silap.. nama buruk dapat kat mak dan ayah.. orang kata mak dan ayah tak pandai didik anak... Haa..salah mak ayah lagi....kesian mak & ayah.
Selesai operasi bergambar.. boleh la makan.. ni la masa yang ditunggu-tunggu oleh geng rombongan..wakil lelaki.


Sesudah majlis, kami sedia nak angkat kaki, tetiba.. keluarga sebelah pihak perempuan serahkan kepada kami  satu flask nasi yg boleh makan 10 orang..dan lauk mangkuk tingkat. Ha.. ambik kaw.. rezeki.. Alhamdulillah.. tetapi.. kami ni ada rancangan lain. Selepas Majlis kami akan terus ke Outlet Design Village Mall kat sebelah IKEA Batu Kawan. Lepas Shoping..kami akan Check In  di The Gurney Hotel Georgtown. Pada sebelah malam  kami nak makan di PIFF ( Penang Food Festival ). Ceewahhhh...cantik punya jadual. Bila diorang serahkan makanan punya banyak.. aku dan adik-adik dah buat isyarat.. " Bila kita nak makan ni ? " . Gaya angguk-angguk dan kejip-kejip mata. Kami pun dapat idea.. semua makanan akan diserahkan kepada bapa saudara aku yg akan ke rumah mertuanya di Sik. Jadi tak perlulah kami nak bawa benda ni semua ke Hotel.
Nak di jadikan cerita , bapa saudara aku tak berhenti di masjid yg kami rancang.. sebaliknya dia terus menuju ke Sik.. makanan masih ada pada kami.. segala jenis kek.. cheese tart.. gula-gula.. semua ada pada kami. Waa..dah mula garu kepala.. macam mana nak selamatkan semua makanan ni ?

Nak tak nak..kami isi semua lam bonet kereta.. kami singgah shoping di Outlet Design Village Mall dulu.. Memang best kat sini wei... aku siap soping baju raya utk anak-anak.. horreyyy ..nasib gaji tak masuk lagi..kalau tak..lagi tahap lupa diri boleh sampai ke bulan dan bintang. Nanti aku sambung hal kat Outlet.
Jadi, sekitar pukul 4.30 ptg..kami bergerak ke The Gurney Hotel melalui Jambatan kedua. Sampai hotel sekitar jam 5 petang..tu pun..ada peserta yang tersesat... bapa saudara aku yg sorang lagi. Bermula lah pulak operasi aku cari hang..hang cari aku di Pulau Pinang. Main aci sembunyi rupanya..
Aku selesaikan urusan chek in .. aku serik dah nak duduk hotel ni.. tahap tah hapa-hapa.. bayar mahal.. tapi... hissshhhh ...sabaqq.. nanti aku bebel pasai hotel ni. Sakit jiwa raga..nasib nasi kenduri banyakk.
Lepas dapat bilik.. semua berkumpul di bilik aku..kecuali..4 orang lagi yg sedang mencari bapa saudara yang disesatkan oleh arus jalanraya Penang.
Nasib ada nasi kenduri.. kami bawa masuk ke dalam bilik hotel..masukan dalam plastik shoping di Outlet tadi.. segala jenis kek , cup cake.. semua angkut masuk bilik. Maka..kami pun buka hidang di dalam bilik hotel pulakk.. sedap wei.. lauk ayam masak merah..gulai ikan kering yg marbeles.. dan cucuq udang yang banyak udangnnya.. sebab lapaq dan penat..hampir habis semuanya kami sapu..simpan untuk geng sesat sebahagian lagi.
Jadi..pengajaran yang aku dapat.. Jangan sombong sangat... tadi masa keluarga pihak pompuan bagi nasi..kemain ko buat muka , buat isyarat tak nak.. haa..sekarang.. ko sapu licin.. Nikmat Allah dah banyak... tapi ko tak sedar diri....banyak komen pula.. Ya Allahh.. Insaf sat.. Nasib ada nasi kenduri..kalau tak..kesian ayah aku lapaq..


Sebahagian Geng Meminang..





Monday, April 8, 2019

PENGANTIN BARU , ADIK IPAR BARU, FAMILY BARU & GENG CACAMERBA

Tanggal 30 Mac 2019 aku dengan rasminya , mendapat sorang lagi adik ipaq. Kali ni adik ipaq lelaki pulak.. dan yang lebih best.. adik ipaq aku ni.. adalah adik ipaq bongsu.. tapi.. ada dua lagi peserta yang belum kawin.. maknanya dia bukan yang bongsu la kan.. walaupun kawen dengan adik aku yang bongsu ? kan ? kannn ? .  bila dua lagi peserta tu kawen.. maka salah seorang dari mereka akan berikan aku sorang lagi adik ipaq .. yang aku boleh gelarkan ipar ku yang bongsu... kan... hahahaha..

Jangan marah arr.. kalau aku minta tolong hampa pikiaq sat.. 
Apa yang boleh aku kata.. 2 minggu sebelum majlis.. adalah masa yang amat meletihkan.. lepastu ..satu minggu selepas majlis..masih ada sisa-sisa kepenatan.
Kali ni mak ngn ayah sepakat nak guna perkhidmatan katering. Sebelum ni.. guna geng pakatan kampung. maksudnya gotong royong. Walaupun pilih nak guna perkhidmatan katering.. tetapi.. masih ada 1 jenis lauk tambahan yang perlu di masak di rumah mak aku. 2 jenis lauk lagi, di hadiahkan oleh ahli keluarga.. alhamdulillah.. maka.. bertambah la lauk pauk majlis kami. Aku nak bagi hampa menitik aiq liuq sikit na.. menu masa majlis berlangsung.

30 Mac 2019_ Sabtu _ 7.30 pagi

Seawal pagi aku dah sampai ke rumah mak .. misi pagi tu adalah pastikan makanan untuk geng gotong royong terhidang dan cukup. Jejak saja kaki ke dalam rumah.. dah dapat tangkap bau pulut .. mak aku dah siap kukus  pulut.. Menu Sarapan Pagi adalah Pulut Kukus Ikan Kering... 
Orang utara macam  kami.. sarapan pulut adalah perkara biasa.. pulut yang di kukus tanpa santan akan di gaul dengan nyiuq kukuq ( kelapa parut ) dan di makan bersama ikan masin ( ikan kering ) atau ikan masam.. boleh juga kalau makan dengan ikan temenung ( ikan kembong ) segar yang di goreng.. lepastu..wajib ada kopi panassss. Pergh.. memang boleh lupa diri sat .. lupa tugasan sebenar.. ingat nak kena pi makan saja.. heee..

Maka.. aku dengan semangat juang yang berkobar - kobar, mula panaskan kuali dan menggoreng ikan kering... waaa..semerbak satu kampung  habaq hang.. sambil menggoreng..aku sesambil menghidang kueh mueh , kek, bahulu, segala bagai makanan samada yang di beli atau di sedekahkan atau di'tanam' oleh geng pakatan gotong -royong yang mana bila diorang pula kenduri, maka mak aku wajib membayar balik jenis barang yang di 'tanam' tu kepada tuan yang berkenaan.
Dengan bantuan sorang lagi adik, kopi panas berasap pun siap.. dalam aku kecoh -kecoh nak siapkan benda ni semua.. lagi kecoh makcik makcik kat luar .. diorang kena bersihkan ayam..sebab nak buat Gulai Ayam 1 Kawah.. 
kejap -kejap diorang oder pisau dari aku.. lepas tu nak papan pemotong..lepas tu nak pisau lagi..  nak besen besaq la.. tepung nak basuh ayam la.. owhh..penatnya menjadi wakil tuan rumah. Nasib aku tak letak pisau lam kuali untuk digoreng bersama ikan kering. 
Siap masak, aku dah mula menghidang.. makcik-makcik.. meh makan .. siap ada yang buat lawak nak kek.. apa..ingat aku takda kek ker ?.. aku bawa keluaq kek  dua biji.. kek chesee ngn kek cokelat .. haa.. ada pula buat muka bersalah.. katanya makcik lawak ja.. haa.. takpa macik saya tak lawak..makan tau..makan.. kekekeke...
Aku dah target..pukul 11.00 paling lewat aku kena tukaq baju.. bersiap bagi wangi-wangi.. sebab nanti kawan-kawan aku nak mai. tapi sebelum tu.. aku dah arahkan anak -anak aku mandi dan bersiap dulu.. 

Geng katering sampai dalam  pukul 10.00 pagi.. diorang dah mula berhidang. Lauk yang mak aku ambil dari diorang adalah :

Daging masak hitam ( sangat sedap.. laki aku cakap..daging ni tak yah kunyah..tonyoh ngn lidah pun dah boleh telan..sebab lembut.. tahla.. aku gigit guna gigi )
Ayam masak Merah ( no 2 sedap ..sebab daging hitam lagi sedap )
Dalca ayam  ( aku tak rasa..sebab aku makan dengan menu lain )
Buah -buahan dan air sirap
Nasi putih dan Nasi Tomato

Menu dari ahli keluarga pula 

Ikan masin masak sambal pedas manis .. ( Pergh... ini paling tip top.. aku tinggalkan daging masak hitam dan ayam merah dan gulai ayam ..demi ikan masin ni .. sangat-sangat-sangat sedap .10 Bintang aku bagi )

Kerabu buah mempelam  ( menu ni.. aku sempat rasa sekali ja.. bila nak ulang makan petang.. dah habis.. laku keras )

Bubur kacang.. dan 3 jenis air tambahan.

Kami pun tak sangka ada sedara nak tambah lauk.. dekat hari kenduri baru diorang cakap.. jadi rezeki tak baik ditolak.. 

Jadi.. hampa tau , bila ada tambahan lauk..maka aku la jadi mangsa.. penat cari bekas untuk menghidang.. berbilah-bilah senduk diperlukan bila lauk tu semua di pecahkan kepada beberapa bekas. Adus.. kenapalah aku tak terpikir awal-awal.. yela.. aku hanya pikir cara nak siapkan 11 bekas hantaran .. pitam 5 minit..

11.30 pagi .. aku tinggalkan dapur dan tinggalkan semua orang yang asyik menyebut-nyebut nama aku tu.. aku cuba lari dari kenyataan.. sebab aku pun nak melawa juga.. hee.. cepat cepat lari masuk toilet.. tukar baju baru..bersiap -siap agar kelihatan anggun dan menawan sebagai kakak pengantin.. auwww..
Pengantin lelaki sampai jam 12.30 tengah hari..
Lepastu.. bermula la aku menyambut kedatangan rakan - rakan dan lebih tak sabar.. nak tunggu geng 6 sekawan bersama ahli keluarga. Geng sekawan ada janji yang harus ditepati..tetapi.. tetapi.. bila dah meilbatkan anak - anak dan suami.. maka huru haralah perjanjian kami. Lebih best lagi.. pada hari yang sama.. diorang ada jemputan lain.

Kat atas tu sinopsis ringkasan peristiwa.. bila hari kejadian, aku ja jumpa dengan semua.. yang lain berpecah kepada 2 bahagian.. ada yang selisih ..sempat call balik.. memang riuh. Kengkawan.. hampa
semua memang best !!!




Ni family kecil aku .. Hero -hero kesayangan.

Ok.. dah nak habis karangan... tapi aku kalau tak tambah drama.. tak berseri majlis. Drama kecil di tengah hari buta.. Al-kisah, mak aku nak masuk solat, maka..aku lah diwakilkan untuk bertemu dengan tetamu temankan  ayah. Maka aku kan bagus.. si sulung yang penuh tanggunjawab... kerja mudah ja.. nak salam.. pastu..cakuk ambik sampul duit sekali kan...lepastu..bagilah buah tangan untuk tetamu. 
Jadinya.. aku salam dan sampul duit yang diterima aku masukan dalam bekas di bawah meja, kemudian ambil buah tangan di atas meja, dan serahkan kepada tetamu . Benda yang sama di ulang-ulang. Apabila semakin ramai yang nak balik maka semakin pantas la tangan aku bekerja. Sesambil tu mulut pun kepoh la menegur dan menyembang serba sedikit.. dan disinilah bermulanya kesilapan yg boleh buatkan mak aku garu kepala... 
Aku salam dengan tetamu, cakuk sampul duit yang di serah, letakan sampul di atas meja, dan ambil sampul di bawah meja dan diserahkan kepada tetamu... haaaa.. kan dah bertukar. Rupanya aku mampu melenyapkan semua sampul di bawah meja dengan senyuman yang cukup manis.
Apabila aku  nak serahkan buah tangan kepada tetamu tadi..  aku tersedar, kenapa buah tangan kali ni kecik??? aku tengok dalam tangan ada sampul duit..dan atas meja pun ada sampul duit... aiyoooo... 
Lepas tu aku sedar, aku tak layak berada di meja tersebut. Aku harus beredar.. 

Jadi buat semua adik -adik aku..yang sama-sama mengerah tenaga di hari kejadian, saudara-mara yang membantu dan bertandang, serta sahabat sahabat dari zaman sekolah, zaman Politeknik dan sahabat sekerja yang hadir, Terima kasih banyak-banyak.. Ada rezeki, tahun depan kita kenduriiii lagiii... 

Buat adik ku yang bongsu, yang dah masuk ke alam penuh cabaran dan dugaan, banyakkan bersabar, dengar cakap suami , hormati suami , utamakan suami dan utamakan yang paling  utama. Nak buat apa-apa pun dapatkan kebenaran suami , bukan sekadar maklumkan pada suami . Ada bezanya maklumkan dan mendapatkan kebenaran. Insyaallah.. rumah tangga akan tenang dan banyak manisnya yang akan di rasai.
Kalau nak kuliah.. meh kak nak bagi... kekeke..

Nufnang