Thursday, July 24, 2014

LEMBAH BUJANG , MERBOK KEDAH

Alhamdulillah.. harini hari ke 26 kita berpuasa..tak lama lagi dah nak raya... Semoga Ramadhan kali ini berjaya membawa kita menjadi lebih baik dari sebelumnya . Harini telah beratus orang syahid di Gaza manakala beribu yg lain cedera.. anak-anak kecil ramai yang menjadi yatim piatu. Sungguh menyedihkan.. Semoga mereka terus kuat menghadapi ujian ini dan kita harus terus mendoakan kejayaan dan keselamatan saudara islam kita di sana..
 
Kali ni aku nak sambung pasal Lembah Bujang pula.. ish..dah berkulat baru nak update.. tapi tak kisahla...sebab niat aku pun sebagai memori aku bersama keluarga dan semoga entry yg aku muat naik ni dapat membantu rakan-rakan lain yg mencari-cari tempat untuk membawa keluarga berehat dan bercuti.
 
Kali terakhir aku pi lembah bujang ni... masa umuq 12 tahun kot...kekeke...dah jadi kisah sejarah dah.. tapi aku masih ingat suasananya..dan kali ni aku kembali dengan membawa dua anak.. dan..pergh...Lembah Bujang dah berubahla... dah semakin cun...tetapi...air terjunnya dah tak macam dulu...
 
 Tengok..air dah tak banyak..kalau dulu..airnya mencurah-curah....tapi..entahla..kot masa aku datang ni, musim kemarau.
 
Bangunan ni adalah tempat pameran bahan sejarah yang ditemui di sekitar lembah bujang
 
 Ini adalah antara bahan sejarah yang ada kat dalam dewan pameran ni. Kebanyakan adalah berkaitan dengan agama budha.
 
 Ok..jom sapa nak naik sampan..kita boleh menyeberangi Tanjung Dawai... mesti syiok ni..
Hebat betul org zaman dulu.. dari sebatang pokok, mereka menebuk di bahagian tengahnya untuk dijadikan sampan.
 
 Haa..kan aku dah cakap..Lembah Bujang dah berubah.. siap ada penunjuk arah lagi..kalau dulu mana ada camni....Surau dan tandas juga disediakan..dan semasa aku singgah, memang kemudahannya cantik dan bersih..Alhamdulillah.. Kenangan yg paling aku tak boleh lupakan masa aku kesini waktu umur 12 thn   tu....aku kena gigit ngn pacat ...Tengah syiok berendam dalam air terjun tu...huwaaa.... menjerit beb.. alaa... dah nama pun budak lagi...tapi sekarang.. tidak lagi..dah tak jerit dah... tapi PASTI aku akan berlari mencari pertolongan .....kekekekke...
 
 
 Tengok...lawakan..tangga batu menuju ke candi-candi yang ada di sekitar sini...
Kami panjat tangga ni jer...itu pun sebab Danish nak naik juga..nak tengok macam mana rupa Chandi tu. Bila sampai atas ...penat wooo... dah tak mampu dah nak naik tangga lain lagi..walaupun suasana sekelilingnnya amat menarik.. Paling best,  tengok buah petai...tergantung dari pokok.. sebab kat kg aku takda pokok petai..kekekeke... kira cam jatuh hati kat bunga petai la... hahahaha..
 
 Chandi yg telah dibaik pulih..
 
Ok..nama candi kat gambar tu.. Candi Pendiat
 
Nasihat aku..kalau korang nak mai sini.. maila awal pagi..lagi best..suasana nyaman..nak jalan pun tak panas sangat..boleh lepak tepi air terjun sambil makan nasi..berulamkan petai.. dan sambal tempoyak... slurrppp... meleleh air liur.
Buat ibu-ibu..dan kakak-kakak..pakai kasut yg sesuai key..kut ada yg nagis... sebab aku dah kena...wakakakakak...kasut nak pi shoping kut. Lepas naik keta..urut kaki la jawabnya... hahaha..padan muka..
Lepas habis lawatan...di sini..perut pun berkeroncong...maklumla..lepas check out dari Park Avenue kami terus menuju ke sini.. Kalau hari pertama makan mee udang kat Pulau Sayak hari kedua..nak makan Gulai sembilang di Tanjung Dawai la pulak...
Nanti ( tunggu aku rajin )  aku sambung kisah Tanjung Dawai pulak.. horeyyy..

Wednesday, July 2, 2014

PULAU SAYAK KEDAH - MEE UDANG

Jom kita pi makan Mee udang pulak . Mee udang di mimpikan dari Simpang Empat Perlis..akhirnya mimpi menjadi nyata bila bertemu di Pulau Sayak.. Kekekeke..mimpila sangat. Dah jumpa Mee terus ngap ja.. tak sempat nak ingat betul ker pernah mimpi.. sebabnya..makan sambil mendengar deruan ombak dan sekali sekali terkejut bila air laut tepercik ke muka.. alamak baru tersedar..dalam kedai ada ramai orang.. makan gelojoh tak ingat dunia. So..control balik.. ish..takdanya nak control..sedap ..mana leh makan slow sangat..
Harini dahla Puasa.. hari ke tiga kita berpuasa.. jadi..ngapala aku gatal nak upload gambar mee ni..dan erkk... kembali terbayang kemanisan udang.. pergh...sedapnya...
dan perut pun berbunyi..kekeke...
Sebenarnya kami ke sini semasa cuti sekolah yg lepas tu.. yang kami lepak kat Park Avenue tu.. Memula sampai kami terus ke Pantai Merdeka .. rehat kejap..layan ice cream tinggi tu dan bila perut dah lapar..terus kami bergerak ke Pulau Sayak.. memang tujuan utama..nak rasa Mee Udang kat Pulau Sayak tu.
 
Pujaan Hatiku  Danish dan Firas.. baru selesai menikmati ice cream tinggi Pantai Merdeka
 
 Inilah Kedainya.. kami memilih Mee Udang Yaakob.. dan kami pelanggan pertama yg sampai..ni gambar semasa dah nak balik.. masih ramai pelanggan.
 Memang bertuah..sampai awal..sebab tak perlu tunggu lama.. tetapi pelanggan selepas kami.. harap tunggu ye makcik. Sebab kami memilih Mee Udang Yaakob, ...tentulah... kerana kuahnya. Sebelum kami ke sini.. aku dan en suami dah search pendapat ramai.. ramai yg cakap Mee udang Usop kuah agak cair manakala Mee udang Yaakob lebih pekat kuahnya. Dan kami sekeluarga sukakan kuah yg pekat. Ada juga yg cakap ..kat kedai Yaakob ni kena tunggu agak lama.. itu aku tak leh nak komen..sebab kami org pertama sampai..dan tak lama sangat menunggu..
 
 Sebenarnya.. untuk sampai ke kedai Mee Udang Yaakob , Mee udang Usop atau kedai -kedai lain... camnilah jalannnya. Jalan kampung.. tetapi menarik.. ada suasana dusun, sawah, dan bila ke hujung jumpa laut..memang best.

 Damainya...
 
 Wahhh..dah sampai pun.. Inilah Lautnya...
 
 Dan itulah Pualaunya..
Abaikan pemandangan bersepah tu key.. masa ni air pasang..jadi semua sampah di tolak ke atas.
 
 
 Lihatlah kami.. port paling best lah.. di hujung kedai.. dan paling dekat dengan air..Sementara nak tunggu Mee air sedang pasang.. dan semasa sedang makan.. bila ombak datang..memang sampai ke dinding simen tu..
 
 Best lepak kat sini..memang best.. sampai ayah aku angan-anagan nak beli Tanah area sini..
kekekek.. ok ayah..tak salah nak angan-angan..
 
Jeng ! ..inilah mee nya.. Opss.. sorry..tuan mee amat lapar..lepas di tungang terbalikkan mee tu..baru teringat, alamak ! lupa amik gambar.. Maaf ya dah tak cun.
Tapi.. rasanya cun melecun.. manis udang, kuah tak pekat dan tak cair, udang 3 ekor saiz sedang,
dan best diorang letakkan cili cuka..harga RM 7.00 utk biasa punya kes..bukan kes spesell.. nyumm... sedap.. adeh.. lambat gi nak berbuka posa ni.
 Ada rezeki kami akan pergi sekali lagi ke sana..untuk mencuba Mee Udang Usop pula.
Insyaallah..
 

Nufnang