Thursday, October 12, 2023

WANG GUNUNG TRAIL RUN 2023 - PERLIS

Alhamdulillah... untuk pertama kalinya dalam hidup , aku direzekikan untuk merasa aktiviti Trail Run setelah sekian lama memendam keinginan. Kalau dulu, aku sangat sayang nak lepaskan hujung minggu untuk bersama anak - anak, tapi pada usia sekarang, yang mana anak - anak pun dah pandai bawa diri, Rezeki datang menyerah diri maka pastinya akan aku rembat... Jadi, buat  anda semua, jgn risau.. yakinlah suatu hari nanti, apa yang anda impikan , akan dapat di rasai juga. Cuma masanya belum sampai.  Dan sekarang.. aku dah rasa ketagih nak join lagi.. hahahaha.. 

Apa yang membuatkan Trail Run ni sangat menarik , dan aku tergedik gedik nak join.. adalah kerana laluan yang disediakan penganjur. Laluan dalam Dusun , lapangkan jiwa dan minda untuk mendengar bunyi alam. Sebenarnya...aku ambik jarak dekat ja.. 5 KM jer. 😁 Tapi itupun mengah wei.. paling jauh 45 KM.. jam 1.00 pg diorang berlepas. Aku ada tengok kat utube, rakaman peserta 45 km & 15 Km, mencabar beb.. Yang lari sebelah malam tu, tak tahulah macam mana diorang handle. Mungkin aku kena join juga kot.. baru dapat memahami dugaan sebenar berlari di dalam Dusun di malam gelap. Hanya ditemani bunyi unggas, bunyi penat nafas sendiri, dan melayan imaginasi di gelap malam.. 😱

👆 maklumat pertandingan.
Aku selesaikan 5 km dlm masa 1 jam, lambertnyaaaaa..  hahaha. Masalah sepanjang aku berlari,adalah  penat la.. haha.. laluan dusun, ada yang bertar, dan ada yang bertanah. Dah nama pun Trail Run, wajibla mencabar sket kan. Dan dugaan sampingan, aku asyik tergoda nak tengok buah-buahan yang bergayut di  setiap julai pokok. Buah Rambutan, Durian, Cempedak, Langsat, Dokong, Manggis.. semua menggamit aku untuk ushar diorang sebelum meneruskan larian. Haruman cempedak semerbak weiihh... Nasib buah Durian tak gugur time aku berlari ja.. kalau tak.. tak taulah apa nak jadi.

Salah satu lagi yang menarik.. Baju T seghakkk.. hihi..

Kami kat depan sekali key.. tapi.. kami bukanlah yg pertama sampai.. 😁


Alhamdulillah.. semua ahli kami selamat sampai ke garisan penamat.  Balik gantung kat dinding rumah.. dan rumah baru utk si labah-lanbah.. 


Kami yg happy berpenat lelah kat dalam dusun.. Yang penting.. Boss pun enjoi.. hihi..

Lepas ni macam ada lagi yg akan aku join... 

Insyaallah ..hujung bulan Oktober.. tak lama dah.

Nufnang