Thursday, April 18, 2013

Pusat Sains Wilayah Utara Kedah Darul Aman

 
Ok.. sekali lagi kami ke Pusat Sains Wilayah Utara. Kiranya ni antara tempat kegemaran putera sulung aku la. Berkali-kali dia ajak ke sini.Nasib tempat ni agak jauh..kalau kat kangar juga..jenuh berulang dibuatnya. Kat atas tu adalah gambar Buruj .
 Kat sini disediakan kubah yang ada gambaran buruj seperti di langit. Jadi tekan ja butang.. akan keluarlah gambaran buruj tersebut di atas.

 Basikal Dynamo.. 
 

 Ini pula air harp. Alat muzik tanpa tali. Lalukan tangan di bahagian tengahnya..
akan adalah muzik yg berbunyi. Jadi.. Firas memang teruja main benda ni.
 
 Luas dan selesa. Kebetulannya kami ke sini pada hari ahad..jadi memang amat-amat lenggang.
Sebab orang kedah mungkin bekerja..dan bukan pula musim cuti sekolah.
Jadi.. amat -amat mudah untuk kami mencuba semua alatan kat sini.
 
 Cu Citi pun sibuk nak mencuba..
Cu paling suka naik rumah gempa. Bergegar pusat ni dengar suara cu citi menjerit dan ketawa.
dan aku pun tumpang sekaki..heheheheheh..
 
 Lihatlah tulang-tulang anda bergerak apabila anda mengayuh basikal..
eee...janganla ada tetiba seseorang memotong basikal kat sebelah begini bentuknya..
hahahha..mau terjun basikal aku.
 
 Danish sedang berusaha melombong bijih timah.
Memang best kat sini time takda orang..boleh cuba semua alat.
 
 Sebelum balik..tetiba ja adik Firas minta tangkap gambar dia kat gajah pink ni.
layan ja..
 
Dan sebelum balik kami sempat ke tempat menjual batu kristal kat belakang pusat sains ni.
Masuk ikut jalan kampung..dan tak sangka..ada banyak gerai menjual batu kristal yang di ambil di Gunung Keriang dan di proses sendiri.Macam-macam warna ada dan aku rasa..harganya lebih murah kalau nak dibandingkan di tempat lain.Malangnya..sebab terpegun tengok batu..aku lupa pula nak snap gambar..haishh.. kena pi lain ni..hahahahha( alassannn...).
Kalau tak caya ..baik korang pi tengok.. memang cantik batunya..jangan lupa..bawa duit lebih sikit.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...