Monday, August 9, 2021

VIEW POINT WANG KELIAN PERLIS

Tarikh                                                          : 09 Ogos 2021

Bilangan Kes Covid Pada 09 Ogos 2021    : 17,236 dgn Jumlah Keseluruhan 1,279,776

Bilangan Kes Covid di Perlis pada 09 Ogos 2021 : 22 Kes  

Status PKP di Perlis pada 09 Ogos 2021     : Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara ( mulai 2 Ogos 2021)

Alhamdulillah , Perlis di Fasa tiga pelan pemulihan. Tetapi sebenarnya tidaklah terlalu menggembirakan hati aku, kes masih banyak.. risiko peningkatan tetap ada. Tetapi dari sudut lain, aku bersyukur, lebih banyak aktiviti harian  dibenarkan untuk dilaksana walaupun masih perlu mengikuti SOP yang ditetapkan. Terlalu ramai yang menderita dan terkesan kerana COVID.Rezeki yang tersekat, kebebasan yang terhalang dan kehilangan insan-insan yang tersayang.Pada tahun ini, ramai anak -anak yang bergelar yatim piatu, bahkan ada yang tinggal sebatang kara....  Harini 09/08/2021 ramai yang bersedih akan kembalinya Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin kepada penciptaNya. Meninggalkan anak anak yang masih kecil bahkan seorang anak yang belum sempat disentuh atau dilihatnya , angkara COVID yang melanda. ..Al- Fatihah untuk semua yang telah pergi. Semoga kalian ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.Ya Allah.. Kau permudahkanlah urusan kami, ampunkan dosa -dosa kami...

Hari ini, aku nak update tentang View Point Wang Kelian Perlis. Perjalanan pada 06 April 2021 atas urusan pejabat. Kami perlu menyiapkan Laporan dan untuk itu, perlu disertakan gambar ahli kumpulan. Sudah tentulah kami memlilih tempat yang cun kan.. Bukan senang nak dapat ke sini bersama semua ahli kumpulan. 

Perjalanan bermula dari pejabat, dengan menggunakan kenderaan jabatan dan sudah semestinya telah mendapat kebenaran ketua jabatan. Nak mampus naik kereta jabatan sesuka hati. Semasa tarikh ni, Perlis agak tenang dari ancaman COVID dan kami masih bebas bergerak. Jarak dari Jabatan sekitar 30 KM, lebih kurang 30 minit perjalanan. Sekitar 8.30 pagi kami bergerak ke sana, sempat lagi singgah gerai tepi jalan, beli bekalan untuk sarapan.

Tada !!! inilah kami .. kumpulan kami yang ceria dan yg paling penting saling bekerjasama. Tiada istilah penumpang kat dalam kumpulan ni. Semua sedar tanggungjawab dan tugas masing masing. 
Tahniah !!! Syukur yang amat apabila semua laporan dapat disiapkan seperti yang di rancang.
Hampa jangan tenung gambaq kami.. tenung pemandangan di belakang kami . Cantik sangat-sangat. Walaupun kami sampai dah hampir 9.30 pagi, cuaca pun dah panas..tetapi pemandangan memang meletopp. Lawa sangat. Jelas kat belakang kami.. bukit Chabang, Bukit Chuping dan lain-lain bukit.
Kalau sampai awal kat atas ni, boleh la tengok fenomena awan karpet. Kalau nak tengok awan karpet tu..depa kata kena keluaq sebelum subuh.. entahla..aku pun tak pernah tengok lagi.

Wang Kelian Perlis View Point


















Kalau nak drive kereta terus kat atas ni pun boleh.. tapi kalau nak keluarkan peluh jantan, boleh ja jalan kaki.. tak jauh mana pun.. yang pasti penat gak la...😁
On the way balik..kami singgah Timah Tasoh pulak..jumpa di sana....

No comments:

Nufnang