Thursday, November 29, 2012

AKU BERCERITA - RAM

Buku yang aku tunggu akannn.. keluar.. Horaayyyyy...Horayyy..!!! ( buat adik aku yg berangan nak pinjam.. bayar deposit dulu key .. kakakakakkak )
Tak nak cakap panjang.. aku rasa kerusi ni semakin panas..
kalau boleh aku nak buku ni berada di dalam genggaman aku sekarang jugak
Akan aku saluti dengan plastik buku yang paling jernih dan paling berkilat.
dan
 Cover kali ni memang lain dari yang lain..
 

Tajuk: Aku Bercerita
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Harga: RM25.00
Halaman: 624
ISBN: 978-983-124-836-2

Daripada novelis thriller prolifik, Alaf 21 mempersembahkan karya terbaharu RAMLEE AWANG MURSHID! Bakal terbit Januari 2013, nantikan! =)

SEORANG pengarang novel cuba menulis naskhah terbaharu. Malangnya, gejala writer’s block melanda. Suatu masa... dalam keadaan separa sedar ketika terlena, dia terlihat ‘seseorang’ menggunakan komputer ribanya. Namun kelibat orang itu samar-samar. Sebuah cerita yang siap ditaip terpamer pada skrin. Sebuah kisah yang mengujakan, tetapi bukan dia penulisnya. Teorinya – mungkin dia ada berkarya tanpa disedari, tetapi minda logiknya ragu-ragu.

Satu demi satu cerita baharu ditemui lagi dalam komputer ribanya. Dia semakin galak mencuri idea-idea tersebut. Gaya dan teknik penceritaan memang menyerupai cara dia berkarya. Dia semakin seronok mengakui semua cerita itu adalah miliknya. Kemudian... semakin banyak kejadian pelik yang mengitari kehidupannya. Dia diburu sesuatu yang meremangkan bulu roma. Ada bahana muncul bertubi-tubi. Siapa suspek yang bertanggungjawab menghuru-harakan kehidupannya?

RAMLEE AWANG MURSHID ada sebuah rahsia yang lama dipendamkan. Rahsia dirinya sendiri sejak bergelar seorang penulis novel. Lama-kelamaan... andai belenggu misteri yang menggelisahkan ini tidak dirungkaikan segera, maka berakhirlah kariernya...
 
Info ni aku dapat dari  KELAB RAM. bESTNYEEERRRRRR...
 

 

Tuesday, November 27, 2012

Kisah Remote Control

 
Peristiwa yang membuatkan aku ketawa dan sedikit rasa malu..alkisahnya begini ya wahai sahabat -sahabat.. harap korang yang baca ni boleh mengawal tahap senyum dan sengeh panjang tu key..
 
Sekitar jam 11.00 pg tadi bertempat di pejabat aku.
 
Tut..tut..tut..tut.. ( phone tmpt aku berbunyi, tak sempat deringan ke-3 aku dah jawab tau )
 
Cik H  : Hello, boleh saya bercakap dengan Puan Mela
 
Aku     : Ya , saya bercakap. Ada apa Cik ?
 
Cik H  : Saya  H , dari Syarikat BR.. nak maklumkan pada puan , kami telah menerima UPS yang rosak tu . Tetapi saya ada sedikit kemuskilan.
 
 Aku    : Kenapa Cik, ada masalah ka dengan UPS tu ?
 
Cik H  : UPS tu tak bermasalah, tetapi saya pelik, kenapa Puan mengirimkan Remote TV kepada kami?
 
Aku   : Haaaaa !!!! ( terbeliak biji mata aku, posisi aku duduk pun turut berubah )
 
 
Cik H  : Betul Puan, Remote tv jenama Panasonic. Saya tak faham, kenapa puan kirimkan benda ni sekali.
 
Aku   : ( Aku dah mula gelak..dan sedikit malu ) OOO.. sebenarnya saya tak kirimkan remote tu..saya cuma serahkan UPS je kepada kurier, dan UPS tu belum berbungkus semasa diserahkan. Saya rasa kurier tu yang terambil sebab remote tu memang ada kat atas meja penyambut tetamu semasa proses penyerahan barang dibuat.Saya rasa dia terlebih ambil la..
 
Cik H : Oh..kalau macam tu ok la..kami cuma hairan apa yang patut kami buat.dengan remote ni..nanti saya akan pos kembali remote ni apabila UPS telah siap dibaiki.. hehehehe.. ( Cik H pun sebenarnya sedang menahan tawa semasa bercakap dengan aku )
 
Aku   : Terima kasih ya cik ( dalam hati aku malu gila..bukan salah aku ..). Maafla sebab dah buat cik konfiuse.
 
Cik  H  : Ok hal kecik ja..terima kasih ya puan.
 
Aku     : Sama- sama.. ( hahahaha... aku tak ngaku key..aku tak pos benda tu )
 
Selepas habis ja berbual ngn cik H..aku lagila tak boleh tahan gelak.. Patutla kat dalam ofice aku ni riuh mencari Remote TV..dan sebenarnya remote tu dah berjalan-jalan ke putrajaya. Oh remote..duduk bebaik kat sana ya. Terima kasih la buat Syarikat BR kerana sudi pos kembali remote tu.. Kami akan sabar menanti.
Ada sahabat aku lam ofice ni minta aku call Cik H sebab nak minta dia tolong tukarkan chanel TV kami nih.. kekekekek...sure Syarikat BR gempak menerima remote TV dari Pejabat yang jauh di Perlis... Waaa.... makcik malu...hahahahahha...
 


Tuesday, November 20, 2012

Karya terbaru Ramli Awang Murshid " Aku Bercerita "

 
Jeng .. jeng..jeng... tak sabar ! tak sabar ! tak sabar ! kekekekkeke..ee...seronok aih...
Mau aku tak seronok.. novel baru RAM dah nak keluaq. Jadi.. yang menjadi masalahnya sekarang..aku akan mula tak senang duduk. Mula tercari-cari dan tertanya-tanya.. novel dah keluar ke belum..dah sampai Perlis ke tak lagi..nanti kalau aku lambat pi beli..habis pulak.. Ish..tekanan sebenarnya ni.
Disember lambat la pulak.. harini baru 20/11/2012.. ala.. susahla macam ni.
 
 
Ram kata kat dalam Novel tu ada lima cerita yang berlainan , tetapi di mainkan oleh watak utama yang sama. Beliau juga cakap..10 % dari kisah watak utamanya adalah dari kisah dirinya sendiri. Ha.. ni lagila buat aku tak sabar nak baca ni.. Jadi bermulalah edisi penantian oleh aku..
Aku dapat info ni dari Kelab RAM la.. klik sini  KELAB RAM. Tq for the info.
" Sabar Aku Sabar "

Monday, November 19, 2012

HARI INOVASI JPPH PERLIS


Mula - mula..pagi- pagi..Nyanyi laa.... Lagu Negara ku, Lagu Perkhidmatan Awam..
Lagu JPPH dan Ikrar JPPH.
Seronok juga sekali sekala nyanyi camni..

 Selepas puas test Power..masa untuk mendengar ceramah pula.
Baguslah ceramah ni dari AKPK
tentang pengurusan kewangan .Jadi kalau org tu ada masalah nak bankrap ka.. atau tak boleh nak bayar hutang dengan bank..cepat-cepatla call AKPK.Diorang akan bantu..bukan bantu bayar..tetapi diorang boleh tolong panjangkan tempoh bayaran atau boleh hentikan pembayaran hutang kpd bank dalam tempoh tertentu supaya si pemiutang dapat mencari wang utk meneruskan pembayaran. Kes ni selalu terjadi kalau si pemiutang tetiba dihentikan kerja.
nak maklumat lanjut.. call AKPK.. dulu aku tak faham fungsinya..sekarang..dah faham..amat membantu . Jadi kalau ada masalah kewangan ..call la..perkhidmatan diorang PERCUMA.


 
Selepas mendengar ceramah.. rehat jap..kami teruskan acara dengan aktiviti kuiz dan kotak beracun pula..
Memang best..puas bergelak ketawa.
Walaupun tak boleh jawab soalan kuiz..tetap kami gembira ..sebab jawapan yg diberi kekadang langsung tak boleh nak diterima.
Untuk acara kotak beracun pula..memang sah-sah la kami ketawa sehingga sakit perut.
Ada yg kena bersajak, bernyanyi dan berlakon. Nasib aku takda jodoh ngn kotak beracun tu.
 Untuk acara Kuiz.. kumpulan aku dapat tempat pertama.
Yahooo... tengokla hamper..hampir sama tinggi dengan aku..
Seronok makcik..
Dah puas bergelak ketawa dan makan Free..akhirnya majlis pun berakhir.
Jadi tangkap gambar reramai bersama ahli kumpulan.
Alhamdulillah..berakhir sudah
 Hari Inovasi JPPH Perlis pd 23 Okt 2012.

Tuesday, November 6, 2012

Pantai Merdeka, Beach Resort .. Sg petani Kedah

Pergh...lama gila aku tak update Blog.
Kekadang Sebab aku memang sibuk.. kekadang angin malas datang menyerbu..dan kekadang.. otak aku blur.. tak tahu apa yang aku nak taip.
Disebabkan harini ada masa terluang yg banyak.. aku dah habiskan hampir sejam tadi search buku-buku baru kat MPH  dan PTS online..banyak yang aku berkenan dan yang paling aku berkenan pula dah out of stok. Ish.. frust pula.. 
Tetapi Semangat lain pula yg datang..  aku harus berbuat sesuatu pada blog peribadi aku ni.
Jadi hari nih meh aku nak story tentang Pantai Merdeka.. jadi kita jenjalan lagi ya.
Sebenarnya kami ke sini bersempena Hari Keluarga Jabatan..Alhamdulillah.. hari keluarga berjalan lancar..walaupun sebelum majlis berlangsung pelbagai dugaan yg kami hadapi.Berkat kerjasama semua yang terlibat.. Bos akhirnya cukup gembira dengan apa yg kami berjaya jalankan. Tahniah buat semua kakitangan JPPH Perlis, Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh..( Ceewah.. pandainya aku.. hahahha)
 Sbelum Jenjalan..pastikan semua barangan yg nak dibawa dah diletakkan setempat.
List utama aku yg wajib ada adalah First Aid Kit .
 
 Sampai ja Pantai merdeka.. rehat Jap..terus serbu sini. Lapar woo..
Danish oder ABC Gunung Jerai.. Tinggi.. boleh makan sekeluarga.
 
 Dah sedia nak terjum dalam kolam mandi. Kalau dulu.. takda kolam mandi..tapi skrg dah ada
3 kolam. Kolam yang berperingkat..
 Selepas sarapan pagi..tengok laut dulu..
 Abah dan Danish..
 Pantai yang sama ..
Tetapi..suasana persekitaran dah berbeza..
Sekarang dah cantik.. Gerai makan yang tersusun dan kawasan resot yang bersih dan menarik
 Masa ni Firas baru habis acara mengutip bola pimpong.
Memang riuh bila anak-anak kecik dari umur 2 tahun sehingga 4 tahun turut mengambil bahagian.
Riuh dengan suara ibu bapa yg kuat menyokong dan ketawa dengan kaletah kanak-kanak kecil ini.
 Disebabkan aku adalah AJK Hadiah..maka..wajibla letak gambar hadiah kan.
Terima kasih tak terhingga buat ahli Kumpulan aku..Ryna dan Fadzlina.
Alhamdulillah..kita berjaya melaksankan tugasan yg diberi.
 Gambar yang diambil oleh Cik Ryna.. Tq ya..
 Firas memang best.. enjoi ja dia.
 Pandanglah ..lihatlah..cantikkan.
Ini berhampiran kawasan Resortnya
 Kalau nak masuk bilik..mai sini dulu key..
Kalau dulu biliknya tak banyak..sekarang dah banyak.
Dah boleh pilih samada nak yg dua katil, tiga katil atau yang ada dua bilik terus..
 Antara bilik yang ada kat sini.
Kawasan sekitar memang bersih dan cantik.
Tetapi aku agak kurang berpuas hati dengan bilik yg aku dapat.
Aku ambil bilik 3 katil..dari segi keluasan memang dah ok..
Kemudahan pun ok .. cuma aku rasa ada banyak semut gatal.
Apabila aku masuk bilik.. aku boleh nampak laluan semut di dinding bilik..pergh..panjang..
lepastu kat atas katil ada tuala mandi..tetapi di tuala mandi..semut penuh wooo..
Nasib anak aku tak lepak kat atas tuala tu..dan kebiasaan aku memang bawa tuala sendiri.. jadi selamat ( sebab aku dah mula terbayang yg bukan-bukan tentang tahap kebersihan tuala dan brg kat situ )
Dan aku juga sebenarnya dah bawa ridsect bersama..sebab aku dapat bayangkan kalau biliknya kat atas tanah..tepi pantai..pasti aku memerlukan pembunuh nyamuk dan semut ni.
Dari segi harga pun aku rasa agak mahal..
Inilah kolam mandinya. Puas Danish berendam. Ini adalah kolam yang paling dalam kat sini.
Ini pula kolam yg paling cetek.Sesuai untuk budak kecik.
Kolam satu lagi ada papan gelongsor simple.
nak mandi laut aku rasa kurang sesuai...
Pada sebelah petangnya pula ada gerai jualan yang banyak..macam-macam ada di jual
karpet pun ada tau...
Danish ngn Firas angkut mainan la.. Danish dengan penyembur buihnya yg besar..dan Firas angkut Lori simen besar..
Jadi..kalau korang dah lama tak berkunjung kat sini..boleh la bawa keluarga berjalan-jalan.
Makan angin Laut.
Lepas lepak Pantai Merdeka, korang boleh terus menuju ke Tanjung Dawai , makan Mee udang di Pulau Sayak  dan Lembah Bujang ... Jom pusing Kedah..

Nufnang