Monday, February 25, 2019

PERJALANAN KUALA PERLIS - PUTRAJAYA ( 11 jam weiihhh.. )

Assalamualaikum..... 
Nak dengaq cerita dak...alkisah sorang makcik yang terperap kat dalam bas selama 11 jam.. Nasib dalam bas tu sejuk..kalau hangat berkuap.. rasanya dah jadi ikan masak stim , tapi isi liat sikit.. 
Bila dikenang dan ditenung - tenung.. apala dosa makcik malang tu kan... 

Al-kisah bermulalah perjalanan makcik nak ke Putrajaya.. kena pi dengaq taklimat la pulak.. tapi. kali ni syarikat kontraktor yang taja.. jadi.. berangan lah makcik nak bergolek atas katil Hotel. Hari yang di tunggu pun tiba.. makcik nak pi Palm Garden Hotel.. sebelah IOI oi.. syiokla makcik berangan nak pi main ice skatting.. ha  ha  ha  ha. . . 
Lebih malang..kalah lebai malang..sebab makcik salah inpo.. dalam email dah tulis.. boleh naik kapai trobang.. pihak kontraktor bayaq semua.. tapi..sebab lebih exxcited ..makcik cepat-cepat beli tiket bas Cosmic dari Kola Perglih teruih turun di Putrajaya.. Makcik amatla seronok sebab pertama kali nak naik bas 2 tingkat. Seumuq hidup tak pernah naik lagi bas tinggi tuuu,  Tapi..   makcik ambik tiket bawah jer punn... hahahahaha... 
Dah puas berangan.. 1 minggu sebelum bertolak.. makcik dapat call... makcik dipersoal..kenapa tak naik benda terbang tu.. adusss... terhentak sat hati makcik... sedih.. tua sangat ka makcik ni...tak boleh paham isi email  tu? hishhh....tak puaih hati..makcik cek orang lain yang dapat jemputan sama ... rupanya depa pun sama... tua dan rabun macam makcik.. beli tiket sendiri jugakkk .. hahaha..makcik ada geng..takpa.. padan muka semua !. Jadi..sahla..bukan salah makcik.. tapi salah email tu haa...        ( ok.. tak nak ngaku salah sendiri  )

Nak tau apa yang jadi sebenaqnya sampai 11 jam perjalanan dari Kuala Perlis - Putrajaya ? Rekod terbaru yang berjaya makcik rekodkan.. sepatutnya 5-6 jam dah sampai.. ni dah macam nak turun di Johor la pulak !
Macam ni.. panjang ni.. 11 jam..hampa  jangan lena masa membaca na.. penat makcik karang.

Putrajaya ! Putrajaya ! ...cepat..sapa lambat kenai tinggai !!!
Inilah bas Cosmic yang masih dara dari stesen Bas Kuala Perlis. Bas cantik.. makcik bagi markah 4 bintang. Masa pun tepat.. 9.15 pg.. bas dah sedia nak bawa makcik jenjalan. Kalau hampa nak pi Pulau Langkawi, ambik bas terus ke Kuala Perlis. Senang..pastu jalan kaki ja pi Jeti..dekat sangat.. Takyah nak call teksi atau grab ka.. Dari stesen bas ni memang la tak nampak jeti..tapi jalan ja ikut laluan berbumbung yang disediakan, hampa akan nampak Jeti ke Langkawi. Sebaiknya makcik cadangkan hampa sampai Kuala Perlis sebelah pagi, Jadi boleh naik feri awal..sampai Langkawi pun awal.. baru la tak rugi. Kalau sampai sebelum subuh..jangan risau.. ada masjid terapung. 


Naik saja bas...wahhh ..makcik suka yang amat.. sebab set warna purple.. bahagian bawah ni cuma ada 3 baris kerusi sahaja ! makcik kompomla ambik single seat... Jadi.. amatla lapang dan selesa. Dan yang lebih penting... dari Kuala Perlis ke Kangar.. ( singgah ambik penumpang di Kangar ) cuma kami berdua ja kat dalam bas. Haaa.. ambik kaw.. Tingkat atas pun belum ada penumpang. Campur driver 2 orang.. kami 4 orang ja 1 bas. Dan...dan... disediakan suis untuk cas tipun atau laptop..horeyyy.. layan movie spjg jalan.... tapi..guna data sendiri.. semua nak percuma..melampau !!!



Ini pulak suasana di tingkat atas.. banyak kerusinya.. jadi agak sempit la.

Ini Tangga. Lif ngn escalator makcik tak jumpa pulak. Haa.. sebelum makcik lupa.. nak habaq kat hampa semua.. bas dua tingkat tak da tempat letak beg kat atas kepala tu key. Semua masuk lam perut bas . Tapi makcik bawa beg kecik ja.. orang tua-tua..tak larat nak heret beg besaq... angkut masuk dalam bas teruih la.. tempat makcik duduk tu pun luas yang amat.. Boleh letak beg AF kat situ.

Ni Pintu kecemasan.. sebelah tempat makcik duduk ja. Ada Tv..tapi depa tak ON pun.. baru betui..tengok TV kan ?..
Tirai tu pemisah antara makcik ngn dreba.. dreba tu pemalu..dia takut makcik ushar dia pulas stereng.. . kekeke...
Dalam 15 Minit.. kami pun sampaila ke Stesen Bas Kangar. Maka bermula lah perjalanan bersejarah makcik selama 11 jam.. Pergh.. patah pinggang..lucut sendi lutut makcik.. lap aiq mata sat dengan hujung lengan baju.. isk..isk..isk.. 
Bila masuk ja stesen.. nampak banyak bas duk melepak kat sini. Makcik ingatkan kut awal pagi.. bas singgah sarapan ...

Telahan makcik sesia belake... Abang - abang JPJ tengah buat operasi la.. Dekat nak raya Cina.. jadi.. Operasi pun Bermula.. Nampak tu abang JPJ buat apa? duk cek angin tayar la... pastu..cek tayar ok ke tidak.. ada bunga ke..ada batu ker.. tinggal daun sahajerr.. Lepas tu... cek driver.. semua driver kena pi kencing . Cepat ..Kencing !!!! kencing la cepattttt !!! 
Harapan makcik nak chek -in seawal yang mungkin kat Palm Garden tu dah jadi angan-angan mat jenin.. Dreba ke -2 kata..dia takda AIQ KENCING !! Baru lepas KENCING..macam mana nak KENCING  ni !!!  ???? adoilaa.... 
Lepastu...satu hal lagi.. abang -abang JPJ ngn kakak kakak JPJ yang bertugas tak ramai sangat.. bas dah banyak bijik .. pastu hampa cuba kira berapa banyak tayar bas yang ada di setiap bas ? hah, cepat Kira !! makcik dah semakin tegang ni.. stress..ingat pun dah stress. Lepas tu..cek meter bas, cek buku Log bas.. tak kira lagi kalau buku log ada masalah.. bertekak ngn dreba bas pulak.. Pergh..susah jugak jadi JPJ. Tapi.. makcik sebagai penumpang ni..lagi la susah hati.. pukui berapa nak sampai Putrajaya? nasib makcik pi ngn kawan..kalau sorang -sorang.. pening kepala pakcik di rumah nun ha... kesian pakcik.. 
Akhirnya.. penantian pun berakhir.. jam 10.20 pagi.. kami bergerak meninggalkan Stesen Bas Kangar.. ada bas yang lebih awal dari kami pun belum dapat bergerak. 1 jam lebih makcik bersabar kat dalam bas.. siap ulang pi jamban .. 

Hampa tau.. makcik gayat..sebab depan makcik luas.. jadi makcik pakai tali pingganggg... hahaha...Utamakan keselamatan key. 

Lepastu ..makcik buka buku..Namaku MALALA..pastu..makcik layan Movie..

lepastu..tengok tengok..baru sampai Stesen bas Changlon Kedah.. 11.00 pg.
11.25 pg  ..    Stesen Bas Jitra
12.00 tgh  ...  Stesen Bas Alor Setar.. ( wahhh..rajin menyinggah rupanya.. )
2.22 ptg... RnR Bukit Gantang.. singgah makan 
4.40 ptg.. Trolak ( hujan lebat )
Lambatnya nak sampai... makcik dah tahap bersila, bersimpuh, berlunjur dan bangun berdiri kat dalam bas . Huh .. makcik bossannn... Untuk makluman, kat dalam bas kami cuma ada 14 orang sahaja penumpang.. tingkat bawah cuma ada 3 orang.. sorang lagi makcik yang berusia 70 tahun lebih.. nak ke rumah anaknya di Cyberjaya. Makcik memang otai lah..berani..dan kuat. jalan pun dah tak berapa nak tegak. Jadi.. kami bertiga kat tingkat bawah ramah tamah la menyembang.. siap buat teman ke tandas . Kekekek.. lupa nak tanya nama makcik.

5.48 ptg.. Tol Sungai Buloh
6.14 ptg.. Tol Duta 
Bas ni tahap mengesot dah aku rasa.. Jem ..orang balik kerja... huhuh...
7.39 petang .... TBS turunkan penumpang.. 
sepatutnya kami berhenti di Stesen Bas Duta.. tetapi.. penumpang dah lari naik bas lain..sebab bas kami lambat sampai di Stesen Alor Setar tadi. Rezeki juga la.. kalau singgah di Duta.. mau makan masa lagi panjang ..
Akhirnya..penantian dan kesabaran yang dah senipis kulit bawang berakhir juga.. sesuatu yang bermula..pasti akan ada pengakhirannya.. kan... ? 8.15 minit malam.. kami sampai ke Stesen Bas Putrajaya..

Tak cakap panjang..kami book grab..sepantas kilat permohonan di reply.. ohh.. rupanya dreba grab dah ada di situ..sedang makan angin dan membawang di bawah pokok di tepi jalan sesama merekaaa... ramai rupanya.... jadi..jgn risau.. sampai sini..grab banyak..tapi kalau sebelah awal pagi.. takla ramai sangat.. ada tetap ada..
Hasil dari menemuramah dreba grab.. ada sesetengah diorang full time jadi dreba grab... pendapatan pun boleh tahan.. Betul lah kata pepatah.. Di mana ada kemahuan, pasti di situ ada jalannya. Cewaahhhh..pandai makcik berpepatah pulakkk..

8.38 mlm..  Palm Garden Hotel berjaya di jejaki juaaa... 

Setelah ombak dan badai ku tempuhi..  perkara pertama kami lakukan lepas chek in adalah menuju ke cafe. Pandai pula cari Cafe, dengan beg besar di bahu..menonong saja masuk ke cafe.. terus kami berdua jadi perhatian... hahahaha... tapi..kami hati kental, letak beg..terus ambik pinggan dan makan la dengan lafaz Bismillah....sebab menu best malam tu adalah gulai Kambingg... mengembek sakan la atas katil ... Bila dah selesai makan.. tetiba suasana menjadi tenang.. baru aku nampak berapa ramai sebenarnya org kat dalam cafe tu.. dan ada beberapa orang yg aku kenali.. tadi tak kenai pun.. dah kenyang.. kenal la pulakkkkk.... hahahaha..
Ni gambar pertama aku snap lepas sampai hotel dan selepas kekenyangan..

Maka dengan ini..berakhirlah kisah perjalanan 11 jam makcik yang amat mendukacitakan... nanti makcik sambung gambaq di hotel pulak na... Hampa tak lena kan baca ni ??? 



Thursday, February 7, 2019

MUZIUM KOTA KUALA KEDAH

Sapa pernah sampai sini ? duk dendiam.. sebab kalau dah termaktub dalam kad pengenalan tu kod 02 , dan memang orang Kola Kedah, mesti dah lalu ikut sini beratus juta kali kan. Aku lalu ikut sini masa muda remaja dulu..awal tahun 2000 . Lepas tu.. takda punca dan takda alasan aku nak menjenguk ke sini. Bila aku sampai sini semula setelah berbelas tahun banyak yang dah berubah. Dah semakin cantik dan semakin tersusun. Namun suasana Kuala tu masih tetap ada. Kesibukan nelayan dan panasnya angin laut masih tetap serupa.


Muzium Kota Kuala Kedah, seriusss...banyak sangat  sejarah tentang benteng Pertahanan Melayu yang tertua di Utara Semenanjung Malaysia. Masuk sini adalah percuma. Jangan risau, bawa lah jiran-jiran sekampung, tiada sebarang caj dikenakan. 


Sejarah Kota Kuala Kedah. Korang baca sendiri la key.. klik gambar tu.. nanti bertambah besar la ia.. tak paham bahasa melayu.. baca bahasa mat salleh tu key. 








Tembok ni memula dibina dengan tanah liat, kayu bakau dan buluh, semasa pemerintahan Sultan Sulaiman Shah ( 1602 - 1620 ). Kemudian takdir menentukan segalanya, tembok ni rosak akibat diserang musuh dan dibina semula menggunakan batu bata pada tahun 1771 semasa pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa. Pada 12 November 1821 kota ni diserang pula oleh Armada Siam. Lepas tu, bila Jepun menduduki tanah Melayu, kota ni dijadikan tempat geng  askar jepun la pula. Jadi..tempat ni menjadi antara saksi utama jatuh bangunnya tanah Melayu.

 Ini adalah bangunan Muzium di dalam kawasan Kota Kuala Kedah. Tak silap aku, bangunan ni adalah bangunan asal yang di baik pulih. Bangunan ni ada kisah nya sendiri, tapi aku tak ingat.. yang pasti memang ada. Dulu ada banyak lagi bangunan lain sekitar sini , yang dijadikan sekolah dan bilik guru. Mengikut kata Pak cik guard yang bertugas hari tu, tiang -tiang putih yang ada tu , adalah sebahagian dari bangunan sekolah dan rumah guru. Maaf kalau aku tersilap.
Korang nampak kan, sekeliling kawasan ni dilindugi oleh tembok yang tinggi. Ada tempok yang menghadap kuala dan kawasan Paya. Jadi, bayangkan suasana zaman dahulu, apabila pemerintah berada di dalam Kota dan menjalankan tanggugjawab Baginda. Aku juga membayangkan suasana ketika kota ini diserang oleh pihak musuh. Banyak lubang meriam yang teredia di sekeliling tembok.  Aku cadagkan korang datang sendiri dan ambil masa yang secukupnya untuk melihat sekeliling tembok dan fungsi tembok ni di bangunkan. Sejarah adalah sesuatu yang harus kita hargai dan sampaikan kepada pewaris kita yang seterusnya. Agar mereka mengasihi dan menyayangi Tanah air ini yang dibina dari pelbagai kisah suka dan duka. 
Itula.. dulu aku dah mohon nak jadi pegawai kurator.. tapi tak dapat.... frust gila. sebab..aku tak belajaq semua benda ni.. sosiologi, antrapologi, sejarah, kaji purba, zoologi, sastera, seni lukis, seni reka, seni halus, seni bina, permuziuman, konverservasi .


Kota ni terletak di muara Sungai Kedah, hanya 10km dari Bandaraya Alor Setar. Berbentuk segi empat, ia berada di utara tebing sungai Kedah, di mana tembok sebelah barat menghadap ke arah Selat Melaka, tembok Selatan pula menghadap sungai menghala ke Pekan Kuala Kedah, utara tembok menghadap kawasan paya, bahagian timur tembok pula menghadap perkampungan nelayan dan sawah padi.

 Nampak tak tembok di sebelah laut.. ada pintu di situ.

Kami 4 beranak cuba nak memahami isu surat ni. Aku masih gagah membaca..walaupun sekali sekala rasa di telan ombak laut.. kekeke.. sebab..aku taknak tunjuk kalah pada anak anak , bahawasanya aku pun tak paham .. hahahaha...
Jadi.. cuba korang translate sat surat kat atas tu.. mana satu nama.. mana satu isinya.. yang pasti..hari khamis ,29 syawal 1309. 

Ini lagi satu surat. Wahai kengkawan sekalian, marilah sesama kita menghayati bahasa melayu lama. Akak konpiuse.. tak rela pening sengsorang. Walaupun berkali kali cuba baca..akhir sekali.. tak paham jugakkk.. hahahaha...

 Inilah kualanya. Jadi bayangkan ketika Kota ini diserang. Pihak musuh berlabuh di Kuala ni..dan cuba melepasi tembok yang ada... 
Mendung.. hari mau hujan..

Masih lagi di Kualanya.. kalau korang nak datang ke Muzim ni. jambatan nun di hujung tu.. wajib korang lalui. Melainkan korang naik sampan  atau berenang..jadi takyah la naik jambatan tinggi tu. Atau, kenderaan korang jenis boleh digunakan di darat dilaut atau di udara. Sahabat aku.. si doremon ada benda tu semua.. tapi aku dah putus hubungan semenjak dia declare dirinya adalah seekor kucing. Sekian... 

Nufnang