Friday, April 20, 2012

Dari Allah kita datang & kepada -Nya jua kita kembali...

Janji Allah pada kita semuanya benar.. Hidup dan mati kita juga..segalanya di tangan Nya. Kita hanya mampu merancang.. dan berdoa..semoga segalanya seperti yang kita impikan.
Setiap yg hidup pasti akan mati.. cuma cara mati setiap org yg berbeza. Semalam sekitar jam 10.30mlm kami dikejutkan dengan kejadian yang tidak disangka. Sebuah kenderaan telah menjunam ke dalam sungai di hadapan rumah aku. Sungai Baru.. salah sebuah sungai utama yg mengalirkan air ke laut dari serata negeri perlis.
Jarak kejadian cuma sekitar 100meter dari rumah aku. Doa aku apabila mendengarnya semoga semua yg berada di dalam kenderaan tersebut terselamat. Berita tersebuat amat cepat tersebar. Keadaan di hadapan rumah ku bertukar menjadi riuh..seolah-olah ada pesta.Ramai yg datang..deretan kereta tersusun dari tempat kejadian sehingga di hadapan rumah aku.
Dari sumber yg aku perolehi, kereta tersebut dipandu oleh seorang lelaki yg berusia sekitar 30an. Memakai baju melayu dan berkain pelikat. Tafsiran awal aku..mungkin dia baru balik dari masjid dan ingin menuju ke kuala sungai baru..Tidak dapat dipastikan punca utama kereta tersebut menjunam ke dalam sungai. Ada yg mengatakan kereta tersebut tiba-tiba sahaja menjunam ke sungai..mungkin pemandunya telah meninggal sebelum terjunam ke dalam sungai.. atau dia meninggal kerana lemas.
JPA dan Bomba berusaha untuk menyelamatkan pemandunya..namun..kerana arus sungai yg agak kuat dan air yg agak dalam..segalanya menjadi sukar. Sekitar jam 1.00 pg..baru mayat berjaya dikeluarkan.
Semoga Arwah ditempatkan bersama org-org yg beriman.. Sungai Baru tidak pernah sunyi dari menelan mangsanya.Telah ramai yg menjadi mangsa di sungai tersebut. Setiap tahun ada sahaja kisahnya. Semoga tiada lagi yg menjadi mangsa sungai tersebut.. Alfatihah..

Wednesday, April 18, 2012

Tandatangan Mahal niii..

 Kenapa aku beli lagi , sedangkan aku dah ada versi bahasa melayunya
( ADAM )
 Sebab Ini ...
 Sebab ni lah aku sanggup beli sebuah lagi .. sebab nak kan tandatangan dari penulis
kegemaran aku. sukanyaaa... akhirnya aku miliki juga ..kekekek..
Tq buat adik aku..wani..kerana dia lah aku berjaya dapatkan tandatangan Ramli Awang Murshid.

Lagi best..buku ni free..adik aku cakap tak yah bayar..hahahah...rezeki aku la.
Tetiba ja di suatu pagi si Wani ni call
" kak , nak ambik tandatangan RAM dak ? dia ada kat sini ( UPM ) "
" ha..nak la..tapi semua buku kak dah ada..ermmm..kakcik ambil buku personal justice la..sebab kak dah ada versi bahasa Melayu "
" Ha, ok..kakcik ambik "
Hahahahahaha.... itulah dialog tetiba di pagi hari yg membuatkan aku tersenyum..
tapi adik aku si wani lagi tersenyum, sebab dia boleh bergambar sekali ngn RAM dan isteri RAM sekali.
He..kira ok la..sebab aku pun dapat buku free kan.
Buat kawan aku yg belum ada tandatangan ni  jangan jeles key..hahahahha.

Tuesday, April 17, 2012

Mari membaca ..

 Buku ni wajib ada kat atas tilam / ditepi tilam / dibawah bantal tempat tidur Firas.
 Yang ni Firas panggil "TAPI"
 Ini pula " BASH"
 dan ini  " YOYI"
Firas amat berminat pada buku dan pen. Buku- buku jenis ni kebanyakan adalah kepunyaan Danish dahulu. Jadi sekarang ianya milik Firas pula. Sekarang umur Firas dah 1 Tahun 5 bulan. Alhamdulillah..dia anak yg ringan mulut dan mudah mengingat. Selepas 2/3 kali kita sebut dan tunjukkan sesuatu..apabila ditanya kemudian.. pasti akan ada jawapan. Aktiviti ni aku lakukan sebelum tidur dan bila-bila masa sahaja mengikut mood Firas.. Seronok sangat apabila dia dapat menyebut ( walaupun pelat ) dan mengingat sesuatu yg diajar.

Monday, April 9, 2012

Kisah Tragik buat aku dikala guruh & kilat berdentum..

Alkisahnya terjadi pada petang jumaat lepas. Apabila jam menunjukkan jam 5.00 ptg..aku wajib tengok cita nih 
Runningman . Kekadang..tak sempat kul 5 lagi..kalau kerja dah selesai..pasti aku akan layan benda nih.pastu mulalah gelak dan senyum sengsorang. Hilang segala stress kat kepala otak aku ni.
Selalunya..jam 5.30 petang lebih baru suami aku sampai..tapi jumaat lepas..boleh pula dia datang awal.memang aku kalut la.. dah la kat luar tu guruh dan kilat berdentum-dentum..maka..sepantas kilat juga aku shutdown PC kemas apa yg patut dan turun kebawah. Sampai ja kat bawa..en suami dah setia menunggu..aku pun dengan secepat yg boleh terus masuk lam keta. Masa tu kat groundfloor tu ramai lagi yg masih menunggu .. maklumla..hujan pun lebat..jadi diaorg terpaksa tunggu hujan reda untuk keluar dari bangunan.
Bila masuk lam keta ja..suami aku cakap dia nak singgah pasaraya borong sakan kejap..nak cari karpet tuk surau kat ofice katanya..jadi..lam hati aku..horeey..boleh aku angkut dua tiga barang nih. Kat dalam otak dah ada senarai yang muncul tiba-tiba ja bila terdengar perkataan PASARAYA.. hahahhaha..
Sampai depan pasaraya..aku pun terus buka pintu kereta. Tetiba...kaki kiri yang aku hulurkan untuk jejak tanah di situ....aku tarik kembali ke dalam kereta.. alamak..aku pakai kasut tandas la.. dan..bila aku pandang sebelah kanan... huwaaa...aku pakai kasut berlainan laaaa !!!!!
Alamak..macam mana ni..nak tunggu dalam kereta memang aku tak berani..guruh dan kilat sabung menyabung. Kecut hati aku dengan suasana macam tu..En suami pula dah mula tersengeh dan tersenyum., dia dah mula gelak..haaa...ni lagi aku baran nih.. aku pun sebenarnya sedang gelak juga.. AH STRESS !!!!  ( perkataan favorite Gary lam running man ).
Disebabkan takut..maka en suami bagi idea pada aku..labuhkan kain dan jalan pelan-pelan. Hahahahah..nak tak nak..terpaksa la aku ikut idea terakhir tu..
Maka..berjalanlah aku di dalam pasaraya tu dengan penuh tatasusila.. entahla diorg tu perasan atau tak.tapi..muka aku memang nampak pelikla..sebab aku sedang menahan diri dari gelak kuat-kuat. Laki aku buat slumber ja..tetapi..setiap kali dia pandag aku..dia akan sengeh.. Haaa..rasa nak nagis pun ada. Jadi..aku lebih banyak diamkan diri di suatu-suatu tempat ja ..dan berjalan di kawasan yg takda org.
Maka berakhirlah sesi membeli-belah yg amat menyeksakan aku. Aku langsung tak beli apapun.Semua benda yg ada dlm otak aku tadi..dah hanyut di bawa hujan yg lebat kat luar tu. Frusttnya..masa nih la nak pow duit laki aku sebanyak yg boleh...SELAMATTT.....kata laki aku.huh..
Sampai umah mak aku..nak ambil Firas..satu sesi lagi bermula..
" aik..kakak..awat yang pakai kasut macam tu pi pejabat ?" huwaaa.....awat ayah tanya macam tu ????
hahahhahahahah...maka bermula la cerita tersebut..diulang tayang kepada ayah .

Sampai pejabat pagi tadi..inilah kedudukan kasut aku kat bawah meja tu.. Huh memang kes terainaya betoi.
Jadi, pengajaranya..hati-hati ketika menyarungkan kasut anda. Hahahahah...

Nufnang