Friday, August 19, 2011

Cara Mencuci & Memasak Siput Mentarang

Siput Mentarang
Siput yg dah siap dibuang kulitnya 
 Hari ni meh kita belajar cara mengopek dan mencuci mentarang. Atas permintaan seorang sahabat yang sedang bunting..dan teringin nak memakannya. 
Siput mentarang ni habitatnya adalah di kawasan berselut, jadi apabila kita nak menikmatinya..amat wajiblah bagi kita mencucinya terlebih dahulu. Tetapi..kalau korang tak kisah nak makan selut atau pun nak cuba rasa kesedapan tanah selut pantai..takyah la susah-susah nak cuci..leh rasa kerangupan pasir sekali.Boleh tajamkan gigi sekali.
 Sebelum aku lupa..kalau korang beli mentarang ni sebelah petang..dan tak sempat nak memasaknya..jangan sesekali cuci dengan air tawar..sebaliknya letak dalam bekas yang kering..kalau dah kena air..mentarang akan mati dan memang tak sesuai di makan.Mentarang yang dah mati berbau busuk.Jadi kalau dah beli dan ada bau yang amat-amat busuk..maka..carilah..pasti ada sekor dua yang dah mati. Kekadang bau lumpur pun busuk juga..jadi jgn terkeliru ya.Tetapi kalau kopek, terus cuci letak lam peti ok la. 
Kalau korang nak buat masakan cam di atas tu atau yang seangkatan dengannya..memula sekali kenala buang kulitnya. Cara yang paling mudah..letakkan bahagian kepala (yg besar) ke arah korang dan tolak kulit bahagia ekor ke arah sisi. Kalau korang koyakkan kulitnya secara membuka terus..agak bahaya dan boleh menghancurkan isi mentarang yang lembut. Bahayanya adalah kulit mentarang mungkin pecah dan akan melukakan jari dan menjadi lebih sukar untuk mencuci sebab kulit yg hancur akan melekat pada isi mentarang. 
Sesilap bila dah masak korang akan kunyah kulit siput jer..ee..potong selera. Selepas dah berjaya tanggalkan isinya dari kulit..kena la buang giginnya pula (org cakap gigi..aku pun panggil gigi la. )benda ni selalu ada di bahagian kepala (bahagian isi yg besar tu ) rasala dengan jari..jika ada..buang lah ya..jgn dimasak sekali pula. Nanti asyik kunyah benda tu ja. Selepas tu..korang kena picit dengan jari di bahagian ekornya sambil menggerakkan jari kehadapan.
Maknanya dari bahagian kepala siput yg berekor tu..hingga ke hujung ekornya.Hal ini untuk mengeluarkan selut dan sisa makanannya yg masih ada di bahagian tu..sambil-sambil tu..cucila lendir yang ada di siput tu..di bawah air yg mengalir. Buat benda ni agak makan masala..tapi kalau dah selalu buat..sebenarnya kejap ja.. Mudah ja kan..
selalunya aku akan kopek semua sekali sambil buang gigi..selepas tu baru aku akan cuci bahagian -bahagian lain.Ini lebih cepat dan mudah. Kalau korang hanya nak rebus atau bakar ...cukup mudah..rendamkan dalam air ..dan gosot kulitnya dengan mengunakan berus sabut ataupun pulur kelapa. Kat kg adala pulur kelapa..kat pekan mana nak cari kan..guna ja berus sabut..lebih mudah dan cepat.Hati-hati..jari anda mungkin terluka..selepas kulit dah cuci..lalukan siput tu di bawah air yg mengalir biar air mengalir melalui bahagian dalam siput..hal ini untuk mencuci selut yg ada kat dalam kulitnya. 
Tetapi...semasa nak menikmatinya...sediakan lebihan air rebusan tadi di dalam mangkuk..sebab..bila kita dah kopek kulitnya..sisa selut masih ada..tapi tak banyakla..air rebusan tadi digunakan untuk mencuci selut ..kalau nak guna air biasa pun boleh..cuma akan hilang manisnya sebab dah kena air tawar. 
Untuk mengekalkan kemanisan siput mentarang nih..semasa nak merebus..jangan letak air terlalu banyak di dalam periuk rebusan..letak sikit sahaja..sebab..semasa proses merebus tu..siput akan mengeluarkan airnya sendiri. Air tersebutla yg manis original.Tak perlu letak garam dah..Samalah seperti kita rebus kerang..kalau letak air banyak..kerang kita dah tak manis dah.. ( aku kalau rebus kerang..langsung tak letak air..kerang akan lepaskan air dari badannya sendiri..amat manis )
 Kalau nak buat masakan simple cam aku buat tu..

Aku panggil Mentarang masak Kunyit
Bahannya mudah saja.. 
Bawang Merah 2-3 ulas
Bawang Putih 1 ulas
Cili Kering 3 biji
sedikit air asam
Serbuk Kunyit
Sedikit gula / garam ( rasa dulu baru tambah )
Minyak masak untuk menumis

Cara Memasak

Tumiskan bawang merah , bawang putih dan cili kering,
Dah naik bau harum bawang tu..masukan Mentarang yang dah siap dicuci, 
Tunggu sehingga air agak kering, baru masukan air asam yang agak pekat.. sebab kalau letak yang cair, masakan akan menjadi berkuah dan kurang kick.
Masukan sedikit serbuk kunyit
Alih-alihkan mentarang tu agar sebati dengan kunyit dan air asam.
Perlahankan api dan biarkan sekejap.
Ingat ...Tak perlu masukan air , sebab mentarang akan keluarkan airnya sendiri.
Bila dah agak kering, cuba rasa terlebih dahulu sama ada kurang manis atau masin.
Selama pengalaman aku memasak mentarang masak kunyit ni, aku tak perlu masukan garam dah. Memang rasanya dah secukup rasa.
Tetapi, jika aku beli mentarang yang dah siap dikopek kulitnya, aku perlu juga menambah sedikit garam dan gula agar masakan lebih kawwww.

Jadi, kalau terasa nak makan mentarang , rasa susah nak mencuci..boleh ja cari yang dah siap dikopek kulitnya. Harga agak mahal sedikit, dan kekadang agak kurang segar. tetapi masih berperisa dan pandai-pandai lah edit semasa memasak..pasti sedap Insyaallah..
Menu Lain yg selalu aku masak untuk mentarang adalah 
- Sayur Manis di campur kulit tembikai
- Rebus / Bakar
- Masak Lemak
- Kenas Mentarang - potong bawang dan cili..perghh... lepastu alergik.. kekekeke...

9 comments:

Sue @ Nenie said...

Salam...Emmmm...selalu dengar benda alah ni, tapi belum pernah lagi makan, sedap agaknya yaaaaa....

mela said...

sedapp.cubala...isi dia lembut dan manis..yang di bakar pun sedap..isinya lagi segarr..

Amie said...

adooiiii Mela...
tengok mentarang tu tak sabar nak terbang balik kampung di Jerammmm.... nak makan mentarang gak!

izahdaut said...

ooo ini ke binatang tersebut. sedap ke? tak nah pulak jumpa kat pasar sini... kerr tak pernah nak cari ek.. hehe...oo gitu yee.. uishh nampak cam sedap la pulak

mela said...

kak amie..cepatt..balik cari mentarang...rasakan manisnya..nyummm..

mela said...

kak izah..cuba cari ..tapi tak semua kawasan ada mentarang nih..org ada masalah gout tak leh makan banyak-banyak..nanti nagis la pula..

Unknown said...

uish.... my peberet nih... kalau beli mesti bakar ja... sedap... 1 kg skali ngadap ngan husbent je.... kalau rasa nak mkn mentarang.. sity slalu cari tepi dkt jalan tepi laut kola perlis, mmg banyak org menjualnya... tp mengikut musim dia jugak... nyummy...

mela said...

Siti....memang best ...lepas makan siap menggaru sebab elergik.hahahahah..

SukaSuki said...

Sgt sedap,saya rebus biasa mcm rebus kerang...tekstur mcm pepahat tp mentarang ni lbh sedap,xperlu garam...

Nufnang