Friday, March 6, 2020

KELLY CASTLE BATU GAJAH PERAK

Kawan - kawan .. jom..kita serbu rumah makcik Kelly... 
Sesampai ja kat sini.. laki aku buat drama dah.. dia pi gesel skirting hadapan  kereta  di tapak pasu bunga  masa nak parking .. . adoilaa... nasib dia yang buat.. bukan aku.. hehehe.. Tapi kalau aku bawapun...mungkin jadi benda yg sama..sebab tak perasan pun..pasu bunga tu..diletakkan atas tapak simen yg lebar dan tebal..maknanya..tapak lagi lebar dari pasu.. Kalau aku yg drive, kompom dengar ceramah pemanduan kat sini.. dan ayat yang paling aku tak boleh tahan 
" orang perempuan bawa kereta cam ni lah.. !! "
Jika di atas jalan raya.. ada pemandu yg drive tak senonoh ..tak bagi signal, berhenti tiba-tiba , drive sambil bergayut dan lagi yg tak sayang nyawa..biar anak pegang stereng sesama.. Ya Allah.. korang sayang anak atau  tak ?  90% tekaannya adalah tepat.. pemandu wanita. 
Pastu aku plak yg kena dengar dia bebel.. eh.. salah hakak ker ? Katanya.. supaya aku tak buat benda yang sama.. eh , eh..sayang jugak awak kat sayer yer...  heee... jgn muntah hijau pleasee.. bertenang..bertenang..

Eh..dah membebel plak .. maaf tuan-tuan dan puan-puan. Kita kembali ke rumah makcik Kelly. Selepas meninggalkan Tanjung Tualang kami menuju ke sini . Kiranya ini adalah destinasi terakhir kami sebelum kembali ke pangkal jalan. Pengunjung..memang ramai.. jadi agak mencabar gaklah nak ambil gambar dan nak melawat rumah makcik kelly. 

Ini bukan rumah makcik kelly . tapi jiran dia..iaitu makcik Cafe . Harga boleh tahan mahal. Kalau setakat nak beli air mineral ok la..kalau nak makan .. 2 org ok lagi..kalau 6 beranak.. macam tak berbaloi. Kat bangunan ni ada tandas dan surau.
Kaunter tiket ada kat sebelah bangunan ni.
Harga tiket... alamak.. aku lupa..sebab bukan aku yang beli... hee..

Inilah istana makcik Kelly. Kesian makcik, macam-macam cerita ada. Cerita hantu ada, cerita cinta ada..cerita sedih pun ada.
Aku tak paham..kenapa gambar aku senget ke kiri...adakah ada entiti di situ ?? hem.... kehkehkeh..
Sebelum terbinanya Istana Kelly, inilah rumah mereka. Bangunan ni terletak dibahagian belakang Istana.
Pandangan dari arah sisi.
Ruang tamu makcik Kelly. Ada sesiapa berani singgah minum kopi, jemputlah masuk... dah hidang dah tu.. tapi ramai yang tak sudi... Kesian makcik.. menanti dan terus menanti..
Kesan runtuhan rumah lama
Seni bina...
Cer baca..
Inilah serambinya... sesapa nak rasa suasana malam..silakan.. ada pakej utk malam punya.


Ini laluan rahsia. Sebenarnya, kat sini ada banyak laluan rahsia. Tangga ni kecik ja.. Kalau hampa saiz 2XL.. aku rasa sesak gak la nak lepas. Tapi tak yah cari penyakit lah nak lalu ikut sini.. tengok dah.. banyak lagi jalan lain... 



Gambar ruang lif takda.. ada keterangan ja.. Harap maaf ya tuan -tuan dan puan-puan. Sebab ramai sangat yang nak ambil gambar lif ni. Maklumlah.. Lif pertama di Malaya.. Tapi sayang, tak sempat siap.. William meninggal di Lisbon.
maka, tak menjadilah Lif petama di Malaya.

Nasihat aku, kalau nak datang sini..datang lah awal pagi.. tak panas. Kalau korang bawa anak kecil, tolonglah pegang tangan anak, jgn lepaskan mereka. Sebab aku nampak banyak peluang untuk jatuh ke bawah. Bangunan ni boleh di akses sampai ke atas bumbung. Test la korang gayat atau tak. Dari atas sekali..boleh nampak pemandangan yang menarik. Angin pun sebenarnya agak kuat pada masa kami di sini.
Akhir kata.. aku tak jumpa pun Makcik Kelly ataupun William Kellie Smith.. frust...
( nasib tak jumpa ... )

No comments:

Nufnang