Thursday, February 7, 2019

MUZIUM KOTA KUALA KEDAH

Sapa pernah sampai sini ? duk dendiam.. sebab kalau dah termaktub dalam kad pengenalan tu kod 02 , dan memang orang Kola Kedah, mesti dah lalu ikut sini beratus juta kali kan. Aku lalu ikut sini masa muda remaja dulu..awal tahun 2000 . Lepas tu.. takda punca dan takda alasan aku nak menjenguk ke sini. Bila aku sampai sini semula setelah berbelas tahun banyak yang dah berubah. Dah semakin cantik dan semakin tersusun. Namun suasana Kuala tu masih tetap ada. Kesibukan nelayan dan panasnya angin laut masih tetap serupa.


Muzium Kota Kuala Kedah, seriusss...banyak sangat  sejarah tentang benteng Pertahanan Melayu yang tertua di Utara Semenanjung Malaysia. Masuk sini adalah percuma. Jangan risau, bawa lah jiran-jiran sekampung, tiada sebarang caj dikenakan. 


Sejarah Kota Kuala Kedah. Korang baca sendiri la key.. klik gambar tu.. nanti bertambah besar la ia.. tak paham bahasa melayu.. baca bahasa mat salleh tu key. 








Tembok ni memula dibina dengan tanah liat, kayu bakau dan buluh, semasa pemerintahan Sultan Sulaiman Shah ( 1602 - 1620 ). Kemudian takdir menentukan segalanya, tembok ni rosak akibat diserang musuh dan dibina semula menggunakan batu bata pada tahun 1771 semasa pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa. Pada 12 November 1821 kota ni diserang pula oleh Armada Siam. Lepas tu, bila Jepun menduduki tanah Melayu, kota ni dijadikan tempat geng  askar jepun la pula. Jadi..tempat ni menjadi antara saksi utama jatuh bangunnya tanah Melayu.

 Ini adalah bangunan Muzium di dalam kawasan Kota Kuala Kedah. Tak silap aku, bangunan ni adalah bangunan asal yang di baik pulih. Bangunan ni ada kisah nya sendiri, tapi aku tak ingat.. yang pasti memang ada. Dulu ada banyak lagi bangunan lain sekitar sini , yang dijadikan sekolah dan bilik guru. Mengikut kata Pak cik guard yang bertugas hari tu, tiang -tiang putih yang ada tu , adalah sebahagian dari bangunan sekolah dan rumah guru. Maaf kalau aku tersilap.
Korang nampak kan, sekeliling kawasan ni dilindugi oleh tembok yang tinggi. Ada tempok yang menghadap kuala dan kawasan Paya. Jadi, bayangkan suasana zaman dahulu, apabila pemerintah berada di dalam Kota dan menjalankan tanggugjawab Baginda. Aku juga membayangkan suasana ketika kota ini diserang oleh pihak musuh. Banyak lubang meriam yang teredia di sekeliling tembok.  Aku cadagkan korang datang sendiri dan ambil masa yang secukupnya untuk melihat sekeliling tembok dan fungsi tembok ni di bangunkan. Sejarah adalah sesuatu yang harus kita hargai dan sampaikan kepada pewaris kita yang seterusnya. Agar mereka mengasihi dan menyayangi Tanah air ini yang dibina dari pelbagai kisah suka dan duka. 
Itula.. dulu aku dah mohon nak jadi pegawai kurator.. tapi tak dapat.... frust gila. sebab..aku tak belajaq semua benda ni.. sosiologi, antrapologi, sejarah, kaji purba, zoologi, sastera, seni lukis, seni reka, seni halus, seni bina, permuziuman, konverservasi .


Kota ni terletak di muara Sungai Kedah, hanya 10km dari Bandaraya Alor Setar. Berbentuk segi empat, ia berada di utara tebing sungai Kedah, di mana tembok sebelah barat menghadap ke arah Selat Melaka, tembok Selatan pula menghadap sungai menghala ke Pekan Kuala Kedah, utara tembok menghadap kawasan paya, bahagian timur tembok pula menghadap perkampungan nelayan dan sawah padi.

 Nampak tak tembok di sebelah laut.. ada pintu di situ.

Kami 4 beranak cuba nak memahami isu surat ni. Aku masih gagah membaca..walaupun sekali sekala rasa di telan ombak laut.. kekeke.. sebab..aku taknak tunjuk kalah pada anak anak , bahawasanya aku pun tak paham .. hahahaha...
Jadi.. cuba korang translate sat surat kat atas tu.. mana satu nama.. mana satu isinya.. yang pasti..hari khamis ,29 syawal 1309. 

Ini lagi satu surat. Wahai kengkawan sekalian, marilah sesama kita menghayati bahasa melayu lama. Akak konpiuse.. tak rela pening sengsorang. Walaupun berkali kali cuba baca..akhir sekali.. tak paham jugakkk.. hahahaha...

 Inilah kualanya. Jadi bayangkan ketika Kota ini diserang. Pihak musuh berlabuh di Kuala ni..dan cuba melepasi tembok yang ada... 
Mendung.. hari mau hujan..

Masih lagi di Kualanya.. kalau korang nak datang ke Muzim ni. jambatan nun di hujung tu.. wajib korang lalui. Melainkan korang naik sampan  atau berenang..jadi takyah la naik jambatan tinggi tu. Atau, kenderaan korang jenis boleh digunakan di darat dilaut atau di udara. Sahabat aku.. si doremon ada benda tu semua.. tapi aku dah putus hubungan semenjak dia declare dirinya adalah seekor kucing. Sekian... 

No comments:

Nufnang