Wednesday, August 6, 2014

TANJUNG DAWAI KEDAH

Ok, janji mesti ditepati.. aku nak sambung pasai Tanjung Dawai pulak.. Harini 06 Ogos 2014 bersamaan 10 Syawal.. dan baru 3 hari aku kembali bekerja. Bestnya kalau boleh sambung cuti lagi.. lepak kat umah.. gaduh ngn anak-anak, bersilat kat dapur dan semalam..semasa aku menggoreng keropok lekor..peristiwa ngeri berlaku beb.. Ngeri gila , keropok lekor yg sedang aku goreng meletup punya la kuat..habis minyak panas tu terpercik kat dapur dan lantai ..dan aku adalah mangsanya.. pedihnya.. muka, tangan, dan jantung aku pun tumpang meletup. Lepastu, aku matikan terus api kuali tu..dan biar semuanya terendam kat dlm minyak,,tapi masih lagi nak meletup. Aku ni goreng keropok lekor ka..goreng mercun ? . Konpiuse makcik... dan bila aku pandang ke siling...kekekekek...keropok lekor melekat kat atas siling dapur  la...hahahahaha... nasib melekat kat siling..kalau melekatnya kat muka aku ni.. mau meroyan aku ...naya ooo..
 
Dah...habis cita keropok lekor jom kita pi Tanjung Dawai Pulak. Tujuan utama kesini...nak makan GULAI IKAN SEMBILANG laaa... ramai cakap sedap... aku pantang dengaq hal makan sedap-sedap ni.. menitik air liuq.. Lepas  keluar dari Lembah Bujang terus kami menuju ke Tanjung Dawai. Jadi perjalanan dari Lembah Bujang nak ke Tanjung Dawai tu adala lebih kurang   30 minit, ni hubby drive dengan tenang sebab kami suka menikmati suasana sekitar, jadi slow-slow dah la.. relaks ja.. takyah stress-stress.
 
Bila masuk ja area Tanjung Dawai.. mata aku  mula meliar..mencari-cari kedai tu.. Jeng-jeng-jeng..dah jumpa..besar lagi sign boardnya. .Tetapi..tetapi..huhuhu...tutupla... hari Jumaat diorang cuti la... Huwaaaaa...nagis lam hati beb. Aku dah la terbayang ikan sembilang dah.. last Nampak tokey kedai duk basuh keta kat depan kedai ja. Ini lah kalau namanya takda rezeki..sayunya hati..nasib tak bunting..cuma bunting gajah ja..hahaha.. Jadi..jom layan gambar sekitar..

Nasi Goreng Udang.. sebagai galang ganti bagi gulai ikan sembilang.
Kami makan kat bangunan mara tu ja.. tau tak berapa kami kena caj ? cer teka..
untuk 3 pinggan nasi goreng udang, semangkuk sup daging segelas teh ais cair,  2 gelas sirap bandung, segelas milo ais...RM99.40 .. Haaa...terkejut tahap pitam. Kalau aku makan kat dalam hotel..memang awal-awal lagi dah bleh anggar berapa kos yg akan dikenakan.. kami makan mee udang kat Pulau Sayak 7 pinggan dengan air lagi..baru sekitar RM 70.00 . Yang ni ..tak tau nak kira la.. hemm..nasib badan...
So..kalau korang nak makan kat sana.. sisasat dulu regenye yer.. pas makan aku cari harga nasi goreng udang tu... tapi tak jumpa.. yg bayar nya hubby aku..kalau aku yg bayar..mau aku buat sesi soal jawab ngn pakcik tokey tu..aku cuma nak tau jer.. bukan nak buat apa pun..
Ha..tengok-tengok.. korang nak bilis saiz apa? semua ada..ikan kering pun bayak..nak ikan sepat, ikan haruan, ikan jerung takda. Harap maap.Belacan, keropok lekor, semua ada.
 Laluan ni aku rasa sempit sangat..bila berselisih ngn orang, kita terpaksa mengelak atau cari tempat yg boleh nak selitkan badan kat celah barang jualan tu.. Budak kecik pun suka mai sini..banyak makan ringan.. mak dan pak ja tak berapa nak berkenan.


 Nun jauh di sana.. Pantai Merdeka sedia menanti..

Jeti Tanjung Dawai ..kalau nak naik bot ke Pantai merdeka pun boleh..dari Pantai merdeka nak ke Tanjung Dawai pun boleh.. Aku rasa lebih kurang 5-6 minit dah sampai kalau naik bot.Kalau naik keta..memang ambik masa la nak sampai..
 Pemandangan di bahagian belakang bangunan Mara ni.. deretan kedai makan.

Perjalanan dari Lembah Bujang nak ke Tanjung Dawai ni dikelilingi oleh Dusun. Jadi sepanjang jalan aku memang teruja melihat buah rambutan, buah durian yg melambai-lambai dari pokok. Di tepi jalan pula, banyak gerai jualan yang menjual hasil tempatan. Kami angkut buah rambutan, Durian dan semesting Petai. Aku masak sambal petai bersama udang besar ..Perghhh..memang tak cukup nasi.
Gambar terakhir utk edisi harini.. Sungai Muda...besar...lebar...panjang..dan semestinya dalam... kekekek... macam la aku pernah mengukur kedalaman sungai ni..
Jadi...pendek kata.. memang syiok berjalan. Alhamdulillah...

Nufnang