Monday, January 7, 2019

SWISS INN SUNGAI PETANI KEDAH

15 Disember 2018 kami sekeluarga melepaskan kerinduan pada Mee Udang Pulau Sayak. Jadi lepas makan kami nak pekena ais krim Gunung Jerai di Pantai Merdeka pula, bila sampai Pantai Merdeka.. mak aii..ramainyer manusia. Parking penuh.. lepas 2 kali pusing ..dapat la juga kami nak park kereta.  Masa kami sampai, dah nampak cuaca mendung..tapi belum hujan.. aku pula atas dasar sediakan payung sebelum hujan, dengan rela hati mengheret payung tu macam bawa hand bag gitu..
Bermula la edisi nak makan ais krim... tapi sebelum tu..nak la jenjalan kejap.. bagi mee dan udang kat dalam perut tu turun kat tempat lain kan... baru 3@4 gerai kami lawati, hujan turun selebat-lebatnya. Maka berakhirlah impian si gunung Jerai... Nak lepak kat dalam gerai pun dah tak boleh.. penuh manusia yang mencari perlindungan. Maka dengan rela hati kami pun beralah, membawa hati yang calar di dalam tangisan hujan petang yang di bawa awan komulonimbus ... kekeke...  sebelum karangan ni jadi lagi ke laut, baik aku ke topik utama.. 

Kami Check In di Swiss Inn Sungai Petani pula kali ni. Harga aku dapat kali ni cuma RM80.00 untuk bilik standard . Wow... murah kan... sebabnya aku gunakan point dari Agoda. Aku tebus semua mata yang dah aku kumpul bagi tahun 2018. 


Masa check-in di sini pukul 3.00 petang dan check out 12.00 tengah hari. Kawasan parking ada...tetapi tetapi tetapi.. kalau balik lambat selepas meronda tak sedar diri .. menapaklah korang untuk masuk melalui pintu hadapan hotel..bahagian receptionis ni haa...sebab kena parking nun di belakang hotel. Kalau korang balik awal takda masalah.. parking di court badminton / tenis ( entahla yg mana satu) pastu boleh masuk ke hotel melalui laluan tepi hotel. Ada lift di situ.

Bilik Standard untuk katil single. Aku minta katil queen , tapi dah habis. Biliknya luas.. dan bersih. Cuma perabot agak lama sikit. Tiada bau aneh dan bunyi bunyi aneh....
3 beranak di hujung tingkap dah teruja pada sesuatu... 

Air mineral 2 botol, nescafe 2 ,gula 2 , krimer 2 ..ok tak cukup... takpa.. aku dah bawa bekal dari rumah... jeng jeng jeng... Min Kaffe ..
Simple Toiletris .. ko bayar murah..nak lebih lebih pulak kan... 

Nampak berumur sikit kan almari ni.. tapi masih elok.. takda cacat cela pun..

Tandas bersih, tiada haruman aneh..

Bilik ni takde bathtub.

Haaa... inilah yang di tenung oleh 3 beranak tadi.. Kolam mandi memang luas.. di sebelah atas gambar tu untuk kekanak kecik. Kolam besar ni pun kedalamannya berbeza. Masa kami sampai petang tu.. ramai yang sedang mandi. Sebab di sini orang luar boleh mandi ..cuma perlu bayar jer. Berapa harga aku tak pasti untuk sekali masuk. Kat sini juga ada kelas untuk latihan renang. Maka meriah la... 
Gambar ni pula aku ambil pada pagi ke dua. Selepas ja sarapan.. terus berendam. Kasi tanggal daki-daki mana yang patut.

Masih lagi suasan di tepi kolam. Pada sebelah petang, ada gerai menjual makanan dan minuman ringan. Boleh la..sambil teman anak -anak berendam, korang pula top pup bahagian perut yang dah rasa longgar tu.. Bola dan pelampung pun ada di jual. Pendek kata , pihak hotel takan biarkan korang balik dengan poket yang masih tebal seperti mana korang keluar dari rumah .. hahaha.. 

Pesta di hadapan Aman Jaya Sungai Petani. Hari pertama  selepas anak anak aku mandi kolam, kami melepak kat sini pula. Pusing kat dalam Aman sekejap dan mula la membuat tabungan di sini. Harga tiket nak naik benda ni semua sudah mahalll laa.. Tapi layan jela .. bukan setiap tahun aku bagi diorang naik benda ni semua..

Anak sulung aku nak sangat main ni. Aku tengok pun tak berminat . Hadiah dah berdebu.. entah hidup lagi ker tak mainan tu semua. Aku ingat lagi, zaman aku kekanak dulu, pesta ni memang di tunggu-tunggu. Hadiah masa zaman tu lagi menarik, kalau menang boleh dapat sampai satu dozen air botol , air kotak atau air tin. Kalau kalah, ko masih boleh dapat sekotak air kotak.  Selalunya kalau ayah bawa aku dan adik adik ke pesta, kami pasti akan bawa balik macam -macam jenis air minuman dan makanan ringan.Itu akan menjadi kebanggaan buat berminggu-minggu untuk di ceritakan pada kengkawan di sekolah.. hahahaha..  Sekarang hanya ada patung beruang, key chin , dan mainan kawalan jauh. Belum tentu balik boleh main semua tu.
Jadi disebabkan kami banyak menghabiskan masa di pesta, kami sampai di hotel untuk berehat dah hampir jam 11 malam. Maka kami pun masuk parking di tempat asal semasa check in tadi.. nun jauh di court badminton/tenis tuh. Sambil Usung air mineral dan makanan ringan, melangkah gagah menuju ke pintu di bahagian laluan tepi hotel . Sekali kunci daaa... adoila... jauhnya  nak menapak ke pintu hadapan di bahagian receptionis. Dah la tadi berkawad di tempat pesta , ni kena buat lawatan tapak hotel pula.. dari belakang tawaf ke hadapan.. nasib ko la nak... 
Keesokannya kami check out pada jam 12.00 tengah hari dan meneruskan sesi lawatan ke Pulau Bunting Yan kedah. Ok..berjumpa di hujung jambatan Pulau Bunting pula nanti... sekian lah yer...

No comments:

Nufnang