Thursday, January 13, 2011

NONA ROGUY vs SENDAYU TINGGI



Haaa...ni satu lagi bab penting semasa berpantang. Aku agak keciwi gak bab ni. Apabila aku disahkan mengandung..benda pertama yang aku servey adalah penjagaan semasa berpantang. Sebab utamanya...mudah untuk aku kumpul duit dan beli ubat yang aku nak.Selepas puas aku servey kat tenet ni..dan bertanya pada rakan-rakan..akhirnya aku memilih Nona Roguy (NR).

Semasa melahirkan Anak sulung..aku gunakan set Sendayu Tinggi (ST), Sebab utama aku memilih ST kerana melihat hasil penurunan berat badan yang begitu banyak. Cara pengambilan ubatnya pula takla terlalu menyusahkan.Semua dalam bentuk pil. Sebelum aku mengandungkan Danish..berat aku sekitar 48KG..dan semasa aku 'melaporkan' diri di hospital jumlah berat aku amat mengkagumkan iaitu 69KG. Aku memang benar-benar berjaya mengembangkan badan. Peningkatan adalah sebanyak 21KG. Apabila Danish disahkan sembuh dari Demam kuning, baru aku mula makan segala pil ST tu. Bilangan pil yang perlu diambil agak banyak juga...tapi aku tak la mengikut bilangan yang ditetapkan. Sebab utamanya badan aku tak dapat menahan kesan panas dari ubat tersebut.Begitu juga dengan Danish..sebab dia minum susu aku. Dari segi pengeluaran susu pula..memang ok.Alhamdulillah..susu banyak.Selepas aku habis berpantang, berat aku kembali kepada 50KG. Maknanya aku berjaya menanggalkan 19KG dari badan ni dalam masa 2bulan. Jadi..Produk ST ni memang boleh menurunkan berat badan..cuma agak panas bagi aku. Untuk orang lain mungkin ok sahaja, sebab body setiap orang berbeza.

Untuk anak kedua..aku menggunakan Nona Roguy (NR). Produk NR adalah dalam bentuk pil dan uncang untuk direbus. Bagi aku, kaedah pengambilan NR juga mudah..makan selepas sarapan pagi..bilangan pil bergantung kepada kesesuaian pengguna. Pek uncang pula ada dua jenis..satu untuk direbus dan diminum bersama madu.Rasanya sedap..macam teh ja..puas hati sangat sebab proses pembuangan angin dari badan amat mudah.Baby juga sentiasa membuang angin. Masalah kembung perut agak kurang la. Satu uncang lagi adalah untuk cuci tempat luka atau dicampur dengan daun inai dan lain-lain daun dibuat air mandian. Produk NR juga ada lulur,krim barut dan minyak utk urut. Ok..semasa aku disahkan mengandung..berat aku 58KG..heheh..dah gumuk. Last semasa masuk wad berat aku amat mengkagumkan, iaitu 72 KG. Peningkatan sebanyak 14KG.Fuhhh semangat...memang makan tak ingat dunia. So..selepas habis tempoh berpantang..berat aku tinggal 54KG. Penurunan sebanyak 18 KG. Yang bestnya...berat aku kurang dari sebelum mengandung. Sehingga harini aku masih mengambil produk NR iaitu PHYTONATAL. Semoga berat aku terus turun lagi sehingga sekurang-kurangnya 50KG (suami aku nak 48KG...hishhh...boleh ker ni?).

Selain ubat-ubatan ni..cara pengambilan makanan dalam tempoh berpantang juga kena jagala.Tak boleh nak mengharap pada ubat 100%. Amalan mengurut, bertungku dan berbarut juga penting.Disebabkan kali ni aku bersalin normal..maka dapatlah aku merasai semua tu sepenuhnya. Tapi sebenarnya penat juga nak bertungku ni..mak aku bagi aku bertungku 4 kali sehari. Fuhh...memang mencabar. Aku pernah tertidur masa bertungku di awal pagi ..hahahhaha...melecur perut.Nanti aku buat coretan pengalaman di dalam proses berpantang pula.

Tulisan aku kat atas tu cuma pengalaman peribadi aku ja. Jangan pula korang jadikan rujukan pula..sekadar bahan bacaan pengalaman dahla ya.Sebabnya setiap orang berbeza..jadi..kesan setiap ubat juga berbeza.Apapunn..kedua-dua jenis ubat tu ok..memang boleh turunkan berat badan dan buatkan badan segar semasa berpantang. Bila kita segar dan sihat..proses berpantang akan menjadi lebih mudah.Baby pun senang nak kita jaga. Satu lagi..nasihat dan petua orang-orang tua jangan kita abaikan.yang ada logiknya..elokla kita pegang..selagi tak memudaratkan.Semua tu utk kebaikan kita juga.Untuk kerukunan rumah tangga.Kalau kita tak jaga body sendiri..sapa mau jaga beb...Sesilap suami tau komen ja..So..sesamala kita menjaga apa yg boleh.Kepada suami-suami pula..kalau nak tengok isteri tetap mengancam dan cun..jangan kedekut kuarkan modal ya..Hasilnya..sendiri yg rasa juga.

7 comments:

OrYzAsAtIvA01_4e said...

betul tu babe.. aku dulu pun penah guna ST gak.. tak tahan panas.. so mmg dok plan kali ni nk guna NR.. cuma tgh survey harga menarik dari pekedai/penjual

Anonymous said...

salam, sy ina.. bersalin anak yg p1, awak czer kan, so xde kesan ke mkn pil2 dr ST?

mela said...

oryzasativa...aha..nampaknya kita memang tak tahan kesan panas ST..tryla NR..memang OK..saya beli on line sebab harga lebih murah..

mela said...

annymous..soryla..lambat baca komen .. kesan memula yg saya rasa ubat tu agak panas la..yang lain ok saja..kalau body dapat bertahan..insyaalah..pasti ok.

Unknown said...

salam sy nk tnye produk NR ok x? before pregy brat dlm 48 macam awak..da pregy 5bln ni,naik 54..rsa mcm nk naik lagi je sbb sy kuat mkn..hihi..sgt2 x ssuai ngn ktngian yg x bpe nk tggi ni..48 da kira prefect..
2la...now tgh serabut pk nk krus jgk lps beslin...xnk la br branak 1..bdn da mcm pau..2 yg skg tgh search kat google ni produk NR vs ST...mne lbh cpt brksan..

mela said...

Anne Ahmad.. sampai hari ni..saya masih mengamalkan produk NR iaitu Phytonatal.. Berat semasa habis berpantang 53 kg..dan slps hampir 3 tahun..naik 1 kg.. sebabnya saya makan ikut sedap... kalau anne boleh berdisiplin dari masa berpantang..insyaallah.. mesti berat akan kembali ok..jgn susah hati..

lenn0n said...

minta izin tuan tanah nak tumpang lalu... terbaca blog ni duk citer sal NR... sekadar nak share kalu sape2 yang rase cam berminat ngan produk ni saya bole supply... kalu area kl bole delivery skali... contact no 012-3213546 (haniff)... harga special bole bincang nanti... :)

Nufnang