Thursday, May 31, 2012

Sun Set Beach Resort Langkawi

Disebabkan sekarang musim cuti sekolah..teringin pula aku nak update senarai hotel-hotel yg pernah aku duduk dan sedikit sinopsis ringkas yg masih aku ingat berkenaan tempat tersebut. Semoga boleh memberi info sedikit sebanyak buat sahabat-sahabat yg ingin menginap di tempat yang sama.

Ini adalah bilik Sunset I .
Kalau pasangan cuma 2 orang..memang sesuai sangat.
Biliknya agak kecil.Tapi kalau ada anak-anak..fuh..memang sesak sikit.
Walau bagai mana pun..biliknya cantik.
Di sini suasananya adalah suasana Bali.
Bilik terletak kat atas pasir ja..
Pantainya pula tersendiri..maknanya ..tak ramai org luar yg lepak kat pantai..cuma penghuni hotel
Sun Set dan resort yg disebelahnya sahaja.
Ni pula adalah laluan untuk ke pantai dan Cafe resort.
Cafenya simple dan berkonsep santai. Dari dalam cafeterianya kita boleh nampak
laut yg terbentang luas..memang amat-amat cantik.

Lupa pula nak bagitau..Sun set ni terletak di pantai Chenang. Dekat dengan
Underwater world dan amat mudah nak mencari makanan luar di sekitarnya. Kiranya kawasan ni
memang kawasan yg menjadi pilihan pelancong.
Aku dah dua kali menginap di sini..rasanya kalau ada rezeki lagi.. Sun set
akan menjadi pilihan utama aku.
 Ini pula Sun Set III.
 Bilik ni memang luas.. dan ada 1 katil Queen , 1 katil single.
Katil single terletak kat bawah katil queen tu.. tarikja hujung katil bawah tu..haa..
Jadi kalau korang ada dua anak yg masih kecil..bilik ni memang sesuai.
kalau anak dah besar pun still boleh..mintala tambahan katil.
Cuma 1 ja yg aku tak tahan..bilik ni dipenuhi pasir kat atas lantainya.
Manakan tidak... anak aku asyik ulang keluar masuk..kat luar dah la pasir.. macam nak pinjam penyapu makcik cleaner sehari dua.
Ini adalah tandas bagi bilik Sun set III. Memang amat-amat cantik.aku tergoda pada designnya.
Rasa cam nak lepak lama-lama sikit lam tandas.


Untuk ke pantainya pula..tak yah susah-susah.. apabila korang gi makan kat cafe..memang dah menghadap laut pun.Lepas sarapan.. boleh terus terjun laut. Nak berkubang dalam pasir pun ok.
Berdasarkan pendapat kawan-kawan aku yg pernah datang sini.. semuanya cakap akan datang lagi.
Cuma kena booking awal ya. Kalau lambat..Jadi la macam dua org sahabat aku tu..gigit jari la jawabnya.
Semoga pengalaman aku ni memberikan sedikit info buat korang nak cari hotel sekitar langkawi..nanti aku update holet lain pula kat langkawi nih.
Klik Sini utk ke Web Sun Set


Mari Membaca - Edisi seterusnyaa..

Ok.. untuk mata pelajaran seterusnya adalah tubuh badan anda. Firas ( menggelarkan dirinya baby ) dah berusia   1 Tahun 6 bulan. Sedikit sebanyak dia dah dapat mengingat bahagian tubuhnya. Ini adalah antara yang dia ingat dan tak ingat. Sebutanya pula kekadang membuatkan kening aku berkerut sebab cuba memahami apa yg dikatakannya.


JIE JIE 

 NYUM NYUM
 walaupun aku cakap lidah..dia cakap nyum-nyum.. sebab dia guna utk makan..

ANGANN


 ANGAN


 CHUCHU

 AKIE

 AMUTT

 ATAA

 EINGAA

 EIDUNGG

 UUYUT

BABY
Firas..ini pipi..bukan baby...
BABYY..bu..Baby...sambil menekan jari kat gambar tu.
bukan...PIPI....( ibu sedang bertekak ngn budak 1 tahun )
BABY...ibu...BABY.... Firas tetap menjawab dengan yakin.
Oklah..baby.. ( ibu dah malas nak lawan )

Monday, May 21, 2012

Makanan kegemaran En. Suami di kala bosan makan nasi.. heheheh...

 Kat dalam peti sejuk kami memang selalu ada bahan-bahan ni. En.suami jarang makan nasi pd waktu mlm..katanya siang dah makan nasi..jadi malam-malam nak makan selain nasi.

Bila teringin nak makan benda ni..aku kasi oder ja..
kalau aku masak benda ni..aku rasa tak sedap sangat..
kena en hubby juga yg buat..baru sedapppp..
Bahan utama cuma daging beger.. telur ayam.. cheese ..nuggets..kacang panggang..seasoning
Lada sulah dan sedikit sos.
Memula masak daging beger ( letak seasoning sikit ) dan nuggets kasi masak .
Lepas tu angkat dan asingkan.
Pecahkan telur ( aku suka telur kuning separuh masak ) , susun daging beger dan nuggets kat atas telur tu.
Letak kacang panggang, cheese dan sedikit lada sulah..
Siap dihidangkan..bersama sedikit sos.
Fuh..memang sedap..

Thursday, May 10, 2012

Travelog Cinta Abadi - Roza Roslan

 Sesungguhnya  terus terang aku cakap..aku memang tak pernah mendengar nama penulis ni Roza Roslan. Tetapi perkara pertama yang membuatkan aku tertarik untuk membeli buku ini adalah kerana covernya yang amat cantik. Bunga Ros ni benar-benar nampak hidup. Alasan kedua adalah kerana aku sukakan novel travelog dan harganya pun amat berpatutan dengan bilangan muka suratnya sebanyak 271 ms.
Buku ini berkaitan dengan kisah perjalanan hidup penulis yang dilahirkan sekitar tahun 70an. Jadi bagi aku yang dilahirkan sekitar tahun 80an, ianya adalah sesuatu yang menarik. Membacanya membuatkan aku tersenyum dan adakalanya bergenang air mata apabila merasai apa yg dirasai oleh penulis .
Antaranya penulis menceritakan bahawa
dia berasa amat berang apabila mengetahui kutu mula mendiami kepalanya. Gatal yang mengganggu, namun disebalik kisah kutu tersebut, Allah menganugerahkan sesuatu yang lain buatnya. Sentuhan seorang ibu yg telah sekian lama dirindui, membelai kepalanya dengan alasan untuk mencari kutu. Nikmatnya tidak dapat dilafazkan. Sesungguhnya kesibukan ibunya membesarkan adik-adik yg ramai membuatkannya kurang menyentuh si anak yg semakin membesar.Apabila kutu telah habis dikepalanya..penulis membayangkan utk mencari benih kutu baru dan biarkan ianya membiak dikepalanya. Tujuannya hanya satu..agar ibunya dapat membelai kepalanya selalu.
Pelbagai lagi kisah menarik yg dilalui oleh penulis dan kita boleh ambil sebagai tauladan. sesungguhnya setiap kejadian yg Allah jadikan pasti bersebab dan janganlah kita menyalahkan takdir.
Aku suka buku ni. I like.Cepat cari keyy..


Wednesday, May 9, 2012

Adik pun nak pi sekolah Juga...

 Pagi tadi Pukul 5.20pg dia dah bangun.. teman ibu bersahur.
Aku makan..dia pun makan...pastu bising.. " edas .. esss....edas....ayer..ayer... "
Ha..itula..ibu cakap pedas tak caya..nak juga..
 Perasan tak..stokin cuma ada kat sebelah kaki saja. Firas memang pantang jumpa stokin
Pasti dia nak pakai. Aku pula tak berani nak pakai kan kedua-dua belah kaki..sebab licin sangat, nanti
tergolek pula mamat kecik ni.
 Setiap pagi, time abah dan abang sedang bersiap.. dia pun sibuk berdiri kat depan cermin.
" ikat..inyak..ikat ..ambut..ikat..." maksudnya..dia nak suh letak minyak dan sikat rambut dia sama.
So..pepagi..sebelum hantar ke rumah mak..Rambutnya siap kemas dan berminyak walaupun belum mandi. Hehehehe...
Beg kesayangan Firas. Kat dalam beg nih adalah buku-buku  kecilnya. Sebelum nih guna beg
barney..tapi dah koyak. Jadi abah belikan angry bird pula.


Monday, May 7, 2012

Anai - Anai... menyeranggggg ....arghhhh ! !!!!

Ala...Makcik anai-anai nih..simen pun korang nak 'gerit' ( gigit ) ka ?
Tempat letak komputer pun nak dikerjakannya. Habis isi dalam almari nih kena keluarkan.
Nasib segala album gambar kat dalam nih belum sempat dikendurikannya. Tetapi..kabel komputer kat belakang almari tu semuanya dah bersalut menjadi kediaman mewah si anai-anai.
Ini kediaman mewah yang dia buat kat dalam bilik tidur ketiga. Bilik nih takda penghuni..jadi..tanpa kebenaran tuan umah..dia yg sibuk nak jadi penyewa free kat sini. Maka..rosaklah almari solek aku 9 tahun yg lalu. Terpaksa diserahkan kepada sang api.. menangis dalam hati aku..Oh anai-anai..bertapa cepatnya korang bertindak.
Macam-macam corak yang ada.. Ini pun kat dalam bilik tidur ketiga
Sakitnya hati aku..

Sebagai membalas dendam..en Haffiz telah meletakkan racun anai-anai di sekitar rumah. Alamakk..busuk gila ubat tu.Patutla anai-anai lari..aku pun lari kalau macam tu punya bau.
Selepas letak ubat anai-anai..terpaksalah kami mengangkut segala jenis wangian pula.Sampai naik pening kepala kami anak-beranak.
Si anai-anai pula teramatlah sakit hatinya sebab kami menghalau mereka dari bilik tidur ke tiga ni..maka dia memilih pula Almari tempat letak komputer. Sedangkan komputer tu terletak di ruang tengah dan setiap malam kami menggunakannya.Maknanya selepas dua hari kami memusnahkan sarang utama mereka..terus mereka menyerang tempat lain pula.
Tanpa berfikir pjg...kami letak lagi racun anai-anai tu kat kwsn situ pula..Arghhh...busukk..
Anai-anai pun dah tak tahan...larila dia....
Seminggu kemudian... anai-anai menyerang stor lama umah mertua aku pula..Hehehee..ampun mak..kami tak sengaja menghalau anai-anai ke situ.
Jadi sekarang kami sentiasa berjaga-jaga..Segala jenis almari tidak diletakkan terlalu dekat dengan dinding. Kami pastikan ada ruang yg kami boleh nampak sekiranya ada anai-anak yg cuba-cuba menyewa kat situ.
Akhir kata buat anai-anai
" KALAU AKU NAMPAK LAGI MUKA KECIK KORANG TU !!!! JAGA !!! MAUT LA JAWABNYA !!!! HAHAHAHAHAHAH!!!!!  "

Nufnang