Thursday, September 26, 2019

MUZIUM KOTA KAYANG PERLIS 2019

Muzium Kota Kayang, sapa pernah sampai.. tolong angkat kening..pleasee..macam Ziana Zain..  aku pergi..tapi tak mampu nak angkat..tolak ngn jari boleh la... kening aku setia pada yg kiri dan kanan... kalau angkat sebelah..tetap kedua -dua melonjak naik sama. Nak buat macam kening Sin Chan pun tak boleh.. sebab kening dia tebal sangat. 
Entry Muzium Kota Kayang ni dah lama melepak kat draf. Jadi..entry ni pun dah jadi bahan sejarah.. 
Maka..sebelum ianya bertukar menjadi artifak reput, meh aku kongsikan serba sedikit tentang Muzium Kota Kayang.

Nota di bawah..aku cedok dari Web Muzium.
Muzium Kota Kayang merupakan sebuah muzium yang terletak di Perlis. Muzium Kota Kayang terletak bersekitaran Bukit Kayang, Bukit Lambong Panah, Bukit Jagat Hutang, Bukit Wai dan Bukit Menara dalam mukim Kayang iaitu berhampiran terusan buatan manusia yang tertua di Semenanjung.
Muzium Kota Kayang didirikan di kawasan yang dahulunya merupakan Tapak kota istana  tempat bersemayam keluarga diraja Kedah-Perlis. Ini adalah berdasarkan fakta tinggalan sejarah di sekitar kawasannya seperti Makam Sultan Dhiauddin Al-Mukarram Shah Ibni Al-Marhum Sultan Muhyiddin Mansur Shah. Bentuk bangunan muzium ini berasaskan kepada seni bina melayu dengan bumbung panjang rumah Perlis. Muzium ini telah dibuka untuk kunjungan pada bulan September 2001. Muzium Kota Kayang mempamerkan 400 koleksi di enam galeri iaitu Galeri Sejarah, Galeri arkeologi, Galeri Senjata, Galeri Kebudayaan, Galeri Diraja dan Galeri Menteri Besar.
Mula -mula..kena la tengok papan tanda dulu.. nanti sesat pula. Untuk makluman, tiada tiket dikenakan. Jadi..kalau dah sampai Perlis, bawalah anak-anak mai sat. Kalau sebelah pagi dengan petang..memang best.. kat belakang ni ada ruang yang luas... boleh anak-anak nak main aci ligan dengan mak dan pak.
Pandangan Muzium dari arah sisi. Jom..meh masuk meh.. Assalamualaikum.... tuan rumah.. kami mai nak minum aiyaq kopi ni... 

Batu Nisan 
Pak Cik.. tolong sikat rambut sikit boleh ? Rimas saya nampak.. Dia tak perasan gamakanya..sibuk nak buat barang tembaga kan..
Nama alat ni Tumbuk Lada .. Ko ada? kalau takda..jangan cakap banyak.. Ni semua senjata..jangan tanya aku apa gunanya. Kot ada yang jadi sambal berlada pulak haa...


Ini suasana di belakang Muzium... cantik aku habaq hang.. kemas dan bersih. Kami pi sini awal pagi, jadi suasanya nyaman... dikelilingi bukit . Semasa kami sampai, seekor monyet pun aku tak nampak. Tetapi aku tahu..kat sini ada monyet, ada yang jenis muka putih..berbulu hitam, ada jenis monyet biasa yang kita selalu nampak. Jadi aku pun gossipla ngn laki .. 'hati - hati abang, kita sedang diperhatikan...'
Telahan aku benar belaka, bila kami naik jer kereta..monyet-monyet tu turun dari pokok.... banyak ekor...rasanya lebih dari 20 ekor. Dari saiz baby hingga la yang saiz budak sekolah rendah tu. Maka, selama kami di sini, kami telah dijadikan bahan membawang oleh monyet - monyet yang memerhatikan kami dari atas pokok.. huh, sampai hati ko nyet. Bagi cili baru tau...
Ok..habis dah isu monyet.
Kalau buat photoshoot kat sini kompom cun. Laluan ni akan bawa korang melalui celahan batu-batu bukit. 

Laluan mendaki tadi akan membawa korang ke sini. Kubur wei.... Takpa..jangan risau, inilah makan di raja yang masih di jaga.

Hampa kenai dak apa benda ni ? . Meh aku nak habaq, benda ni geng petani guna. Masa zaman sebelum adanya mesin padi, traktor, kabota.. semua hal perlu di lakukan secara manual. Jadi..nak usung barang barang ke sawah, bukannya kerja mudah. Jadi alat ni digunakan untuk membawa alatan ke tengah sawah dengan di tarik oleh lembu atau kerbau.

Ni pula Tenggala. Kegunaannya..tolong baca sendiri kat bawah.. aku malas nak taip..


kegunaan benda ni.. hampa imagine sendiri la.. semua berkaitan pokok padi.. ada orang panggil pokok beras.. kekeke...

Alat untuk menumbuk emping. Kalau Emping pun tak tahu.. tanya pakcik google.

Besar la hidung kereta nih..

Banyak ilmu sebenarnya ..tak kisahla di Muzium mana sekali pun. Kenali asal usul kita, pasti jati diri akan bertambah. Sekali - sekala, bawalah anak -anak ke Muzium, kenali sejarah tanah air mereka tanamkan rasa bangga di dalam diri mereka, bagaimana asalnya kita sehingga berjaya berada di tahap hari ini. Orang yang tak kenal sejarah, sebenarnya kurang rasa sayang pada negara , kurang rasa tanggungjawab untuk menjaga atas segala usaha yang telah dilakukan oleh nenek moyang kita dahulu. Belajarlah dari sejarah, yang baik kita teruskan, yang mudarat kita elakkan. Oklah anak-anak sekalian, makcik nak undur diri dulu.. Ehh.. tetiba pula! kena sampuk ngn emo  makcik-makcik...

Meh akak nak tunjuk sarapan pagi akak pagi ni.. Pleasee..jgn kecam akak si makcik kampung yang sarapan dengan Cheese kek.. hahahaha...  

Kek Cheese RM 5.50 1 bekas. Cheese punyalah tahap leleh.. banyak sungguh..hinggakan akak dapat ilham dari perut..untuk cecah ngn biskut 4 segi.. hahahaha.. sedap weii.. Jadi..kek nya..tunggu untuk minum petang pulakk... Pergh... kalah auntie London weih...
Harap laki akak tak baca entry ni.. sebab akak cakap...kat ofice akak diet tahap makan bihun 25 urat je tengah hari... hehehehehe....

Ni aku bagi info , kalau -kalau nak buat lawatan berkumpulan ke sini..

LAWATAN BERPANDU

Lawatan berpandu diberi oleh sukarelawan Muzium berdasarkan jadual. Tempahan perlu dibuat terlebih dahulu untuk kumpulan & rombongan sekolah.
Sila hubungi 04-977 0027 (Isnin-Jumaat, 8.00pagi-5.00ptg) untuk sebarang pertanyaan atau emel kepada pr.mkk@jmm.gov.my.

Pegawai untuk dihubungi

En. Zaidi bin Harun (zaidi@jmm.gov.my)
Address: 
Al-Marhum Kayang, Kuala Perlis, 02000 Perlis
Tel: 
04-977 0027
Fax: 
04-978 2678
Email: 
pr.mkk@jmm.gov.my



Wednesday, August 21, 2019

BUKIT KAYU HITAM KEDAH- FREE DUTY JULAI 2019

Pada Bulan Mac 2016 aku pernah post , perjalanan aku ke Bukit Kayu Hitam  Kedah, kali ni, sekali lagi pada Jun 2019 kami sesaja ronda ke sini dengan tujuan nak cari makan. Niat asal nak makan di Changloon.. tapi kedai tutup..lajak terus sampai Bukit Kayu Hitam..dan boleh pulak terlajak sehingga ke sempadan, konon nak ke Free Duty.
  
Sebenarnya, kami laki bini terkejut.. Pintu sempadan di Bukit Kayu Hitam dah berubah.. sangat-sangat berubah. Jadi, kami ingat kami dah salah masuk jalan, tapi alang-alang dah sampai..kami redah jugala. Kalau pihak Imigresen tahan.. kompom kami kena halau balik Malaysia .. he..he..


Semasa kami sampai, cuaca mendung dan dah mula hujan... Inilah suasana di Pintu Sempadan Bukit Kayu Hitam Kedah.. Sangat luas dan 'gah'. Ni baru ada classs... Pintu sempadan antarabangsa...

Gambar di atas adalah pintu sempadan pada tahun 2016. Nampak uzur ja..  Tetapi sekarang.. dah mengancammmm..



Dulu aku pesan, kalau kengkawan semua hanya sekadar nak ke Free Duty, tak perlukan pasport ..hanya bawa IC ja dan lalu ikut lorong nombor 5 . Jadi untuk tahun 2019 , pesanan aku masih sama..bawa IC ja, tetapi laluan lorong no 5 dah tak ada.. masuk ja mana-mana laluan yang hijau. Di kaunter. tak perlu turun kenderaan .. hulurkan kepala korang ke luar tingkap.... kalau hampa leher macam zirafah okla... kalau leher spesis comel.. tak yah la gagah nak menghulur , buka cermin pemandu dan penumpang belakang, cakap kuat-kuat, saya nak ke Free Duty Cik... bagi sesiap IC Pemandu.. nanti Cik abang atau Cik kakak kat dalam kaunter tu akan jenguk-jenguk dan angguk-angguk.. ko balas angguk-angguk  dan senyum -senyum..sebab ko nak ke obersea.. diorang tersangkut kat atas sempadan jer... hahahahaha.. ok..mood merapu aku dah merasuk pulak. Maap ler yer..
Aku ingat kami dah sangkut kat situ tadi, sebab salah laluan, rupanya kami lepas.. hahahaha.. jadi..jomla... kita masuk 

Seperti biasa, laluan di penuhi lori kontena.Jalan baru wei.. masih bersinar..
Kawasan Free duty masih sama.. Selepas pemeriksaan di pintu sempadan tadi, belok kiri..dan terus ja.. masa ni jangan laju sagat, sebab takut terlajak simpang. Simpang ni terlindung oleh deretan lori kontena. Bagi yang biasa sampai sini, memang takda masalah. Bagi yang pertama kali nak datang, mungkin boleh terlajak.. dah kena u-turn pulak. Kat sini .. barangan masih sama seperti dulu.. Mee segera sangat banyak ..jenama dari malaysia dan Thailand (ada cop halal). Harga pun murah sikit dari pasaraya di Malaysia.Cokelat memang banyak..minyak wangi pun.. sangat menggoda.
Dah puas pusing kat dalam tu,perut pun minta di isi, kami kembali ke jalan yang benar. Tujuan utama nak makan , tapi selepas bertemu banyak simpang siur, kami telah tersalah arah...sesat di pangkal jalan.. keh..keh..keh..
Buka bonet cik..  Untuk yang baru kembali dari Thailand, memang pihak Imegresen dan Kastam cek dengan sepenuh hati... kami yang dari Free Duty nih, buka semua cermin dan diorang jenguk-jenguk. Tanya beli rokok ker bang ..? heee..tak.. kami beli janjan jer...
Dah sampai Malaysia... Luas dan cun.. lebih berprestij...haaa... betul ker eja cam tu ?
Akhirnya... Tujuan utama tercapai..
Kedai Redhza di Bukit Kayu hitam. Kedai ni sebelah Malaysia .. google jer.. dapatla mapnya nanti. Alhamdulillah.. makanan sedap.. harga pun berpatutan dan kedai pun bersihhh...


Friday, July 5, 2019

THE GURNEY RESORT HOTEL AND RESIDENCE PULAU PINANG

Inilah Hotel yang boleh melenyapkan keceriaan aku sekeluarga. Punah ..Frust.. Hampa.. syahdu...pilu.. bahulu.. Kueh Sepit inti cokelat + kacang sebalang please...

Sebulan aku bersabar.. tak nak marah marah di bulan Ramadhan yang mulia.. sebulan aku pendam isi hati , sehinggalah aku tiba- tiba mendapat tenaga lebih lepas terlebih makan ketupat daun palas bersama rendang ayam... slurppp... sedap tambah kalori.. Doktorr cakap hati aku banyak LEMAK !!!! Huwaa...sampai hati !!! Doktor  cakap hati aku..besarrr !!! ... Doktor tau kenapa hati sayer besar ?? sebabbb........... hati sayer...penuh kasih sayang.... huwaaa..... hahahahahaha... 

Sebelum aku memulakan edisi membawang.. Meh aku kenalkan Hotel ni pada hampa semua. Mungkin ada yang pernah lepak sini ...mungkin tak rasa seperti apa yang kami rasa. Jadi.. aku cuma ceritakan apa yang jadi.. bukan menokok tambah bagi  wangi tumisan bawang aku ni.
Aku ke sini selepas habis aktiviti menjamu mata di Design Village . Kami sampai sekitar jam 5.00 petang lebih. Waktu Check in di sini adalah jam 3.00 petang.. maknanya kami dah lewat 2 jam dari masa chek-in. Jadi aku rasa bagi sesiapa sahaja yang check in lewat, akan membayangkan bilik yang di tempah dah siap tersedia.. dah boleh masuk bilik dan golek-golek atas katil. Tetapi kami hampa.. Aku boking 4 bilik.. pada jam 5.00 petang..hanya sebuah bilik sahaja yang tersedia. Waaa.. rasa-rasa nak amuk tak ? . Kalau aku sahaja...ok lagi..tapi aku bawa mak dan ayah.. kategori warga emas.. tetiba bila aku tahu  bilik belum siap.. biji mata aku nak tersembul.. Haa.. tak caya aku boleh bertukar jadi hulk.
Masa ni la juga ada kejadian. sebuah keluarga india pun menerima nasib seperti kami. Mereka diberikan kunci bilik yang belum dikemas. Buka pintu bilik..nah ..bersepah ..haa..ambik kau.. Apalagi..dapatla aku tengok drama tamil kat situ. Ada sorang staf india .. maka siapla dia kena bambu.. rasanya dia sorang ja yang faham.. 3 orang staf lain entah darimana importnya. Hanya boleh berbahasa inggeris.  Ni pun masalah besar juga.. nak kerja di Malaysia.. tapi.. ko boleh cakap Inggeris ja.. bahasa lain porahh.. asyik cakap  "english please..english please.... ! " aku ketuk sekali..baru tahu ko nak pleaseee !!!
Disebabkan uncle india tu dah bertukar jadi Hulk..maka aku pun tetiba rasa nak undurkan diri dari kaunter tu. Lagi letih ayah dan mak aku tengok drama kat situ. Aku ambil ja kunci bilik yang pertama ..dan semua kami 10 orang..sumbat 1 bilik. 4 Orang lagi masih mencari bapa saudara aku yg tengah sesatkan dirinya di Pulau Pinang. Kasi dia makan angin dulu.
Apabila masuk bilik... langkah pertama..adalah buka bekalan yang diberikan oleh keluarga pihak perempuan tadi. Sedap wei.. nasib ada bekalan..kalau tak lagi merana ayah aku.. Kat kawasan ni agak sukar nak cari kedai makanan melayu. Harap maklum ya.

Untuk makluman semua, hotel ni ada 36 tingkat.. tetapi..lif ada 3 sahaja..dan hanya 2 lif dapat digunakan . Lif pula.. super sensitif, tak boleh berdiri di tengah ruangan..semua kena berdiri rapat ke dinding.. kalau tak..lif akan keluarkan isyarat penuh. Huh sakit sungguh ..

Selang 1 jam kemudian, aku turun ke kaunter..nak cek 3 bilik lagi dah siap atau belum.. Kerani kaunter dah bertukar orang... masalah pulakk... kena cerita dari awai.. penat makcik..letih..letih.. Pastu kerani tu kena cari pula kerani asal yg uruskan pendaftaran aku tadi. Hai... nasib aku dah kenyang..kalau idak.. aku boleh bertukar jadi zombie lapar tau..
Aku tunggu dalam 10 minit, akhirnya aku dapat 2 kunci bilik.1 lagi kunci diorang akan serah kat bilik aku . Naik ke atas dengan penuh semangat.. aku buka setiap bilik. Last..aku keciwa lagi..aku keciwaaaa....arghhhh..panas dah otak aku.. 1 bilik belum berkemas..dan satu bilik lagi tiada toiletries . Dah hampir pukul 7 malam..kami masih membuang masa. Sepatutnya waktu ni.. anak -anak aku dah boleh mandi kolam pun.
Bilik di sini memang luas. Bab keluasan memang aku puji. Tetapi bila dapat bilik yang belum di kemas.. mau hangin 1 badan. Aku call semula ke receptionis, minta diorang kemas cepat. Tak sampai 5 minit, staff diorang dah mula mengemas. Hanya seorang sahaja staf lelaki, aku tak pasti sama ada dari Bangladesh atau India, speaking pun ayat simple ja. Aku tanya dia..kenapa lambat ? dia cakap
 ' im alone , need to handle 3 lavel ' arrr.. camtula ayatnya lebih kurang..pastu buat muka sedih. Hotel ni ada 259 bilik. Jadi..kalau sorang cleaner nak handle  3 tingkat..pergh.. aku kesian la pula. Dia sambung lagi kat aku.. " management very bad !" . Pastu aku pun sambung..  "awat tak tukaq kerja ? " ...pastu dia mula angguk-angguk dan geleng-geleng.. ok.. aku blah..tak faham dah..dia setuju ka tak ??   hahaha.. aku tinggalkan si darah manis yg baru jadi tunang orang tadi kat situ. menunggu mamat tu mengemas. Kut cepat siap sikit kan..
Satu bilik lagi..siap kemas..tapi seperti yg aku kata.. tiada toiletries.. maka..atas rasa bersalah, sebab lambat gamaknya.. banyak set la pula dia bagi.. haa.. puasla berendam. Buang daki yg dah berkarat tu. Lebih kurang 30 minit menunggu, bilik yg tak berkemas tadi dah siap diganti cadar, vacum dan lap-lap apa yang patut. Maka.. adik aku yg menunggu tadi buat pengumuman.. Sebelum Minum pastikan gelas semua di cuci semula. Kata adik aku.. kain yang sama digunkan untuk mengelap meja, digunakan utk mengelap gelas. Air kat dalam gelas tu cuma di buang dan dilap saja.. hahaha.. gamak korang nak  minum? Jadi..aku memang dah praktikkan benda ni.. bila masuk ja bilik hotel.. masak air biar mendidih...pastu tuang semua kat dalam gelas yg ada kat dalam bilik tu. Maklumla..anak-anak kalau nak minum, memang ambil dan terus guna sahaja. Kalau boleh, beli air mineral untuk minum.. jangan guna air hotel.. Nak save budged.. bawa air bertapis dari rumah..senang. 

Bilik air ok..luas tetapi...ada cermin kat tepi thub mandi tu ha... hahahaha...

Ha... nampak tak tu.. cermin ajaib. Walaupun blind curtain tu di tutup..tapi masih ada ruang nak mengendap. Jadi sebelum masuk bilik air..dah warning anak - anak..jangan lepak dekat cermin tu ! bapanya saja yang dibenarkan berada di situ....hahahahahahaha.. Langkah selamat. ko off kan lampu. Mandi dalam cahaya lampu dari luar jer.. keh keh keh..
Satu lagi kelebihan kat sini.. bath thub tu..bersekali ngn jakuzi.. part ni memang best.. buat urutan air kan..cuma masalahnya..dalam gelap.. heee..
Masih lagi di dalam tandas

Simple sesangat....


Senja Nan Merah . View dari tingkat 16. Tapi guna kamera tipun jer. Harap Maklum..


Di The Gurney Resort..kami berjaya mencipta kenangan bersama. Iaitu turun ke Kolam mandi dengan menggunakan tangga. Kami di Tingkat 16, dengan rela hati menuju ke bawah di tingkat 7. Tak semua orang lalui apa yg kami lalui . Puncanya.. hampir 20 minit menunggu di hadapan pintu lif. Lambat yang amat..pastu setiap kali lif sampai, dah penuh..walaupun ko nampak masih ada rung kosong di tengah lif. Sakitnya jiwa dan raga. Lebih menambahkan kegembiraan kami, laluan bertangga tu langsung tak kemas. Ada tin kosong, ada perabot rosak , setahu aku, tangga adalah laluan kecemasan , sepatutnya tak boleh ada sebarang halangan . Aku tahu la..sebab aku kan ahli keselamatan pejabat.. wahh.. nak mendabik dada kejap. Harap lepas ni pihak hotel boleh memastikan laluan tu tidak terhalang. Cewahhh.. aku pesan untuk keselamatan semua. Nyawa bukan boleh dijual beli wei..

Akhirnya Atas semangat juang yang tinggi, kami sampai juga ke kolam mandi.. hip - hip  horeyy. Aku suka suasana di kolam mandi. Ada untuk kanak -kanak dan kolam dewasa. Jadi..untuk bahagian kolam. aku memang bagi 4 bintang. Sangat selesa dan bersih. Anak - anak aku dan anak-anak sedara..serta bapa -bapa dan bapa-bapa saudara kepada anak -anak saudara semua enjoi. Ibu-ibu dan ibu - ibu saudara jer yang frust sebab tak bawa baju mandi.. huwaa... kat sini nak mandi kena ikut undang -undang yer.. pakaian yang sesuai. Kalau pakai t shirt biasa.. sesilap kena suh keluar dari kolam..

Tergoda tengok ketenangan air kolam ni. 


Masih lagi di ruangan kolam mandi..


Pemandangan dari Tingkat 7 . Laut masih di tambak. Kalau lepak kat depan hotel, memang tak nampak laut.. 5 tahun lagi, pasti suasana di sini semakin berubah.
Suasana di Pagi hari.. 


Laut luas..

Jadi..kesimpulannya.. adakah aku akan kembali ke The Gurney Resort Hotel pulau Pinang ? Jawapan aku.. TIDAK . Cukuplah kenangan yang telah aku cipta disini. Pengalaman dapat bilik pada jam 8.00 malam.. Pengalaman Lif yang sangat -sangat sensitif, Staf yang tidak mesra pelanggan , dan aku memang tak rasa nak lepak sini lagi.
Cuma dari sudut positif,  bilik memang luas , Kolam mandi yang luas , cantik dan nampak bersih. Kolam yang sesuai untuk kanak -kanak .
Opss.. ada satu lagi yang negatif, kami parking kereta di tempat parking bertingkat belakang hotel. Kat sini memang kena caj, tapi jangan risau .. sebelum check out, boleh klim semula bayaran di kaunter receptionis. Masalahnya, dari parking, nak turun ke ruang legar, kena guna tangga. Semua lif di sini tak berfungsi. Aku tak pasti sama ada rosak atau sengaja tak nak bagi orang guna. Jadi kami terpaksa bawa beg baju turun menggunakan tangga. Argh.. tangga lagi. Buat warga emas ..memang memenatkan.
Jadi, banyak sebab untuk aku tidak kembali ke sini. Di harapkan akan ada perubahan yang dilakukan oleh pihak pengurusan. 
Jadi, sekian ulasan terlewat dari aku.. Nanti sambung ulasan di IKEA batu Kawan Pulakkk.. tata..

Nufnang