Friday, March 25, 2011

Anugerah kecemerlangan..Tahniah.



Untuk adik akak..Tahniah ya..teruskan usaha dan ulang lagi kejayaan demi kejayaan. Bila sampai kat umah mak hari tu lepas keja..terus mak tunjuk surat ni. Senyum ja mak tunjuk surat ni kat kak. Kak dah agak..mesti kcik boleh dapat , tapi tak sangka pula akan dapat sekali dengan Anugerah kecemerlangan akedemik & kokurikulum .Lepas pikir kejap..baru ingat..kak chik suka sertai debate. Kalau acara sukan ..cuma landing atas katilja kan ? (peberet nih).
Jadi..terima kasihla sebab buat mak dan ayah gembira tengok hasil yang kak chik usaha kan selama ni. Akak pun tumpang gembira, dan pasti abg wi juga seronok cuma dia tak mau tunjuk ja (takut kak chik perasan la tu).
Sepatutnya pagi esok kak,abg apis,Danish,firas, mak,ayah & siti akan bertolak ke Sabak Bernam la..tetapi..ada aral pula melintang di tengah jalan..Danish exam minggu depan. Jadi..hancus la impian kak nak shoping dan makan angin..huwaaaa...nak ikut mak.Kak dah siap booking bilik kat HJ Dorani tuh, abg apis dah siap berangan nak mancing kat depan bilik kami tu..last-last cikgu nak buat peksa pulakk...adehh..Frust betoi..dah lama angan-angan nak pi sana. Takpala..semoga nanti masa kak chik Konvo kat UPM kak dapat gak pi sana. Semoga kak chik dapat mengulangi kejayaan yg sama.So akhir kata..Tahniah & tahniah.
p/s : soryla..ada kopi tertumpah atas kertas tu...masa mak bagi kat kak..dah ada kesan tu..ingat nak cuba cuci ngn clorox..tapi takut pula luntur tulisan tu.so biarkan jela yaa...

Thursday, March 24, 2011

Manik Konvo


klik gambar untuk lagi jelas

Terlebih dahulu..aku kena refresh otak kejap..rasa dah lama tak menulis. Sibuk pulak 2/3 hari ni..maklumla..jiran sebelah meja aku takda sekarang ni..jadi..ada kerja lebih sikit yg perlu aku lakukan.Di tambah pula dgn permintaan Bos yg nak aku install MAP INFO pada semua PC teknition . Puas la aku mencari CD dan minta tolong dari cawangan lain tentang kaedah pemasangan nih. So terima kasihla pada cawangan-cawangan JPPH yg bertuah diganggu oleh aku. Alhamdulillah, aku dah berjaya dapatkan CD Map Info V10.0 dari JPPH Alor Setar. Aku dapat petang kemarin dan aku terus cuba buat pemasangan dan aku berjaya. Sebelum nih aku cuba pasang guna V9.0..tapi ada masalah.Bila dapat Version 10 nih..simple la.Jadi pemasangan pada semua PC belum selesai..aku perlu bahagikan masa tuk kerja lain sama. Kes STPH yg perlu dihantar ke LHDN pun selalu menimbun kat meja aku ni.Masalah kes yg tak sampai ke Pinjaman Perumahan pun sedikit sebanyak menggangu kerja hakiki aku. Tapi dahpun dinamakan tugas..maka..buatla sebaik yg mungkin.
ok..gambar kat atas tu adalah gambar baju Wanie..yeyyeyey..wani..kak dah letak gambaq kat sini ya. Dah lama sebenaqnya aku tak jahit manik ni..sebaik disahkan mengandung..aku ditimpa penyakit malas..jadi ini adalah hasil pertama setelah habis berpantang. Baju ni adik aku nak pakai ke Konvo ..dan dia nak yg simple jaa..so inilah hasilnya..taraa..hope Cik Melawani suka ya..

Wednesday, March 16, 2011

Audit..AudiT..AuDit !!!

Harinih hari audit. Aku rasa jarang ada org yang suka bila terlibat di audit. Harini Audit teknikal..maknanya..kes-kes teknikal akan di chek dan dicari kesalahanya. Maka secara tak langsung..aku juga terlibat dalam kes ni. Aku berada di unit Pendaftaran dan IT. Di JPPH cawangan nih, aku tak melakukan kerja hakiki semata-mata.Kerja yg bukan hakiki pulak kekadang dah menjadi macam hakiki.Dulu di HQ aku hanya semata-mata menjaga alatan IT dan apa yg berkaitan dgnnya.Di cawangan tidak lagii... Jadi aku tersangkut di bahagian pendaftaran...Di unit pendaftaran..kami melaksankan pendaftaran dan membuka fail kes.Fail-fail tersebut perlu di minit setiap pergerakkannya. Aku memang lemah sikit bab minit -minit ni..sebabnya..semua perlu ikut step ,langkah dan kaedah yang betul. Aku pun hanya buat minit-minit ni apabila jiran sebelah meja aku ni tak cukup tangan nak membuka kes yang berpuluh dan beratus. Maka ..aku tak kisah untuk menolongnya..sebab..aku buat kerja tu tanpa perlu berfikir. Aku hanya ikut ja apa yg jiran aku lakukan.Jadi..sebab tu aku susah nak mengingat step yg betul untuk meminit fail-fail kes nih.
Dari segi pendaftaran pula..mungkin masalah akan timbul dari segi tarikh terima dan tarikh nilaian kes yang dinilai.Kalau di soal bab ni..aku ok sikit..sebab aku memang buat keja ni tiap hari. Satu lagi ialah tarikh kes keluar melebihi 24 jam dari tarikh kes siap. Haa..ini akan jadi pjg cerita juga nih..samada fail tak sampai di unit pentadbiran atau kes tersimpan terus..macam-macam leh jadi.
Jadi..takyah tulis pepanjang..aku nak duk dendiam kat kerusi nih.buat apa yg patut..sambil berdoa agar aku tak dipanggil masuk. So..selamat di audit.

Tuesday, March 15, 2011

Tiramisu untuk Hari Lahir MAK



Kemarin 14 mac 2011 genap umur mak aku 51 tahun. Alhamdulillah..mak masih sihat dan kuat.Doa kami kepada mak semoga sihat sentiasa dan dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki. Kami harap , kami adalah anak-anak mak yang mampu membahagiakan mak.
Setelah aku juga menjadi seorang ibu, baru aku benar-benar faham apa yang sebenarnya diinginkan oleh seorang ibu/emak/mummy atau apa-apa sahaja panggilannya. Setiap kali solat..apa yang terlafaz oleh aku adalah semoga Allah sentiasa melindungi anak-anak aku,murahkan rezeki, berikan kesihatan yg terbaik serta jadikanlah mereka anak yg menghormati kami sebagai kedua ibu bapa serta tunduk dan patuh pada setiap perintah Allah. Maka aku pasti..inilah juga antara doa yang sering emak pinta dari Maha Pencipta untuk kami adik beradik.Seorang ibu cukup kuat nalurinya..melihat air muka anak-anak dia telah tahu kami di dalam masalah.Kiranya pada kami masalah itu cuma sebesar nyamuk..tetapi emak memikirkannya seolah-olah masalah itu sebesar lalat gergasi. Jadi..emak akan bersedih hati memikirkan masalah yang dihadapi oleh kami. Emak..sekarang kami semua telah besar..dan alhamdulilah..kami bersyukur memiliki emak sebagai emak kami, jadi..emak janganlah terlalu bersusah hati kerana masalah yg dihadapi kami.Biarkan kami menempuh dugaan hidup ini dengan kasih sayang dari emak..cuma pinta kami..teruskan berdoa yang terbaik untuk kami.kerana sesungguhnya..doa emak adalah doa yang paling berkat untuk kami anak-anak emak. We all Love U mak. Muahhhh...

Monday, March 14, 2011

Firas di dera Danish

Firas dah cekap meniarap.laju ja dia berpusing.Nak pakaikan pampers pun dah payah. Semalam selepas aku tukarkan pampers..tetiba ja si Danish masuk bawa kopiah dan lebai dia punya. Katanya dia nak bagi adik pakai dan nak ambik gambar. Sesungguhnya..Danish dah cekap sesangat guna kamera HP aku nih. Walaupun adik-adik aku kata payah nak guna touch skrin neh..tapi Danish ok ja..siap tukar mode jadi video lagik. Nasibla memory phone aku nih 2G...memang bersepah dengan gambar dan video yg dia rakam.Kekadang aku pun nak tergelak tengok apa yg dirakamnya. Pantang dia nampak HP aku nih ..pasti akan dimanafaatkan HP ni selama mana aku tak bising.
Gambar kat atas tuh..semua Danish yg snap..aku jadi tukang pegang Firas ja dan tukang ejast songkok tu agar tak menutupi muka Firas. Yang si adik pula boleh terkekeh-kekeh ja bila si abang pakaikan dia dgn songkok tu. Dia cukup suka dengan abangnya..kalau dengar suara abang..pastu tertoleh-toleh mencari di mana abangnya. Suka sangat bila aku aku tengok danish pandai melayan adiknya.

Thursday, March 10, 2011

Firas di usia 4 bulan

Gambar yg aku ambil pagi tadi 10/03/2011

Malam ni tepat jam 10.36mlm genapla umur anak ibu 4 bulan. Cepat betul masa berlalu..seperti baru semalam ibu melalui detik-detik melahirkan Firas. Alhamdulillah..Firas memang anak yang mudah dijaga..mungkin semasa mengandungkan dia dulu aku lebih enjoy..relaks..dan gembira selalu. Semasa mengandungkan Danish dulu..segalanya bagaikan kejutan.Sebab aku tak sangka aku akan terus bunting pelamin, jadi memang persediaan mental dan fizikal tu kurang. Tetapi Firas pula adalah kandungan yang dirancang..ditunggu dan apabila disahkan mengandung..segalanya telah tersedia. Samada dari segi kewangan ,fizikal atau mental. Semasa mengandungkan Firas juga, setiap malam aku akan pastikan aku membaca Al-quran walaupn hanya dua muka surat. Semasa Danish dulu..aku baca juga..tetapi tidak setiap malam dan selalu berselang.Jadi..mungkin sedikit sebanyak ianya mempengaruhi Firas.Dua tiga harinih Firas memang sedang giat berlatih untuk meniarap..sampai nagis-nagis sebab dia geram dia tak boleh nak pusing badan.Semalam akhirnya dia berjaya juga meniarap..tetapi tgn yg kat bawah badan lak tak pandai nak ubah.Rasanya lagi 2/3 hari dia akan semakin cekap.Teruskan usaha ya sayang.. Doa untuk anak-anak ibu..semoga diberikan kesihatan yang terbaik , dimurahkan rezeki ,dijauhai dari sebarang mara bahaya dan jadilah anak yang soleh. Anak yang boleh mendoakan ibu dan abah apabila kami telah tiada nanti.Semoga Firas menjadi adik yang terbaik buat abang Danish yang sekian lama menanti kehadiran seorang adik. Sayang anak-anak ibu.Muahh...

Tuesday, March 8, 2011

Evening Primrose Oil




Akhirnya..aku kena ambil balik Primrose Oil ni. Dah lama aku berenti makan..tapi disebabkan beberapa minggu ni aku mula merasakan kelainan pada kulit dan rambut aku..maka aku harus kembali mengambilnya. Kebetulan ada less..beli dua kotak dapat PERCUMA sekotak.Jadi..aku angkutla dua kotak. Yang ni 1000mg punya. Kalau ikut label..aku kena ambil 1-2 biji sehari..tetapi disebabkan selepas sarapan aku dah ambil PHYTONATAL..maka selepas makan tengah hari aku ambil sebijik ja primrose ni. Hope dalam masa dua minggu akan datang akan ada perubahan pada kulit dan rambut aku. Primerose ni aku beli kat COSWAY. Takyah susah-susah ke kedai..cuma pesan kepada kawan aku ja. Lagipun yang ini ada cop halal juga.
Japgi pukul 2.30 ptg ada mesyuarat petang. Aku pasti, antara benda yg akan dibincangkan adalah hal kelewatan kes sampai ke tangan pegawai. Dan..yang akan dipersoalkan adalah di unit pendaftaran, unit Fail dan unit Pelan.Sure kejap lagi akan bising dan jadik panjang meeting ni. Masani lah segala hal mak nenek nak diungkit. Dan aku yg berada di unit IT & Pendaftaran pasti....akan bersama-sama merasai bahangnya.So...kita tunggu meeting kejap lagi ya.Ulasan lanjut akan diberikan kemudian.


Wednesday, March 2, 2011

Konvokesyen..Aku berjaya akhirnya..

Hahahahahah..akhirnya..sekali lagi aku ke majlis konvokesyen...Sibuk aku harini nak isi borang-borang ni haa..( isi borang jwpn ja )dan aku juga kena gi bayar duit untuk sewa jubah konvo. Tetapi..masa nak isi ni..risau pulak kalau-kalau aku tersalah isi nama.aku terletak nama aku sendiri baru best nih.Nampaknya masa konvokesyen nanti aku patut dapat sejambak bunga dari Wani. Sebabnya..ini majlis dia..tapi aku pulak yg kena buat. Haritu Hamid nak masuk poli..aku juga yang sibuk print itu ini..isi itu ini..huhh...takleh jadi ni.Masa si Mawi nak masuk keja..aku juga kena isi itu ini..dan..aku dapat janji manis dari dia..nak belanja aku makan Pizza..tapi hari ni..dia dah sah jawatan pun..dan dah berapa kali aku gi makan Pizza..tapi rasanya duit aku atau duit laki aku.Mana duit Mawi nih?Oh..adik-adik aku..lepas ni..mesti turn siti pulak. Aku dulu..wat sendiri tau..sebab budak-budak ni kecik lagi..kalau aku minta tolong diorang sure lagi susah hidup aku time tu.
Tapi..apapun..aku memang suka bila adik-adik aku minta tolong..sebabnya...aku ingat nak paw depa balik nanti.hahhahahahahah....takdala..aku buat semua ni sebab rasa tanggungjawab.Aku patut tolong apa yang boleh.Kesiankan...dahla duk jauh dari mak ayah..makan makanan kedai..(mak masak sedap tauuuu...padan muka hampa..hahahhhaahh...tersasul pulak cakap hal makan sedap nih). Aku bukan setakat kena buat benda nih..kekadang siap minta aku carikan nota tuk assigment diorang ( ada ka patut ?) .Kalau nota tu berkaitan ngn keja aku..ok juga..ini tidak..nota kuman-kuman pun nak suh aku .( akak tak main ngn kuman-kuman ni tau ).Ishhh..dah panjang pulak aku melalut. sebenarnya aku cuma nak ucap tahniah pada wani..moga terus sukses ya. Dan sebab nak raikan dia..aku pun nak ikut ke sabak bernam (aku tak sabaq nak pi shoping kat sg besaq )bukan nak sangat tengok dia kat atas stage tu..hahahahahahhahaha....
Buat adik-adik kepada kak yang baik ni...jaga diri leklok kat tempat orang..ingat..ampa semua bawa nama mak dan ayah bersama key..jadi jagalah nama keluarga. Kalau ada masalah..calling-caling la..kalau leh tolong insyaallah..kalau tak boleh pun akak tau..sure kena buat juga hehehehhe..but..I Love U ALL and miss u all ALWAYs.

Tuesday, March 1, 2011

Happy Birthday To My Love


Kemarin 28/02/2011 merupakan tarikh cukup umur 30 tahun En Suami. Beza Tarikh lahir kami cuma 6 hari. Aku tua 6 hari dari laki aku..hahahaha..aku tua dari dia..tapi aku rasa..aku kelihatan lebih muda dari dia (dengan rasa riak,takbur dan perasaaaan...abg jgn jeles na )hahahahhaha... Tapi apapun nampaknya kita dah semakin tua la. Umur dah 30 tahun..tapi anak baru dua..kalau orang dulu-dulu rasanya mau 3/4 orang anak dah semasa usia menjengah 30 tahun. Itu zaman dulu..zaman yang segalanya murah dan mudah. Zaman sekarang..kalau nak beranak, pertama sekali aku fikir..sapa nak mengasuh..kedua..kos sara hidup (insyaallah..cukup kalau pandai control kewangan) pastu..nanti hal persekolahan pulak, hal didikan anak-anak..maklumla..ibu & abah asyik keja..tak da masa yg panjang nak tunjuk ajar anak dan masa nak bemesra ngn anak pun kurang. Suami aku cukup bimbang hal dia tak dapat bagi kasih sayang secukupnya pada anak.Dia takut anak-anak tak diberi sepenuh perhatian. Oleh kerana itu..dia amat menitik beratkan hal jarak anak. Katanya jgn mengandung rapa-rapat sangat..nanti kurang kasih sayang anak-anak. Kalau ikut aku..aku memang suka anak ramai..tapi bila fikir balik..betul jugala kata laki aku tu. So abang..Doa mela untuk abang tahun ni..tetap sama seperti tahun-tahun lepas. Semoga abang terus menjadi suami & abah yang soleh , penyayang, bertanggungjawab, jujur dan segala-galanya yang terbaik buat kami. Kami sayang abang dan moga keluarga kita terus aman bahagia sehingga ke hujung nyawa.
Untuk birthday En abg kali ni aku tempah cupcake dari seorang sahabat. Aku amik cupcake vanilla filling satrawberi..Aku adalah pelanggannya yang pertama..jadi..sahabat aku nih memang agak risau kiranya cupcake yg disediakan tidak memenuhi citarasa. Ok...selepas aku makan..ianya tidaklah mengecewakan..bahkan sangat ok bagi seorang yang baru berjinak-jinak di dalam bidang ni. Cupcakenya tak terlalu manis sangat..ibu dan bapa mertua aku pun leh makan.Bila gigitan terkena pada bahagian intiinya..wahh..nikmat rasa.Bila dah tergigit intinya ..barulah terasa ada manisnya. So..kak ros..moga terus berjaya dan berjaya. Ni link Blog utamanya http://rosrusli.blogspot.com/ blog cupcakenya kat sini http://pink-patisserie.blogspot.com

Nufnang