Kemarin 28/02/2011 merupakan tarikh cukup umur 30 tahun En Suami. Beza Tarikh lahir kami cuma 6 hari. Aku tua 6 hari dari laki aku..hahahaha..aku tua dari dia..tapi aku rasa..aku kelihatan lebih muda dari dia (dengan rasa riak,takbur dan perasaaaan...abg jgn jeles na )hahahahhaha... Tapi apapun nampaknya kita dah semakin tua la. Umur dah 30 tahun..tapi anak baru dua..kalau orang dulu-dulu rasanya mau 3/4 orang anak dah semasa usia menjengah 30 tahun. Itu zaman dulu..zaman yang segalanya murah dan mudah. Zaman sekarang..kalau nak beranak, pertama sekali aku fikir..sapa nak mengasuh..kedua..kos sara hidup (insyaallah..cukup kalau pandai control kewangan) pastu..nanti hal persekolahan pulak, hal didikan anak-anak..maklumla..ibu & abah asyik keja..tak da masa yg panjang nak tunjuk ajar anak dan masa nak bemesra ngn anak pun kurang. Suami aku cukup bimbang hal dia tak dapat bagi kasih sayang secukupnya pada anak.Dia takut anak-anak tak diberi sepenuh perhatian. Oleh kerana itu..dia amat menitik beratkan hal jarak anak. Katanya jgn mengandung rapa-rapat sangat..nanti kurang kasih sayang anak-anak. Kalau ikut aku..aku memang suka anak ramai..tapi bila fikir balik..betul jugala kata laki aku tu. So abang..Doa mela untuk abang tahun ni..tetap sama seperti tahun-tahun lepas. Semoga abang terus menjadi suami & abah yang soleh , penyayang, bertanggungjawab, jujur dan segala-galanya yang terbaik buat kami. Kami sayang abang dan moga keluarga kita terus aman bahagia sehingga ke hujung nyawa.
Untuk birthday En abg kali ni aku tempah cupcake dari seorang sahabat. Aku amik cupcake vanilla filling satrawberi..Aku adalah pelanggannya yang pertama..jadi..sahabat aku nih memang agak risau kiranya cupcake yg disediakan tidak memenuhi citarasa. Ok...selepas aku makan..ianya tidaklah mengecewakan..bahkan sangat ok bagi seorang yang baru berjinak-jinak di dalam bidang ni. Cupcakenya tak terlalu manis sangat..ibu dan bapa mertua aku pun leh makan.Bila gigitan terkena pada bahagian intiinya..wahh..nikmat rasa.Bila dah tergigit intinya ..barulah terasa ada manisnya. So..kak ros..moga terus berjaya dan berjaya. Ni link Blog utamanya http://rosrusli.blogspot.com/ blog cupcakenya kat sini http://pink-patisserie.blogspot.com
2 comments:
wahhh, siap promote lagik...makaseh byk2 tau!
sesamaa...
Post a Comment