Thursday, March 10, 2011

Firas di usia 4 bulan

Gambar yg aku ambil pagi tadi 10/03/2011

Malam ni tepat jam 10.36mlm genapla umur anak ibu 4 bulan. Cepat betul masa berlalu..seperti baru semalam ibu melalui detik-detik melahirkan Firas. Alhamdulillah..Firas memang anak yang mudah dijaga..mungkin semasa mengandungkan dia dulu aku lebih enjoy..relaks..dan gembira selalu. Semasa mengandungkan Danish dulu..segalanya bagaikan kejutan.Sebab aku tak sangka aku akan terus bunting pelamin, jadi memang persediaan mental dan fizikal tu kurang. Tetapi Firas pula adalah kandungan yang dirancang..ditunggu dan apabila disahkan mengandung..segalanya telah tersedia. Samada dari segi kewangan ,fizikal atau mental. Semasa mengandungkan Firas juga, setiap malam aku akan pastikan aku membaca Al-quran walaupn hanya dua muka surat. Semasa Danish dulu..aku baca juga..tetapi tidak setiap malam dan selalu berselang.Jadi..mungkin sedikit sebanyak ianya mempengaruhi Firas.Dua tiga harinih Firas memang sedang giat berlatih untuk meniarap..sampai nagis-nagis sebab dia geram dia tak boleh nak pusing badan.Semalam akhirnya dia berjaya juga meniarap..tetapi tgn yg kat bawah badan lak tak pandai nak ubah.Rasanya lagi 2/3 hari dia akan semakin cekap.Teruskan usaha ya sayang.. Doa untuk anak-anak ibu..semoga diberikan kesihatan yang terbaik , dimurahkan rezeki ,dijauhai dari sebarang mara bahaya dan jadilah anak yang soleh. Anak yang boleh mendoakan ibu dan abah apabila kami telah tiada nanti.Semoga Firas menjadi adik yang terbaik buat abang Danish yang sekian lama menanti kehadiran seorang adik. Sayang anak-anak ibu.Muahh...

No comments:

Nufnang