Wednesday, March 16, 2011

Audit..AudiT..AuDit !!!

Harinih hari audit. Aku rasa jarang ada org yang suka bila terlibat di audit. Harini Audit teknikal..maknanya..kes-kes teknikal akan di chek dan dicari kesalahanya. Maka secara tak langsung..aku juga terlibat dalam kes ni. Aku berada di unit Pendaftaran dan IT. Di JPPH cawangan nih, aku tak melakukan kerja hakiki semata-mata.Kerja yg bukan hakiki pulak kekadang dah menjadi macam hakiki.Dulu di HQ aku hanya semata-mata menjaga alatan IT dan apa yg berkaitan dgnnya.Di cawangan tidak lagii... Jadi aku tersangkut di bahagian pendaftaran...Di unit pendaftaran..kami melaksankan pendaftaran dan membuka fail kes.Fail-fail tersebut perlu di minit setiap pergerakkannya. Aku memang lemah sikit bab minit -minit ni..sebabnya..semua perlu ikut step ,langkah dan kaedah yang betul. Aku pun hanya buat minit-minit ni apabila jiran sebelah meja aku ni tak cukup tangan nak membuka kes yang berpuluh dan beratus. Maka ..aku tak kisah untuk menolongnya..sebab..aku buat kerja tu tanpa perlu berfikir. Aku hanya ikut ja apa yg jiran aku lakukan.Jadi..sebab tu aku susah nak mengingat step yg betul untuk meminit fail-fail kes nih.
Dari segi pendaftaran pula..mungkin masalah akan timbul dari segi tarikh terima dan tarikh nilaian kes yang dinilai.Kalau di soal bab ni..aku ok sikit..sebab aku memang buat keja ni tiap hari. Satu lagi ialah tarikh kes keluar melebihi 24 jam dari tarikh kes siap. Haa..ini akan jadi pjg cerita juga nih..samada fail tak sampai di unit pentadbiran atau kes tersimpan terus..macam-macam leh jadi.
Jadi..takyah tulis pepanjang..aku nak duk dendiam kat kerusi nih.buat apa yg patut..sambil berdoa agar aku tak dipanggil masuk. So..selamat di audit.

1 comment:

mela said...

baru ja aku habis taip menda ni..terus DIA kuar dan cari org daftar kes.Hampessss betui..heheheh..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...