Tuesday, May 18, 2010

Kad Hari Guru dari Danish

Tulisan Anak Teruna aku..

yess..dah siap pun

Sedang kusyuk menghias
Jeng-jeng-jeng..kad Khas dari Danish untuk cikgu Masniah dan pembantu guru..kak Ros. Idea untuk semua gambar kad atas kad tu adalah idea Danish..cuma hiasan tepi kad dan tulisan SELAMAT HARI GURU tu ja dari aku.yang lain..atas usaha dia sendiri melukis, mewarna dan lekatkan kat atas kad tu.
Sehari suntuk juga kami mengerjakan kad ni..sampai lenguh pinggang aku.Lepas Danish dah siap tulis semua..aku kena la buat sampul pula.Danish ada banyak idea nak dilukis tetapi dia rasa susah pulak nak lukis. Apa saja dia kata nak lekatkan kat atas kad tu..aku ikut sahaja.Biar dia rasa yakin untuk membuat keputusan atas kerja dia sendiri.Hasilnya..memang dia cukup gembira dengan apa yang diperolehi.Mungkin pagi ni cikgu dia akan tergelak besar melihat kad dari Danish.
Sebelum aku lupa..aku nak ucapkan Selamat menyambut Hari Guru buat semua sahabat -sahabat aku yang bergelar cikgu.Aku ada ramai sungguh sahabat yang menjadi cikgu.Tak mustahil suatu hari nanti..mereka akan menjadi guru kepada anak-anak aku pula.Semoga cikgu-cikgu semua berjaya mendidik anak bangsa menjadi pelapis negara yg cemerlang di dunia dan akhirat.Sesungguhnya jasa cikgu tak akan terbalas sampai bila-bila pun.
TERIMA KASIH CIKGU




2 comments:

Cheedah said...

hehe kreatifnyaaa danish...
taun depan buat birthday card utk mami cidah plak haha

mela said...

boleh-boleh..tapi dah lama la mami cedah tak mai jenguk anak angkat..apala....bawa dady bent sekali ya.

Nufnang