Friday, June 4, 2010

Kerusi Malas Rebutan

Gambar kerusi ni aku amik dari internet ja..tak sempat nak tangkap gambar kerusi sebenar kat umah. Sehari dua ni, Danish dah ada idea baru nak kacau tok ayah dia. Tok ayah baru beli kerusi malas ni untuk rehat-rehat dan tidur kejap di tengah hari. Tetapi si cucu ni pula dah mula nak amik alih kuasa hak milik Tok Ayah.Jadi di tengah hari yg panas..selepas balik sekolah..bermula lah era bertengkar dengan tok ayah siapa yang akan tidur kat atas kerusi tu.
Setelah puas bertekak..akhirnya kemenangan menjadi hak milik Tok ayah..hahahaaha...Danish pula..akan tunggu Tok ayah bangun..baru sampai Turn Danish nak lepak kat kerusi tu. Jadi..Danish memang tak puas hati.Macam-macam yang dirungutkan pada Tok(nenek)nya.Lepas tu..Tok pun memujukla..Tok kata,kita beli kerusi baru..Danish kata tak nak..nak kerusi tu juga.Ok, Tok kata lagi..takpa..Danish ambik kerusi tu..Tok beli kerusi baru bagi dekat Tok ayah..tapi Danish tetap juga tak setuju.Dia kata biar ada satu ja dalam umah. Laa...kalau camtu..jenuh la Danish nak berebut ngn tok ayah. Danish kata takpa..nanti dia boleh berkelai ngn Tok ayah lagi. Wooo...rupanya dia seronok berkelahi ngn tok ayah jelaa....Semakin besar, semakin banyak pula karenahnya. Nasib Tok ngn Tok ayah masih sihat nak melayan.Aku rasa, harini pun pasti benda ni berulang lagi.Nak tengok sapa pula yang menang.

No comments:

Nufnang