Alhamdulillah..petang kemarin aku gi scan dan membuat pemeriksaan rutin.Semuanya ok,cuma HB aku ja agak rendah.Dan kali ini aku telah mengetahui usia kandungan yang sebenarnya. Ikut pada scanning yang di jalankan usia kandungan ku dah 14 minggu 5 hari..maknanya dah 3 bulan lebih dan menghampiri 4 bulan.Sekiranya kiraan ini tepat..aku dijangka bersalin pada 10/11/10..sempatla aku makan kueh raya sepuas hati.
Pengalaman ke Kilinik ibu-ibu mengandung petang kemarin agak memenatkan juga.Aku sampai di klinik lebih kurang jam 2.50 petang..semasa pendaftaran..ok..cepat dan pantas.Kemudian, aku terus ke bahagian ibu mengandung..pemeriksaan pertama..tentulah cek tekanan darah dan berat..ok..pantas..kemudian..ambil darah. Bab ni yg aku lemah sikit ni..tiap bulan darah aku di ambil dekat lengan ni.Sakit juga..masuk ni dah 3 kali ..2 kali kat sebelah kanan..sekali kat sebelah kiri.Nasib nurse yg amik tu lemah lembut..selamat sikit.Kat sini pun ok..lepastu aku ke makmal pula..antar urine dan darah yg di ambil tadi..kat makmal ni..aku memang suka..cekap dan pantas..kejap ja duduk..dah siap.
Selepas selesai ambil keputusan di makmal..aku pun kembali ke bahagian ibu-ibu mengandung.Letak kad aku kat bilik pemeriksaan kandungan.Ha...kat sinila bermulanya era menunggu dengan perasaan penuh kebosanan.Mata aku asyik tengok jam kat dinding tu..semasa jarum jam menghampiri 4.30 petang..baru dengar nama aku di panggil.Fuhh..penat..kalau cek tekanan darah aku time ni..tentu tinggi sikit.Masuk kat bilik tu..macam biasa..nurse tanya..apa masalah aku..makan ubat tak?kenapa HB still rendah..hemm..maka aku pun jawabla apa yg patut.Nurse-nurse kat sini semuanya bagus-bagus.Dah mesra pengguna..tak macam dulu-dulu. Masa kat sini la aku dapat detac kenapa kat bilik ni slow sesangat. Kalau dulu...cek..terus tulis atas buku pink tu..tetapi..sekarang diaorang terus masukkan lam komputer.Guna program yg diselaraskan. Aku tengok diorang macam tak diberi latihan untuk menggunakan program tersebut. Masih tercari-cari dan tertanya-tanya apa yg patut di isi di ruangan yg disediakan.Lepastu..bila tak tahu..main redah ja..bila silap..kena ulang sekali lagi pengisian borang tu.Alahai..lambatnya.Tempoh masa utk cek kandungan tak sampai 10 minit pun.Masa yg di ambil utk isi sistem tu..hampir 30 minit.
Tunggu punya tunggu..dalam 4.55 ptg..baru aku dapat jumpa doktor.Masuk jumpa Dok ,kejap ja..sebab aku memang nak scan ja.Jadi..jam 5.05 minit lebih kurang..baru aku selesai semua dan boleh balik.Aku adalah orang kedua terakhir untuk hari itu.Kesian en Haffiz yg menunggu aku kat luar.Mesti dia telah bergurau-gurau dan bermesra-mesra dengan otak dan hatinya sebab letih menunggu aku. Tepat seperti dugaan aku..en.Hafiz dah memenuhkan masanya dengan termenung..layan tenet kat HP ..keluar beli air kat depan klinik.Nasib ada air..aku pun dah separuh kering.
Jadi..20/05 ni..iaitu minggu depan..sekali lagi aku kena scan.Untuk pengesahan.Hope kejadian ni tak berulang lagi minggu depan.
No comments:
Post a Comment