Tuesday, May 25, 2010

Cinta Sufi - Ramli Awang Murshid


Kegilaan aku pada buku tulisan Ramli Awang Murshid bukan lagi rahsia.Aku sentiasa menunggu tulisan beliau yang terbaru. Lebih menggila lagi , apabila aku mendapat tahu Ramli akan menyambung watak Laksaman Sunan atau nama sebenarnya Saifudin. Seorang pemuda yang berasal dari Tanah Rencong. Bagaikan sesuatu yang penting akan hadir dalam hidup aku apabila aku mengetahui akan kelahiran novel tersebut. Puas aku menunggu sehingga ianya dilancarkan.Kemudian..bermulalah episod aku cuba menjejakki buku tersebut kat Kangar ni..tetapi..susah maa.....Stok tak sampai ke sini lagi.Frustnya aku...kemudian..aku mencari di pameran buku di Dewan 2020..dengan harapan yang satu..cuma cinta Sufi yang aku cari..namun...buku tersebut telah habis di jual.....Frust lagi. Akhirnya rezeki menyebelahi aku apabila seorang teman akan ke KL.Maka kepadanya aku titipkan pesanan..( tetapi...lupa bagi duit la pula ) carikan aku Cinta Sufi.Alhamdulillahh...akhirnya..buku tersebut berada jua dalam genggaman ku.

Dengan sepenuh jiwa aku menatap lampiran demi lampiran.Aku ingin cepat bertemu dengan Sunan,ingin mengetahui nasibnya yang seterus. Apakah masih ada peluang untuk dia bersama Haryani..sesungguhnya...jodoh Sunan bukan dengan Haryani..Sunan telah kembali ke Abad-15.Tiada lagi Haryani,Semuanya telah menjadi kenangan.Di hati Sunan cuma ada Penciptanya, Allah yang Esa dan kasih sayang pada arwah isterinya yg tercinta serta kasih Ibu yg sejati.

Namun..Sunan kali ini tidaklah segagah dulu..segala tenaganya telah hilang, akibat dari perjalananya merentasi masa ke abad -21 dan kembali semula ke abad-15.Pertembungan kali ini adalah musuh yg ingin menjajah Melaka.Portugis telah mula menyerang Kota Melaka pada tahun 1511.Ditakdirkan Sunan ditemui oleh seorang janda Pahlawan Portugis yg terbilang iaitu Catalina.Kedatangan Catalina ke tanah melayu cuma dengan 1 tujuan..mencari siapakah Mariam yg seringkali muncul di dalam mimpinya .Mariam yg ditemuinya sering mendendangkan sebuah lagu yg tidak pernah didengarinya..alunan yg menusuk kejiwa dan mampu membuat Catalina menangis.

Sunan menjadi hamba kepada Catalina..namun tetap menegaskan dia bukan Hamba kepada sesiapa..cuma hamba kepada Allah yg Esa.Kesabaran yg ditonjolkan oleh Suanan benar-benar membuatkan Catalina tertnya-tanya siapakah lelaki Ini? Rahsia siapa sebenarnya sunan akhirnya bocor apabila sunan diselamatkan oleh bangsa Polip.bangsa yg memiliki sayap dan juga mengakui Keesaaan Allah.

Setelah Sunan kembali memiliki tenaganya..dia kembali membantu Catalina mencari Mariam di hulu Melaka.Catalina telah dikhianati oleh bangsanya sendiri ,iaitu tentera Portugis yg sebenarnya telah membunuh suami kesayangannya.Maka dengan bantuan Sunan..Catalina dan pembantu setianya Renata (pengamal sihir) telah mengharungi perjalanan ke Hulu Melaka.Sepanjang perjalanan mereka sering diganggu oleh makhluk Allah yg tidak mengakui KeEsaan Allah.Musuh-musuh Sunan dan Wali sufi sentiasa mencari jalan untuk membunuh Sunan kerana pada anggapan mereka..Sunan adalah penghalang kepada usaha mereka untuk menyesatkan umat manusia.

Wahh...penjang la pulak...tapi tak abis lagi ni..kalau nak..beli sendiri la ya.Kalau tak pernah baca..cuba beli dari novel pertama..iaitu BAGAIKAN PUTERI, CINTA SANG RATU,HIJAB SANG PENCINTA & yg Last CINTA SUFI. Tapi aku harap..cinta sufi ada sambungnya .Aku masih tertanya-tanya..kemana Hang Tuah membawa Sunan dan adakah Catalina atau nama islamnya Mariam..berkahwin dengan Sunan ?.hemmm...tak puas aku membacanya sekali.Aku pasti akan mengulanginya lagi dan lagi.

Apapunn..Cahiyok Ramli Awang Murshid..Novel dia sentiasa lain dari yg lain.Love It.

No comments:

Nufnang