Wednesday, May 19, 2010

Alamak..misi mai umah la..

Pagi ahad lepas..dlm kul 10 pg..ketika aku sibuk membasuh dan sesungguhnya aku sibuk..tetiba..Assalamualaikum.... alahai..sapa la pulak mai umah mertua aku ni..? Dah la time ni tinggal aku dan Danish ja..en suami kuar beli makanan tuk tukang rumah..emak mertua sefamily plak dah pi umah kakak ipar aku kat sungai petani.Aku ni bukan kenal sangat org area sini..boleh di bilang dengan jari berapa orang ja yang aku kenai.Tak bermasyarakat ka aku ni?(hehhe..tak sempat la...Kebanyakannya ..kenal muka..tapi..tak tahu nak panggil apa)
Buka ja pintu..jeng..jeng...jeng...makcik misi la....Ish...terkedu kejap aku..bila masa pulak aku buat date ngn misi ni?Tak ingat la pulak aku...apapun..maniskan muka (walaupun sebenarnya rupa aku hudoh sungguh..panas beb ) Waalaikumussalam......(fikir kejap..apa aku nak cakap ye ). Tak sempat aku nak bersuara seterusnya..terus makcik misi sambung.."haaa..nasib wati ada..makcik maria datang ni nak buat lawatan ke rumah".Fuh selamat aku..dia dah bagi tau suh aku panggil apa kat dia. Yang bestnya..terus dia panggil aku Wati..alahai..ok jelah mak cik Maria..apapun boleh la..asal betul nama aku.
Maka selepas selesai sesi pembuka kata..maka..makcik misi pun memulakan operasinya.."haa..Wati pi ambil bantal..tidur kat sini..makcik nak cek" alamak..nak cek ker..maka..dengan muka penuh sopan.. aku menjawab.."oo..makcik duk sat na..saya nak pi tukar apa yang patut..rasa cam berbau pulak" (malu la pulak aku..dia dah nampak ropa menantu tok timah yg sangat sememeh ni).Sebenarnya...time makcik misi tu sampai..anak teruna aku baru lepas mandi..pastu melepak kat depan TV dengan hanya memakai tuala..jadi..lepas je dia nampak makcik misi tu..terus berlari masuk sembunyi di dalam bilik.Lepas tu banyak soal pula..nurse tu nak buat apa ibu?awat dia mai rumah?dia bawa apa dalam beg besar tu ?laa..tak terjawab pula aku.Jwpn aku bagi senang ja..nak cek baby ni...bukannya nak cek danish...."OOOO...kalau macam tu takpa la".Hem..sebenarnya dia risau kalau misi tu nak cek dia.Apala Danish...
Setengah jam kemudian..operasi selesai..maka..aku pun mengiringi makcik misi ke pintu...ramah betul la makcik misi ni..maklumla..dia sebenarnya jiran kami juga..cuma berselang 4 buah rumah dari klinik yg merangkap rumah dia juga.Tetapi..ini baru kali kedua aku bertentang mata dengan dia.First time jumpa..aku tak tahu pula dia adalah misi bagi area kg sg baru ni.Teruk sungguh aku ni.Ingatkan lepas tu makcik misi nak terus balik..dia melangkah ke rumah aku la pulak.."makcik nak tengok rumah watila..boleh?", ish..takan aku nak nak jawab tak boleh..tentula boleh saja..alahai..malu la pulak aku pada tukang umah,nasib tukang umah ada kat belakang..tak nampak la rupa sememeh aku ni.
Selepas puas meronda lam umah..bagi penerangan serba sikit..dia pun..dah penat gamaknya.. "oklah wati..makcik pergi dulu la..ada rumah lagi nak kena melawat"...haaa...akhirnya..
Apapun..aku bagi lima bintang la untuk makcik Maria.Misi yang best.Tahun depan..makcik Maria dah nak pencen..patutla banyak pengalamannya.Lepas tu Happy jer cerita hal umah dia katmelaka..dia dah ada angan-angan nak balik kampung lepas pencen nanti.Dah 29 tahun dia tinggal kat perlis..semasa bercakap..dia suka tersenyum,sampai aku pun terikut-ikut.Bagus la makcik Maria.Selamat menunggu hari pencen dengan sabar ya.

No comments:

Nufnang