Monday, May 10, 2010

Selamat Hari Ibu

Main Lekat ja

3 Love..utk adik,Ibu & abah


Cikgu tlg tulis

Alhamdulillah..tahun ini merupakan tahun ke 6 aku menyambut hari ibu.Dan buat pertama kalinya aku mendapat hadiah dari Danish.Tahun ini dia dah faham maksud hari ibu.Walaupun hadiah tu disediakan oleh pihak Pra Sekolah Sungai Baru..tetapi Hiasan tu..dilekatkan sediri oleh Danish.

Hari Jumaat lepas, bila aku sampai umah..terus dia ikut masuk dalam bilik.Sambil tu bawa hadiah....tuppawer.Aku ingatkan dia menang apa-apa kat sekolah..sebab kat dalam tupawer tu ada gula-gula dan sumi. Terus dia bagi pada aku "ni hadiah hari ibu untuk ibu, adik pelekat sediri love dan bunga tu".Heheheh...pastu dia siap pesan " ibu jangan isi makanan dan jangan bagi kena aiq, ibu isi gelang..keronsang..letak dalam bilik tiduq ja tau". Haaa..pjg juga pesanan dia..aku sempat cakap ok ja.Pastu dia sambung lagi "ni adik pelekat 3 Love, 1 love untuk ibu,1Love untuk abah dan 1 love lagi ni untuk adik". Alahai..shahdu la pulak.Okla...Ibu suka apa pun yang Danish bagi. Lepastu bermula la upacara memaksa aku makan gula-gula dan sumi kat dalam bekas tu.
Last sekali dia pesan pada aku..nanti masa hari guru..adik nak beli hadiah untuk cikgu pula.Laaa..dah siap pesan.
Untuk semua kengkawan..selamat Hari ibu..semoga kita menjadi isteri yg dibanggakan oleh suami..dan ibu yang dikasihi oleh anak-anak.Moga kita berjaya mendidik zuriat yg dikurniakan ini sehingga menjadi Umat Muhammad yg berjaya di dunia dan akhirat.

2 comments:

Ibu Ayra said...

bestnya bila anak dah pandai bagi hadiah...

danish, mana bleh panggey adik dah...kena panggey abg long tau...

mela said...

aha..best la kak ros.Itu la pasal..hal panggilan pada dia pun banyak alasan dia bagi.Katanya selagi tak ada baby..jgn panggil dia abang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...