Monday, June 7, 2010

Hasil bertengkar dgn Tok ayah


Haaaa.....inilah hasilnya kalau bertekak ngn Tok Ayah.Aku balik keja petang jumaat haritu..tengok anak aku sedang tidor baik punya atas kerusi malas.Yang bestnya..ada satu lagi kerusi baru. Rupanya..hasil amukkan danish , Tok dah minta Paklang kamal belikan 1 lagi yang baru untuk Danish.tetapi danish tak nak yang baru..dia kata tak cantik.Yang lama lagi lawa.Jadi..

yang baru bewarna biru , putih dan merah.. diserahkan kepada Tok ayah.Tiada lagi pertengkaran merebut kerusi malas.Danish buat kerja sekolah pun duduk atas kerusi malas. Dasyat betul penangan kerusi malas.Jadi..semenjak hari jumaat lepas..bolehla dua generasi tersebut berdamai dan tidur sebelah-menyebelah. Senang hati Tok Ayah nak berehat selepas penat berjuang di sawah.

No comments:

Nufnang