Ehem..ehem..akhirnya aku berjaya gak post aku punya masakan. Hahahaha..korang jgn tak percaya..percayalah... Sebenarnya..inilah masakan pertama aku di rumah baru setelah berpindah ke rumah sendiri. Alhamdulillah..sabtu lepas..pada 25 JUN 2011 kami empat beranak dapat juga merasa suasana rumah sendiri.Sebelum ni aku tinggal bersama mertua dari umur Danish 6 bulan..setelah dia berumur 7 tahun..barulah rumah kami berjaya disiapkan. punyalah lama nak buat umah..3 tahun rasanya..sebab terjadi macam tu ialah kami buat rumah dengan menggunakan duit simpanan dan juga tambahan dari pinjaman peribadi. Aku bersyukur sesangat sebab dianugerahkan keluarga mertua yang amat baik dan amat memahami. Semasa sebelum kawen..memang aku agak susah hati apabila membayangkan akan tinggal di rumah mertua..namun setelah aku sendiri lalui.. ianya tidaklah seperti yang sering digembar-gemburkan oleh sesetengah orang. Yang paling penting aku rasa ialah kena hormat kedua ibu bapa mertua seperti mana kita menghormati kedua ibu bapa kita.
Ok..kembali kepada menu di atas.. Spagethi ni sebenarnya adik aku si Wani yang tergedik -gedik sangat nak makan..jadi..aku pun terpikir..sedap gak..dah lama tak makan kan. Sebelum ni aku buat aku gunakan daging hancur..tapi kali ni aku cuma masukan sosej dan cendawan butang.
Bahan -bahan..
Untuk 4 org makan..
1/2 peket spagethi..bungkus kecik jaa
5 batang sosej ( dipotong ikut suka hati )
6/7 ketul cendawan butang. ( dipotong sesuka hati )
2 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
1 botol sos Prego ( bekas kecil ja )
cheese utk tabur ( aku guna cheese tuk makan ngn roti tu ja, gunakan apa yg ada )
Memula sekali..tumis bawang besar dan bawang putih tu..jgn hangit key...pastu...campak sosej dan cendawan butang..lepas tu..tuang jer sos prego tu..dan masukan air sedikit. Tunggu sehingga mendidih..aku masukan gula sedikit..sebabnya..suami aku tak suka rasa masam sos tu. Tapi jgn over letak gula pula..nanti manis pulak..tak sedap..cukupla sekadar nak kurangkan rasa masam sos. Kalau yang suka masam..leh campak tomato sket. Sementara tu..rebuskan spagethi tu sehingga lembut dan sesuai tuk di makan . Semasa rebus..masukan sedikit minyak tu keyy..setelah dihidangkan..tabur ngn cheese ja..fuh...sungguh memikat.Harum satu rumah aku dengan bau sos prego tu. Sedap dan mudah..sebenarnya..aku buat benda ni pada pagi ahad..amat mengenyangkan. Terus aku semangat nak mengemas rumah yang bersepah. Dan yang paling best..wani dapat melepaskan rasa rindu dia pada spagethi ikut cita rasa aku.
2 comments:
assalam,
rajin buat spaghetti...yg penting ada pergo, ada cheese...jadik!
kak amie..simple jer tu akak..saya tak pandai masak yg dassat-dassat..
Post a Comment