Wednesday, June 15, 2011

Pampers Percuma..








Alhamdulillah..petang kemarin balik dari kerja Firas dapat lagi pampers percuma. Semasa mengandungkan Firas dulu..aku suka isi borang untuk dapatkan Pampers free ni..macam-macam jenama aku isi.Borang tu aku selalu dpt dlm majalah PA & MA ,surat khabar dan secara online. Aku suka-suka ja isi.. Lagipun tak perlu kuarkan modal ( cuma setem 30sen )..dan dalam hati aku tak berharap sangat untuk dapatkan pampers free tu. Dah tu , semasa aku bersalin kat PMC.. aku dapat red box dan antara isi dalamnya adalah form tuk pampers percuma lagi .Jadi..memang semua tu aku isi. Sehingga harini..umur Firas dah 7 bulan..aku still dapat ..dan sebagai balasan..aku cuma perlu isi borang maklum balas yang disertakan. Bila dah isi..dan pos..nanti aku akan terus dapat yg seterusnya. Walaupun bilangan yng dihantar cuma 4/6 keping..tapi aku tetap suka. Boleh try memacam jenis. Sampai harini aku dah pernah dapat jenama Huggies, Pet Pet, Pampers dan Mamy Poko. Jadi kengkawan..jom kita isi lagi..kalau ada rezeki...insyaallah dapat..cuma lambat sikit ja.Untuk terus dapat lagi..isi jer maklumbalas yang diorang bagi.

Syukur juga..rezeki Firas sentiasa ada. Walaupun umur dia dah 7 bulan..masih ada kengkawan aku yang poskan hadiah tuk Firas. Semasa baru lahir haritu diorang tak sempat hantar...jadi Firas dapat hadiah tertundala. Terima kasih pada semua yang telah memberi. Aku nak letak gambar hadiah rasa tak adil pula..sebab ada yg terdahulu ada yg aku tak sempat ambil gambar pun..Danish dah tak sabar nak buka. Moga kalian juga dimurahkan rezeki...amin..

No comments:

Nufnang