Tuesday, June 14, 2011

Dari Penjara Taliban.....



Buku untuk minggu ini. Jeng..jeng jeng..kopak lagi duit aku. Tapi yang bestnya tadi aku dapat less.. harga sebenar buku ni RM26.00 pastu masa nak bayar, ringan ja mulut aku bertanya " ada less tak ? " ( sebenarnya takda iklan pun kata ada less , tapi asal nak bayar aku akan tanya walau dimana pun kedai buku) heheheh..maka..pakcik tu dengan riak muka yang tak dapat dibaca isi hatinya..mengambil kalkulator lalu mengira-ngira (lama juga dia kira ).." ok....RM 21.00 " heheheheh..aku suka..aku suka.. Jadi dapatla pengurangan RM5.00. Walaupun hanya RM5.00 dikurangkan..namun ianya lepas tuk aku makan tengah hari tau.

OK..kembali kepada buku ini..Tajuk penuhnya DARI PENJARA TAILBAN MENUJU IMAN..ianya mengisahkan Yvonne Ridley yang pernah ditahan di penjara Taliban selama 10 hari. Buku ini memaparkan pengalaman Yvonne menjadi tahanan Taliban yg digembar-gemburkan sebagai rejim yg paling sadis. Peristiwa dia di layan dengan baik sekali oleh Taliban telah membuka pintu hatinya untuk mengenali Islam yang sebenarnya.

Apabila Yvonne dibebaskan, beliau telah menggegarkan dunia dengan memeluk islam dan berjuang untuk menegakkan agama Allah. Kalau nak tau kisah sebenar yang terjadi,,jgn segan-segan pi kedai buku key. Pastu masa nak bayar jgn lupa tanya..ada less tak? hehehe..ok..seperti biasa..aku akan balik dan balut buku ini..agar sentiasa cantik dan berseri. Lupa nak cakap..Kertas yg digunakan dalam buku ini cukup cantik..siap ada gambar sekali..tupasal agak mahal, tapi berbaloi-baloiii..



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...