Monday, July 4, 2011

Roti Butterscotch berkeju

berintikan telur hancur + lada sulah + keju chedar

Roti Butterscotch

Menu di petang hari yang cukup simple dan mudah. aku cuma kutip - kutip apa yang ada kat dalam peti tu. Bila tengok roti Butterscotch pun dah hampir luput tarikhnya..timbul idea nak buat sesuatu. Yang aku jumpa lam peti dan agak sesuai di makan bersama roti adalah telur ayam dan cheese. Maka..bermula lah aku ..
Langkah petama..penyetkan roti supaya rata..sebelum tu..aku buag tepi roti.
Kemudian..hancurkan telur kat dalam kuali..aku campur sikit lada sulah.
Keju chedar pula aku potong tiga..nak letak sekeping terus rasa cam banyak sangat pula.
jadi..letak keju chedar di atas roti , letakkan telur hancur..dan gulung.
selepas semua di gulung..bakar ja di atas kuali..guna api perlahan sahaja.
agak -agak semua dah rata dibakar..maka aku pun potong la..
fuh..bila dah potong..meleleh kejunya..ni yg aku suka ni. Aku memang tak letakkan garam lam telur hancur tu..sebabnya rasa masin dah ada dari cheese.Lepastu..yg uniknya..inikan roti butterscotch..jadik..dah ada rasa manis buttercotch.Kalau nak cecah ngn sos pun ok..
Jadi..selesaila 1 menu petang yang telah dinikmati oehh en suami dan Danish.

No comments:

Nufnang