Harini genap sebulan aku bekerja..dan genap usia Firas 3 bulan. Sepanjang 3 bulan dia bersama kami , dia benar-benar membahagiakan. Firas merupakan anak yang mudah dijaga. Alhamdulillah, semoga dia menjadi anak yang baik, membesar dengan sihat dan bersyukur menjadi zuriat kami.
Hari ni juga entahla angin apa yang kena kat aku ni..aku terajin pula mengedit blog ni ha.try tukar design dan sebagainya sehinga akhirnya paparan error muncul.hehehehe...aku dah salah edit HTML. Nasib aku dah backup semua...Tapi aku belum puas hati lagi nih. Nanti bebila aku free sikit..aku harus mencuba lagi. Harini tak sempat nak bagi sepenuh perhatian kepada benda ni.
Hari ni juga dalam sejarah..pertama kali aku join giveaway. Aku sesaja ja pagi tadi round kat blog kengkawan tetiba terjumpa giveaway kat sini. http://zanmyly.blogspot.com .cara penyertaan amat mudah..letak link ja..maka..aku pun tanpa segan silu ..terus letak ja adress blog aku ni. Mana tau..rezeki pertama kali masuk giveaway ni.
So..sekarang dah hampir pukul 4 petang..ada kerja yang perlu aku selesaikan. Esok aku pikir nak update apa pulak ya.OOO...esok jumaat..hari untuk aku melawat kawasan ..agak-agaknya laku tak duit aku kat pekan kangar tu ya?
3 comments:
kak ros pun join GA ejan... gudluck akka... jom aa join GA kak ros...byk masa gi... pelan2 buat...
haahahah...first time join nih..bukan tak nak join kak ros..kekadang macam tak paham..kekadang tak sempat..ada ja gangguan.
hehehe xpa2, kak ros faham...
Post a Comment