Monday, February 14, 2011

Baru dapat kad AhLI

Pagi tadi..sampai ja depan bangunan persekutuan ni..terus aku diterpa perasaan susah hati. Alamak..takda letrik laa...apa dah jadik pada server aku..pada modem-modem yang sentiasa berkelip-kelip tu? Adakah UPS server tu masih mampu menampung bekalan tuk server-server tu ? dalam hati aku berdoa semoga semuanya masih hidup..agar aku dapat shutdown sistem dengan lemah lembut.Takdala nyawanya di sentap secara tetiba yang boleh membuatkannya pening atau terkena sakit sawan nanti. Malangnya..semua telah terlambat. Suasana di dalam bilik server gelap gelita..tiada lagi kerlipan indah dari modem yg mengembirakan hati kakitangan lam ofis ni.Jadi..yg mampu aku buat..tunggu letrik ada la.Lepastu..kita tengok apa yg jadik. Lebih kurang jam 9.00 pg camtu..baru letrik kembali .Bila ja letrik on..benda pertama aku buat..serbu bilik server la. Bila aku buka ja pintu..ok..ada bunyi..mereka sedang berinteraksi sesama mereka..Aircon pun mula menarik nafas..dan aku...menarik nafas lega bila semua sistem kembali kepada keadaan normal.Jadi..pagi ni kami memulakan kerja selepas berpanas seketika.
Petang jumaat lepas..aku gi test duit aku kat kangar..rupa-rupanya laku la pulak.Jadi disebabkan duit aku tu laku...maka aku pun gi gerai Nona Roguy kat bangunan mara tu. Seperti biasa..aku perlukan ubat aku Phytonatal yg hampir habis.Jadi aku pun bertanyala " dik, borang keahlian Nona Roguy tak sampai lagi ka ? dah lama akak masuk..tapi belum dapat kad ". " Aha, borang dah sampai la kak..tapi kak kena tambah lagi RM5, sebab sekarang keahlian RM15..bukan lagi RM10 macam dulu".. Aikkk..aku dah pelik..aku masuk keahlian semasa dalam pantang lagi ( 3 bln lepas )..sepatutnya..aku dikira sebagai ahli lama la..dengan kadar bayaran lama juga, jadik kenapa nak kena tambah pula.sedangkan masa aku masuk ahli dulu..diorg yg takda borang..Bukan salah aku. Disebabkan time tu aku menumpang kawan..jadik..aku dengan segera mengeluarkan RM5 lagi..walaupun dalam hati aku protes.Kalau aku cakap banyak..tentu lagi lama kengkawan aku terpaksa menunggu lam kereta tu. Jadi..dengan sedikit protes di dalam hatii.aku pun dapatla benda-benda tu. Sekeping kad keahlian NR dan pemplet (betulkan..panggil pemplet?) berkenan informasi produk.Disebabkan keahlian seumur hidup..aku halalkan lah RM5 lagi tu. Yang penting, aku senang nak membeli di mana-mana pun apabila dah ada kad ahli ni. Kalau tidak aku terpaksa ke gerai yg sama..sebabnya aku belum ada kad.
so pagi nih..aku makan ubat dari botol yg baru..rasanya tetap sama.heheheheh...

2 comments:

Ameh Wahab said...

best ke mkn nona roguy tu??mahal x???share la k.mela cmne nk kurus ni..mak n anak dh membesar bagai juara ni...huhuhu...

mela said...

ameh..ada kak mela tulis kat tajuk sendayu tinggi VS nona roguy tu.bacala.RAsanya kalau lepas ni beranak lagi..kak mela akan terus ngn nona roguy la.harga leh tahan...berbaloi la utk kita.

Nufnang