Thursday, February 24, 2011

Pameran Buku


Pagi tadi aku ke Ceramah Kesihatan Keluarga di Perpustakaan Kangar Perlis. Ceramah berkisar mengenai kanser payudara dan kanser servik. Penceramah yang diundang adalah dari LPPKN. So..rumusan yang boleh aku buat..ceramah yang amat memberangsangkan. Sepatutnya masa ceramah di tambah supaya lebih panjang , maka isi ceramah boleh dihuraikan dengan lebih panjang lebar. Aku suka ceramah tadi..banyak ilmu yg diperolehi berkaitan kesihatan wanita.
Selepas majlis bersurai..aku dan kengkawan melekat kat pameran buku di bawah Library tu.So..seronoklah aku menatap novel-novel kat situ. Sedar-sedar..aku dah angkut buku-buku kat atas tu. Meh aku nak kira berapa RM yang aku berjaya habiskan pagi tadi. Aku belikan Danish kertas persediaan peperiksaan Matematik dan Sains untuk tahun 1. Setiap satu beharga RM2.00...so dua buah..RM 4.00. Surah Yaasiin pada harga RM 1.00..Novel INTERLOK ( aku beli sebab nak tahu apa hal yg dikecoh-kecohkan dulu tu )RM18.00 dan Mencari Islam di China RM20.00 ( aku suka membaca buku yg bersifat Travellogi juga) . Sebenarnya banyak lagi buku yang aku berkenan tadi..tapi sabar...aku harus berjimat sikit.Gaji baru dapat harini..sesilap tak sempat sampai hujung bulan..akaun dah kering.So jumlah aku berbelanja di pameran buku tadi adalah RM43.00. Nampaknya peruntukan untuk aku membeli buku pada bulan ini telah mencapau had yg ditetapkan.Lepas ni kena tutup nafsu kejap dari membeli sebarang bentuk bahan bacaan (boleh percaya ka ni ?)so..aku dah tak sabar nak mula membaca.Adioss..

No comments:

Nufnang