Tuesday, February 22, 2011

Happy Birthday To meee...

Inilah Hadiah dari Ina,Ryna,Kak Ida & Fairuz..TQQ

yeyeye...aku dapat adiah..posing sket.hehehhe..


Alhamdulillah..aku masih dipanjangkan usia untuk menyambut hari lahir yang ke 30. Syukur rasanya apabila yang diimpikan telah tercapai.Biarpun masih ada yang tertinggal..dan aku tak pasti sama ada aku mampu untuk mengapai apa yang ku impikan, namun rasa syukur itu tidak pernah hilang dari jiwa ini. Seperti mana yang aku faham, kita tidak akan mampu memiliki segalanya dalam satu masa yang sama..jadi..hargailah apa yang telah aku ada dan teruskan usaha untuk memiliki apa yang diimpikan.Kegembiraan yang aku rasa hari ini bukanlah datang dengan sendirinya..segalanya perlukan usaha dari diri sendiri untuk membentuk bahagia itu.Dengan redha dari Allah usaha dan tawakkal ,pasti rasa bahagia dan bersyukur akan sentiasa di hati. Jadi..pada hari ini aku bersyukur menjadi aku. Aku bersyukur dengan apa yang aku ada dan aku akan sentiasa berusaha menjadi yang lebih baik untuk suami, anak -anak , keluarga , sahabat dan yang penting sekali..aku tidak perlu melakukan semua itu sehingga menzalimi diri sendiri.
Buat kawan-kawan yang mendoakan aku ..terima kasih semua.Semoga kita terus menjadi sahabat yang sentiasa mendoakan kebaikan sesama kita.Semoga kejayaan dan kebahagian sentiasa mengiringi hidup ini.Amin..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...