Tuesday, February 8, 2011

Mata Aku Sakit !! Hati aku Perit !!!

Kotornyaaaaa....

camna nak cuci nih

Fuhh...siapla aku menyental

Hari ini hari yang amat sibuk...dari pagi hingga ke petang dipenuhi dengan mesyuarat. Sebelah pagi Mesyuarat KESUPEN. Memang menjadi kebiasaan ,mesyuarat KESUPEN ini agak panjang dan agak panas. Hari ini pun agak panas..jadi best jugak sekali sekali ada suasana panas cam ni. Majlis berakhir pada jam 12 tengah hari..sekitar 12.15 tgh, acara bersambung pula kepada majlis perpisahan buat adik-adik praktikal dan perpisahan Puan Zukima ke INSPEN & Puan Ramlan ke Pejabat Pesaka. Majlis bersambung semula pada jam 2.30 ptg dengan Mesyuarat PEKIP. Pada mesyuarat PEKIP tiada isu panas sangat..jadi kami yang bukan AJK nih banyak menghabiskan masa dengan mengambil gambar sesama sendiri...kekadang sehingga lupa diri..dah tak heran pada pengerusi majlis kat depan.Jam 4.00ptg macam tu..tamatlah isu mesyuarat hari ini.
Sebenarnya aku bukan nak cerita hal mesyuarat tuh...itu sekadar pembuka kata ja.Sebenarnya..aku nak cerita hal anak teruna aku. korang mesti masih ingat berkenaan kisah baju dan kasut sekolah danish tu. Hari ini aku nak tunjukkan buktinya. Korang semua leh tengok bajunya..itu adalah baju yang dipakai pada hari isnin bersamaan 07/02/2011. Petang tu bila aku sampai kat umah..dah siap nak tengok TV..mak mertua aku tegur. " Mela dah tengok baju Danish ?"..terus aku terdiam..dalam hati dah terdetik..mesti dasyat lagi ni . "Mela tengok tu..petang tadi masa mak ambil dia dari sekolah..bukan setakat baju bertukar warna..tetapi muka dan tangannya juga, dipenuhi arang dari jerami padi ". Maka aku pun dengan tenang hati mengambil baju Danish dari bakul..mak ai...memang ngeri aku tengok.dapatkah aku menanggalkan semua kotoran ni ?.Dassatt...korang nampak tu bertapa hitam dan kelabunya baju dia. Kat dalam gambar ni nampak cam ok lagi..tapi..jika dilihat dari nyata..memang amat dasyat. Bila aku tanya apa yang terjadi..jawapannya.."entahla ibu... Danish tak perasan la..." adoi...sakit jiwa aku bila mendengar jawapan slumber camtu. Danish..Danish..bila la agaknya dia akan bertukar menjadi budak lelaki macho ni?

1 comment:

mella said...

waaaaa.....dahsyat nyer hero niee~~ bia btol kak!!~ keke~~.. yg tepi tu macam kesan tanah ja, danish men golek2 ka kat skolah!!~ hahaha~~!!

gunalah DYNAMO!!!~ hahaha~

Nufnang