Minggu lepas aku terjumpa sesuatu yang amat sedap dikunyah semasa menatap skrin monitor ni. Semasa lam kereta pun..sedap juga menguyah ketika en suami sibuk memandu. Inilah pertama kali aku makan biskut ni. Aku makan ni pun secara tak sengaja ja..haritu datang ofis..letrik takda..sementara nak tunggu letrik kembali on..kami lepak kat kaunter utama (sebab kat situ ada lampu kecemasan) dan jeng..jeng..jeng..kawan aku keluarkan benda ni. Aku tertanya-tanya juga..biskut apakah ini..katanya..baik kak mela cuba..sedapp...Jadi dengan muka sposen..aku pun ambilla biskut ni..bila saja letak kat atas lidah..wahhhh...sedapnya...bila kunyah...ianya rangup..amat sedap dimakan ketika sedang lepak sambil bergosip.Sedar tak sedar ..aku habiskan sepeket kecil tu..ada dua keping.Nak ambil lagi..terasa malu..tetapi kawan aku ofer lagi..ambil la lagi..banyak lagi ni..heheheh...orang teringin disuruh-suruh pula..maka..memang aku tak lepaskan pelawaannya itu.
Petang tu pula..kengkawan aku keluar ke pekan kangar..maka terus aku pesan..aku nak sepeket. Benda ni pula hanya ada dijual di Guardian..kat tempat lain ada juga..tapi takda cop halal nih. Jadi tak beranilah nak amik risiko. Aku bawa balik biskut ni kerumah..kat dalam kereta..aku dan en.suami dah habiskan beberapa peket..en.suami pun suka. Apabila sampai di rumah..Danish pula rasa..katanya tak sedap..tetapi apabila abahnya makan sambil main game..boleh pula dia kata sedap. Siap ofer kat Tok pula..dan tok pun suka walaupun gigi tok dah tak berapa kuat. So..pendek kata..kami memang sukakanya. ESok aku nak beli lagi..kat guardian ada supervalue utk biskut ni..2 peket RM5 ++ jer. Ada dua jenis perisa..sejenis lagi perisa rumpai laut. Esok aku patut cuba yang perisa rumpai laut pula.
1 comment:
perisa rumpai laut pun sedapp...
Post a Comment