Thursday, February 17, 2011

Maulidur Rasul



Esok satu Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1432h akan di adakan di Banguan Persekutuan Kangar. Majlis akan bermula dari jam 3.00 ptg sehingga 4.00 petang. Tajuk ceramah adalah Rasulullah dan penceramah yang dijemput adalah Ustaz Hashim B. Othman Al- Hafiz. Ustaz Hashim dah banyak kali bagi ceramah kat pejabat kami..dan kami pun sukakan cara ceramahnya. Ceramah yang bersemangat dan diselang seli dengan nyayian nasyid ataupun zikir dari dirinya sendiri. Ustaz Hashim dianugerahkan suara yang mampu menyentuh hati setiap kali dia melafazkan zikir atau ayat suci ataupun nasyid. Jenaka yang diolah semasa berceramah juga amat membantu para pendengar agar tidak khayal atau lalok dengan pujukan syaitan.

Tetapi..dalam bestnya..ada juga yang tak best. Sebabnya kami adalah AJK majlis tersebut. Jadi..nak atau tak nak..aku la yang kena bertanggungjawab untk memasang laptop dan projektor yang akan digunakan esok.Sebelum ini pun aku penah juga buat benda nih. Disebabkan Majlis dibuat di Ground floor bangunan persekutuan ni..maka ramaila umat manusia yg akan hadir. Aku pula..pasti selagi majlis belum berakhir akan merasa debarannya..risau sekiranya majlis terganggu kerana masalah projektor ataupun laptop tu. Pagi ni juga aku dah download beberapa selawat dari utube untuk paparan sementara menunggu majlis berlangsung esok. Harapan aku semoga alatan yang aku gunakan esok tidak membawa sebarang masalah yang boleh memalukan aku dan juga nama jabatan. So..sekian dahulu dari seorang yg sedang risau.

2 comments:

cheedah said...

rupanya dh banyak update kat sini

mela said...

cedahh..dah banyakkk...selamat melayan yaa..

Nufnang