Wednesday, February 23, 2011

4TH ANNIVERSARY GIVEAWAY @CERITA-CERITI IBU AYRA





Coretan ini aku tujukan khas buat insan istimewa yang telah kukenali semenjak hampir 12 tahun yang lalu. Perkenalan lalu menjadikan aku kenal si penggemar pink ini.Orangnya lemah lembut tetapi tegas dengan keputusan yang telah dibuat. Ketika mengharungi alam kedewasaan bersama-sama, satu berita indah kudengar tentang dirinya. Dia sedang dilamun cinta..bersama seorang insan yang dikenali melalu laman sembang (IRC). Pada mulanya aku & sahabat-sahabat yang lain berasa agak cuak juga..maklumla..percintaan tanpa paras rupa..hanya melalui alam siber cinta diadun. Namun..tekadnya cukup kuat..dia ingin mengenali Insan yang menggelarkan dirinya metallforce. Kerana tekad dan bulatnya impian, maka..dengan izin Allah..terjalinlah hubungan mereka berdua.Aku masih ingat soalan yg aku tanyakan padanya " kak Ros..dia tinggi atau rendah dari kak ros ?" hehehhe...dengan senyuman kak ros menjawab..dia tinggi dari kak ros.
9 Mac 2011 ini maka genaplah hubungan cinta mereka 10tahun. Alhamdulillah..perhubungan yang penuh kasih sayang telah diserikan dengan kehadiran puteri kecil, Ayra. Aku sebagai sahabat tumpang gembira melihat kebahagiaan mereka (maklumla..kata org cinta siber selalu tak menjadi) tetapi mereka telah membuktikan..cinta mereka adalah cinta suci yg lahir dari hati yang tulus dan ikhlas. Kak Ros, akka mendoakan kebahagiaan kak Ros dan Abu akan terus mekar mewangi..semoga kalian terus dimurahkan rezeki, dikurniakan zuriat yang sihat dan bersabarlah di dalam apa jua dugaan yang mendatang. Dalam meniti usia perkahwinan yang semakin jauh..jangan sesekali lupa cara untuk bercinta dengan suami.Panaskan cinta yang sedia ada agar hubungan keluarga semakin erat.Jangan malu untuk bercinta lagi ya kak ros ( dgn suami tau..bukan org lain). Semoga kak Ros sentiasa menjadi seorang isteri yang 'hangat' dan ibu yang 'mendamaikan' . Semoga kak ros sekeluarga sentiasa didalam lindungan Allah dan selamat Menyambut Ulangtahun Perkahwinan yang ke-4.









2 comments:

Ibu Ayra said...

makaseh, makaseh bebyk... akka buat kak ros teringat cerita lama... pass!...gudluck tau!

mela said...

heheh..cerita lama yg indah tuk dikenang..cerita lama juga dapat menghangat kan kembali cinta yg sedia ada.

Nufnang